kalau uols nak tahu.. saya guna manjakani yang inilah untuk di asah pada belakang lesung batu untuk dapatkan patinya. sebelum asah lembapkan sekejap manjakani tu. baru mudah nak asah nanti. kendian sapu di tempat jahitan luka episiotomi. alhamdulillah, cepat baik lukanya. tapi.. kena bertahan sikit la masa sapu tu sebab uols akan rasa pedih2 & rasa cekang.. nak cerita lebih2 pon tak gheti la.. kena cuba buat sendiri baru rasa dan alaminya.
akhirnya.. saya berjaya juga untuk cuba minum dan makan manjakani ni. memang perghhhh..
air minum.. caranya ambil manjakani kendian rebus dengan air. rebus sehingga airnya bertukar warna. air jadi warna perang. contohnya kalau rebus 3 cawan air, nanti agak2 tinggal dalam secawan untuk diminum. macam saya, saya rebus 3,4 biji manjakani kendian saya bahagikan la airnya untuk diminum & dibuat basuhan.
makan dengan nasi.. ambil manjakani yang direbus untuk dibuat air minum tu. selepas lembut, buang kulit & asingkan bijinya. kendian bulat-bulatkan macam pil sebelum dimakan. saya kepal manjakani dengan nasi. memang tahan la bila tergigit. perghhhh..
rasanya?
sangat lah kelat oke. kelat dan melekat2 kalau tergigit isi manjakani yang dikepal tu tapi walaupon kelat tetap kena telan jugak. kata nak yang terbaik, kan ! jadi.. kena lah buat. masa yang terbaik diamalkan ketika dalam tempoh berpantang, lah.. supaya yang longgar2 kembali ketat, rapat dan terjaga. in shaa Allah.
saya sendiri sebelum bersalin tak pernah pon beli manjakani ni. setakat beli pil, pastu ada tulis campuran manjakani tu ada la juga. tapi ianya tak sehebat yang kita rebus minum air dan makan isinya bersama nasi tu. ini lagi kaw2 punya penangan.
selepas bersalin kekadang je saya guna. itu pon guna untuk dibuat basuhan. tak pon sekali sekala. ikut pada keadaan. lagipon saya dah amalkan semasa dalam tempoh berpantang hari tu.
11 Comments
saya x berani nak makan...x tau kenapa walaupun org ckp khasiat nyer sgt baik..uhuks..
ReplyDeleteboleh share ni kat kakak. hehehe
ReplyDeletejom join ramai2, mana tau ada rezeki :) ; Contest @ Giveaway bernilai RM 1,000!
TQ UTK INFO
ReplyDeleteSinggah petang.. Manjakani mak wawa rajin makan..
ReplyDeletebanyak khasiat buah ni kan.. masa dalam pantang kena telan juga walaupun akak ni jenis tak leh telan benda pahit... demi kesihatan masa tu mmg telan aje
ReplyDeleteazie buat kapsul hehehehe mudah telan, xpahit...trus telan je
ReplyDeleteMemang byk khasiatnya kita pun sedia maklum tp ntah sy mana suka bnda pahit kelat ni..nasib baik dl pantang mak mertua tak carik bg telan bnda ni.haha
ReplyDeleteOhh menjawab pertanyaan berkenaan abg afi n nina..acu n afi ni panggil pia sebagai nina..sbb tu la klu setiap kali cerita afi muncul..nama afia sy memang tulis dlm entry sebagai nina.sapa yg betul ikut blog sy mesti tahu.hehe
Yg ni pun okje tak pernah makan cik Sue.....tak pulak buh manjakani ni kat luka operate dulu. Tak de org bagi tahu pulak.
ReplyDeleteSeingat okje, air kunyit tu sekali jer okje minum masa anak pertama dulu.
harap2 bersalin normal nanti boleh try manjakani ni..
ReplyDeleteSalam....... dekat mana nak beli manjakani di chow kit
ReplyDeleteWsalam..
DeleteCuba cari dalam pasar basah tu..
Atau tepi tepi deret kedai. Sebabnya masa beli ni tahun 2014, sekarang pasar chowkit dah renovate. So, tak pasti dah..
Kalau tak jumpa di chow kit boleh beli di Aeon Big Wangsa Maju ada..
Tak ada juga cari di mydin. Selalunya ada
Terima kasih singgah ke sini 😁
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)