Tudung kanak-kanak

Roti Sarang Lebah & Sos Butterscotch yang sedap

selepas rajin dok menguli tepung buat Burger Malaysia, merajinkan lagi diri untuk menguli tepung buat Roti Sarang Lebah le pulakkk !! nak makan, sendiri kena buat la kan.. 


sejak Roti Sarang Lebah menjadi pilihan ibu2 untuk mencuba, saya juga tidak ketinggalan untuk mencubanya. alhamdulillah, percubaan pertama yang berjaya. yeaaaayyy !!!

 maka, terus le galak dok menguli tepung hanya semata-mata nak makan Roti Sarang Lebah yang lembut bak kapas tu.. MEMANG SEDAP BILA DIMAKAN DENGAN SOS BUTTERSCOTH.. makan masa masih panas-panas tu.. 
ALLAH!!!! memang tak terkata kenikmatan & kesedapannya tu :)
hingga menjilat jari la nanti.. hahahaaaa

ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH

percubaan kali pertama
 lepas aje bunyi "ting" terus angkat loyang Roti Sarang Lebah pastu tak dan dan, laju laju curah sos butterscotch.. see, melimpah ruah kuahnya.. makan panas2 sedap tapi tu la cik abe tak suka pulakkk style gini. 
manis sangat sos tu katanya..  

ok next time kita buat lain ;)

percubaan kali ke 2
guna loyang lain pulak. tak berapa nak rajin nak bulat2kan. buat besar2. dapat 8 ketul. lagi mudah nak makan.. just curahkan ala kadar je sos butterscotch tu.. alhamdulillah, kali ni menepati citarasa cik abe.. sos butterscotch yang lebih, dibuat cicahan dengan Roti Sarang Lebah.. 

percubaan kali ke 3
 bila mood rajin. gentel banyak sikit.

rasanya tak jemu kot kalau hari2 makan Roti Sarang Lebah ni.. bila2 masa boleh makan Roti Sarang Lebah ni.. memang terbaikkkk la :) 
cuma rajin dengan tak rajin je nak menguli tepung.. kalau ada BM lagi mudah kan.. bila guna kudrat tangan nak menguli tu memang bercinta la. 

ROTI SARANG LEBAH YANG LEMBUT, DIGANDINGKAN DENGAN SOS BUTTERSCOTCH YANG SEDAP.. MEMANG LAYAN 

yang belum cuba buat atau belum makan Roti Sarang Lebah ni WAJIB buat ok !!! sekali buat pasti nak buat lagi.. lagi.. lagi & lagi.. tak percaya cubalah buat sekali dulu.. lepas tu bagitau saya betul tak apa yang saya cakap ni (",)

memang uols akan jatuh chenta nanti dengan ROTI SARANG LEBAH ni.. 
PERCAYALAH ^_________________________^

24 Comments

  1. rajin betul ciksu kita sorg ni hehe..

    ReplyDelete
  2. fenomena sgt kan..ciknaa blom dapat merasa lagi..

    ReplyDelete
  3. memang lah terbaik...sedapp...tp akak kurang gemar makna dgn sosnya hehe..mkn mcm tu pun sedap..

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Su...
    dappnyeeee... cma pernah buat sendiri RSL ni.. mmg kebabom..dah la lembut..mkn dgn sos tu pulak.. aummmm.. ehehe..

    tetibe kecoq lioq tgk gmbaq pertama tu.. sos penuhhhh

    ReplyDelete
  5. mmg sedapp dh buat.. tp tlah gigih nak mengulikan huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  6. Rajinnya ciksu. Yang pesen pertama tu saya suka, sos penuh banjir. Sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  7. mmng sedap tpi sos nya jgn bnyk sgt sbb manis kan

    ReplyDelete
  8. alahai..meleleh air liur tgk roti nie...boleh post ckit tk..teringin ~ hahaha

    ReplyDelete
  9. hmmm enak kayanya tuh roti sarang lebah :)

    ReplyDelete
  10. baru cuba sekali sbb nak tau rasa. mmg jd rezeki ni..ramai yg jual skrg ni

    ReplyDelete
  11. Allah hai.. sedapnya tgk..belum pernah merasa lagi ni..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  12. mmg sedap,cuma nak menguli tu la azab sikit..sy klu buat uli lebih kurang je.hehe..

    ReplyDelete
  13. Kalau jadi memanglah jatuh cinta, Ciksu. Kalau tak jadi, macam mana? Memang bercintalah nak buat lagi ^_^

    ReplyDelete
  14. Insya Allah akan cuba nanti.. Skrg blm ada cukup kelengkapan.

    ReplyDelete
  15. Yg ni mmg belum try buat lagi.. nampak sedap betul gmbr2 tu ....

    ReplyDelete
  16. cantik nampak naik roti nya QR
    kalau saya entah jadi apa
    belum ada keberanian nak buat roti sendiri =)

    ReplyDelete
  17. Adehh... Bila la rajin nak buat ni... Hhe

    ReplyDelete
  18. Haha.. memang percaya akan sedapnya roti ni.. tapi kalau kes M tu payahla.. akak ni..kalau ciksu yang rajin, untung la suami.. moga baby pun rajin macam uminya

    ReplyDelete
  19. Tu dia....terbena roti dgn soso butterscotch tu. Resipi dah print. Buatnya tak tau bila...hehehe...

    ReplyDelete
  20. Dok tengok orang lain buat ja kat fb dan blog.. Tapi tak cuba pun lagi

    ReplyDelete
  21. hai la bilalah akak nak try buat ni

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)