Tudung kanak-kanak

MANJAKANI Khasiat Dan Kegunaannya


Manjakani salah satu benda penting yang perlu disediakan semasa dalam tempoh berpantang uols nanti oke. baca dan hadamkan apa yang saya nak kongsikan ni =P

manjakani.. pertama kali guna dan rasa semasa dalam tempoh berpantang hari tu.saya dah merasai hasilnya. 

jadi.. nak lah juga saya kongsikannya dengan uols kebaikan manjakani ni bila kita mengamalkannya. in shaa Allah.

suami beli manjakani ni di Chow Kit. sebungkus tu ada 6 biji. RM2. tempat lain, setakat hari ni, saya pernah jumpa di Mydin dan Aeon Big. harga sekilo manjakani boleh tahan. 

kalau uols nak tahu.. saya guna manjakani yang inilah untuk di asah pada belakang lesung batu untuk dapatkan patinya. sebelum asah lembapkan sekejap manjakani tu. baru mudah nak asah nanti. kendian sapu di tempat jahitan luka episiotomi. alhamdulillah, cepat baik lukanya. tapi.. kena bertahan sikit la masa sapu tu sebab uols akan rasa pedih2 & rasa cekang.. nak cerita lebih2 pon tak gheti la.. kena cuba buat sendiri baru rasa dan alaminya. 


akhirnya.. saya berjaya juga untuk cuba minum dan makan manjakani ni. memang perghhhh.. 


air minum.. caranya ambil manjakani kendian rebus dengan air. rebus sehingga airnya bertukar warna. air jadi warna perang. contohnya kalau rebus 3 cawan air, nanti agak2 tinggal dalam secawan untuk diminum. macam saya, saya rebus 3,4 biji manjakani kendian saya bahagikan la airnya untuk diminum & dibuat basuhan. 

makan dengan nasi.. ambil manjakani yang direbus untuk dibuat air minum tu. selepas lembut, buang kulit & asingkan bijinya. kendian bulat-bulatkan macam pil sebelum dimakan. saya kepal manjakani dengan nasi. memang tahan la bila tergigit. perghhhh.. 

rasanya? 


sangat lah kelat oke. kelat dan melekat2 kalau tergigit isi manjakani yang dikepal tu tapi walaupon kelat tetap kena telan jugak. kata nak yang terbaik, kan ! jadi.. kena lah buat. masa yang terbaik diamalkan ketika dalam tempoh berpantang, lah.. supaya yang longgar2 kembali ketat, rapat dan terjaga. in shaa Allah.  


saya sendiri sebelum bersalin tak pernah pon beli manjakani ni. setakat beli pil, pastu ada tulis campuran manjakani tu ada la juga. tapi ianya tak sehebat yang kita rebus minum air dan makan isinya bersama nasi tu. ini lagi kaw2 punya penangan.


selepas bersalin kekadang je saya guna. itu pon guna untuk dibuat basuhan. tak pon sekali sekala. ikut pada keadaan. lagipon saya dah amalkan semasa dalam tempoh berpantang hari tu.


untuk kebaikan bersama katanya. hikhik.. yang paham.. paham.. tak paham sudah ^^. 


tapi.. 

anak dara dan ibu hamil janganlah diamalkan pengambilan manjakani ye. nanti lain pulak jadinya. untuk anak dara, belum ada apa2 yang longgar. kalau ada masalah keputihan atau sebaliknya dapatkan lah nasihat dari yang lebih pakar atau guna sahaja daun sirih manakala ibu hamil pula jika diamalkan takut nanti effect bila nak bersalin. sendiri mau ingat la, kan :)

manjakani ni sangat la bagus bila diamalkan. bagus untuk baikpulih luka dalaman dan luaran selain itu manjakani juga sebagai awet muda. ini saya nampak hasilnya pada kakak dan adik2 ipar saya. muka dorang nampak "berseri" walaupon dah beranak pinak tiga pat kali. kekal cergas, muka tak nampak pucat atau lesu. kebetulan pulak sebab mak mertua saya pon bidan kampung. memang amat menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran. selain, mengamalkan air kunyit dan air rebusan daun inai semasa dalam tempoh berpantang.

11 Comments

  1. saya x berani nak makan...x tau kenapa walaupun org ckp khasiat nyer sgt baik..uhuks..

    ReplyDelete
  2. boleh share ni kat kakak. hehehe

    jom join ramai2, mana tau ada rezeki :) ; Contest @ Giveaway bernilai RM 1,000!

    ReplyDelete
  3. Singgah petang.. Manjakani mak wawa rajin makan..

    ReplyDelete
  4. banyak khasiat buah ni kan.. masa dalam pantang kena telan juga walaupun akak ni jenis tak leh telan benda pahit... demi kesihatan masa tu mmg telan aje

    ReplyDelete
  5. azie buat kapsul hehehehe mudah telan, xpahit...trus telan je

    ReplyDelete
  6. Memang byk khasiatnya kita pun sedia maklum tp ntah sy mana suka bnda pahit kelat ni..nasib baik dl pantang mak mertua tak carik bg telan bnda ni.haha

    Ohh menjawab pertanyaan berkenaan abg afi n nina..acu n afi ni panggil pia sebagai nina..sbb tu la klu setiap kali cerita afi muncul..nama afia sy memang tulis dlm entry sebagai nina.sapa yg betul ikut blog sy mesti tahu.hehe

    ReplyDelete
  7. Yg ni pun okje tak pernah makan cik Sue.....tak pulak buh manjakani ni kat luka operate dulu. Tak de org bagi tahu pulak.

    Seingat okje, air kunyit tu sekali jer okje minum masa anak pertama dulu.

    ReplyDelete
  8. harap2 bersalin normal nanti boleh try manjakani ni..

    ReplyDelete
  9. Salam....... dekat mana nak beli manjakani di chow kit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Cuba cari dalam pasar basah tu..
      Atau tepi tepi deret kedai. Sebabnya masa beli ni tahun 2014, sekarang pasar chowkit dah renovate. So, tak pasti dah..

      Kalau tak jumpa di chow kit boleh beli di Aeon Big Wangsa Maju ada..

      Tak ada juga cari di mydin. Selalunya ada

      Terima kasih singgah ke sini 😁

      Delete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)