Tudung kanak-kanak

TELEKUNG WAKAF SITI AISHAH

Entry Copy paste.. 
Jika ada yang berminat boleh terus hubungi no telefon di bawah ye...

Ciksu yang berusaha menyampaikan..
Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan juga kita hendakNya.. aamiin 🤲


Ciksu lampirkan sekali gambar yang ada. 


Singgah baca sat
PAHALA MUDAH DIHUJUNG JARI

Deraskan rezeki TELEKUNG WAKAF SITI AISHAH seperti air sungai yang tidak berhenti mengalir. 

Ramai yang mesej bertanya, ada lagi ka misi bantuan telekung untuk mangsa banjir kepala air di Yan, Kedah? 

Jawapannya, insyaAllah ada. 
Macam biasa TELEKUNG WAKAF SITI AISHAH akan disumbangkan juga melalui  misi bantuan  Ride ke 4, SAHOCA BIKERS LEGENDS yang dijadual pada 16 SEPTEMBER 2021, insyaAllah. 

Bukan sahaja untuk mangsa banjir kepala Air di Yan dan Merbok, tetapi juga untuk anak-anak tahfiz dan yatim , warga emas, asnaf dan mereka yang memerlukan tidak kira di mana sahaja. 

Yang menunggu harap bersabar. 
Saya akan usahakan. 

Yang mahu menyumbang kain pelikat, sejadah dan kain batik pun kami alu-alukan. 

Pahala mudah dihujung jari
Sedekah dari rumah
Walau PKP,  Allah buka jalan
Telekung murah saja
RM35 sahaja sepasang

Berhajat boleh PM saya atau WA 019-2683579 
atau 
call 0162579726 / 0132258570  Wan Farah Wan Hashim. 


Ya Allah permudahkan urusan kami. Aamiin.

Firman Allah Swt:

"Perumpamaan orang-orang yang menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebijih benih yang menumbuhkan 7 untai dan tiap-tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan (balasan) kepada orang yang berkehendaki, dan Allah Luas (anugerahNya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al-Baqarah: 261

Didoakan mudah-mudahan dengan kerjasama para dermawan seperti uols yang membaca entry ini dapat membantu memudahkan urusan ibadah saudara/ saudari kita di sana in shaa  Allah.

Mudah-Mudahan setiap sumbangan yang kita berikan ini akan menjadi pemberat timbangan dan menyelamatkan kita dari siksaan api neraka.

In shaa Allah.


Stay Tuned 🤗 
Stay Safe 😷
Stay Home 🏡
Always Doa & Zikir 🕋 

0 Comments