Tudung kanak-kanak

CARA RENEW LESEN MEMANDU DIGITAL

Bulan Rejab yang masih berbaki beberapa hari saja lagi. Cepatnya masa berlalu. Sehari ke sehari. Dah masuk FEBRUARI, 2024. 

Februari bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Happy sebab salah satu harinya adalah hari lahir tuan tanah. Hihi. Selain itu, petandanya nak kena renew lesen memandu juga. 

Hahaha 😂

Setelah sekian lama tidak mengemas kini lesen memandu. Akhirnya, tahun 2024 berpeluang buat lesen memandu baru selepas 2 tahun. Hahaha. 

Biasa memang renew setahun, setahun je. Moga tidak lupa. Tapi hari tu terlupa nak renew, terlewat tarikh makanya kena buat untuk 2 tahunlah jawabnya 🥴

Macam biasa, selesai hantar anak ke sekolah berdezup pergi ke Pejabat Pos. 

Ambik nombor giliran. Dapatlah nombor ini 4005

Tahun 2024, tahun terakhir renew lesen di Pulau Pinang. Next year, negeri mana pulak kita nak renew lesen memandu? 😥 

Tak lama kena sidai, dah kena panggil.

Tapi, sayang seribu kali sayang 😂

Kerani: "Ya, puan nak buat apa?"
Me: "Nak renew lesen memandu"

Kerani: "Ok. Hulurkan ic dan lesen memandu ye"

Ditanya lagi..

Kerani: "Puan dah download myjpj?"
Me: "Belum"

Kerani: "Ok. Puan kena download myjpj dulu sebelum renew lesen. Nanti, akan datang lesen memandu sekarang ni dah tak guna. Akan guna yang digital"

Me: "erk, mau kalau tak ada internet time kena tahan dengan JPJ atau POLIS macam mana nak tunjuk ke deme?"

Kerani: "senyum je lah dia"..


10 minit kemudian.

Pergi ke kereta semula ambil hp. Duduk di kerusi then download myjpj. Siap itu ini..

Ambil masa jugalah.. otak pon blurr.. hahadoi.. berkali2 suruh tukar kata laluan. Naik jem pala otak mikir kata laluan pon. Dah letak yang awai.. di tanya lagi, lagi.. minta di tukar.

Sampai 2x lah juga. Da dapat log in.. ada soalan lagi di tanya..
1) nama datuk sebelah ibu
2) nama bandar sekolah menengah
3) soalan ke 3 ni apa erk 🤔 lupa dah aih 

Kena keluar semula, tukar kata laluan baru lagi.. adududu.. masa letak kata laluan yang awai tadi jadi tak sah pulak. Kena mikir lagi kata laluan. Haru..

Buat kata laluan yang baru.. baru boleh onz..
macam ni..

Masuk je pages tu, carilah yang berkaitan. Nak renew lesen cari bab lesen lah. Kalau cukai jalan kenderaan, ke sanalah.. 

Dah keluar macam ni, terus pergi kaunter semula. Tunjuk ke kerani, baru dia approve. Diambiknya lesen dan ic. Dia tanya berapa tahun nak buat. 

Ciksu cakap nak buat setahun je, next year boleh mai guna lagi app ni. Hahaha 😂

Jenuhlah berat hp add on macam2 jenis app pon.

Moga tak lupa lah kan. Huhuhu


Ciksu pilih setahun. Jumlah kena bayar awal tu dalam RM30 lebih. Tapi disebabkan Ciksu baru pertama kali guna app ni, so, dapat diskaun RM5. 


Kerani cakap klik JANA SEMULA. 
Baru keluar yang latest.

Inilah LESEN MEMANDU DIGITAL SAYA😍

Nanti apa2 hal semasa memandu, tunjuk lah KAD DIGITAL ni.. 


Apa yang di pelajari hari ini..

Tengah2 dok masukkan kad dalam beg, ada sorang pakcik ni datang. Tujuan yang sama juga. Nak renew lesen. Macam biasa, di hulurkan ic dan lesen memandu. Terus kerani tanya.. 

"Pakcik dah download app myjpj"

"Belum"

"Pakcik kena download tu. Ada dekat kaunter tulis2 tu. Lepas dah download lengkapkan details yang diperlukan, baru palcik boleh renew lesen macam biasa. Tapi kalau pakcik nak guna kad lagi, pakcik kena pergi JPJ. Lagipon akan datang tetap kena guna LESEN DIGITAL juga."..

"Ye ke. Ok. Terima kasih naa"

Terus pakcik tu keluar 😥 

Entahlah.. benda gini rasanya nak digitalkan rasa macam... mmmmm.. letih mikior.. sian juga mikior ke mak ayah di kampung.. beginilah kesan penggunaan teknologi maklumat.. negara makin maju tapi rakyatnya macam mengemis dah.. harga barang semuanya makin naik, naik, naikkkkkkkkkk aje haaa.. 

Korang dah renew ke lesen memandu? 




0 Comments