Tudung kanak-kanak

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang semasa bersalin

Jalan-jalan di facebook..terjumpa post mengenai jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang semasa bersalin..

Semua ni ikut atas badan memasing..ada ibu2 yang makan..okay..ada sesetengah ibu2 pula tak sesuai..

Tapi pengalaman ciksu, semasa berpantang anak sulung tahun 2014..mak mertua ada pesan..anak sulung ni kalau boleh cubalah makan apa2 ikan makanlah..maksudnya rasa dahulu..jika sesuai makan, makanya bolehlah tu..nanti untuk anak akan datang kita dah boleh tahu mana yang boleh dan mana yang tak boleh..

Tapi berbeza pula dengan mak ciksu sendiri..mak ciksu memang awal2 suruh pilih2 makan..katanya nanti kalau dah jadi apa pon tak boleh..dalam pantang tu bukan masanya nak cuba itu ini..dengan keadaan yang kurang sihat, anak kecil..so hati-hati bab makan..sebolehnya awal berpantang makan bakar2..sayur sawi..elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal-gatal dan sewaktu dengannya..kurangkan minum air..nanti miss v sentiasa basah..ini bidan kampung pon ada pesan juga..

Selain jaga makan minum, jaga pergerakan dan pastikan bertungku, berbengkung, berstokin dan berurut..semuanya untuk diri sendiri..kan!!

Nak dijadikan cerita, masa dalam pantang..
Waktu tu awal lagilah..dalam seminggu jugalah..cik abe terbeli ikan mayong..kalau belah kedah panggil ikan protan kalau tak salah..ke ikan duri..sebab kepalanya macam ikan keli, kan!! Orang kata kalau ikan bermisai gitu tak boleh makan..

ikutkan mak ciksu memang tak bagi makan pon..Tapi cik abe terbeli..dia kata boleh je makan..sekali masa makan okje (buat bakar, makan dengan sayur sawi rebus)..Selepas makan ada jugalah rasa gatai2..Nasiblah makan sikit..sebab rasa semacam je masa tu..cukuplah sekali tu je rasa..huhuhu




Lagi satu lobak putih..teringin haaa nak makan.. Sebab ciksu ada terbaca katanya boleh tambahkan susu badan ibu.. Bila cakap dengan mak mertua, katanya lobak putih berangin..pulak..sudahnya sampailah sekarang tak jamah2 lobak putih tu..kikiki

Bab minum air..ciksu minum air suam panas..tak adalah minum banyak.. Just minum time nak makan lunch, dinner, minum pagi.. untuk petang minum horlicks panas..kurma memang ambil..

Laksa dan ais batu atau minuman sejuk memang ciksu pantang lamaaaaaa..lebih daripada 100 hari...minuman berais dan sejuk rasanya sampailah Rania putus susu badan..

Itu yang ciksu kata, lain orang lain penerimaannya..mak mertua orang perak.. Mak ciksu orang kedah..

Jadi, di bawah ini hanya sebagai panduan kita bersama..jom sama-sama baca apa yang boleh dan apa yang tidak boleh 😉

Ikan kembung - gatal
Ikan cencaru - tajam
Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin - gatal
.
Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah - angin
Telur - gatal
.
Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
.
Santan - sejuk dan angin
.
Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
✅ Ikan haruan
✅ Ikan selar
✅ Ikan gelama
✅ Ikan merah
✅ Daging
✅ Sayur sawi
✅ Sayur carrot
✅ Sayur brokoli
✅ Buah oren manis
✅ Kismis
✅ Kurma
✅ Madu
✅ Habbatussauda'
✅ Susu kambing
✅ Halia
✅ Bawang putih
✅ Lada hitam
✅ Ulam pegaga
.
Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .
.
Jenis masakan paling disyorkan ;
👍 Sup
👍 Bakar
👍 Rebus
.
Jenis minuman disyorkan ;
👍 Jus oren manis - bagus untuk luka
👍 Air milo panas
👍 Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
👍 Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
👍 Air rebusan kunyit
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .
.
👉 Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .
.
👉 Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya , nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .
.
👉 Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .
.
"Selamat Berpantang"
.
Via Friends of Borneo



SKINCARE BY SEQY BEAUTY
-------------------------------------------
1 set skincare ada :
🔎 Cleanser
🔎 Toner
🔎 Serum
🔎 Day/ Night cream


Cara Penggunaan :
1. Cuci muka menggunakan Cleanser(cuci tidak perlu mengambil masa yang lama..cukup 30 saat atau sehingga bersih..jika anda cuci muka terlalu lama, kebarangkalian kulit akan menjadi terlalu kering)
2. Picit toner (2 ke 3 titisan)..sapu rata ke wajah.(Kapas atau tapak tangan, kedua-duanya boleh digunakan..mengikut kesenangan masing-masing)
3. Picit serum (1 ke 2 kali sahaja) dan sapu rata ke seluruh wajah.
4. Sapukan krim.
p/s : Cara penggunaan yang sama untuk waktu pagi dan waktu malam.

Jangan segan² roger ciksu..okay ✌
📱0193080215

2 Comments

  1. kite pantang jupe je ciksu..hahahah...
    kalau ita berpantang jenuh lah asik makan sayur je...tu pun kalau berpantang..hahahhah

    ReplyDelete
  2. bab makan ni bergantung kepada org juga... ada yg ok.. ada yg tak

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)