selepas rajin dok menguli tepung buat
Burger Malaysia, merajinkan lagi diri untuk menguli tepung buat
Roti Sarang Lebah le pulakkk !! nak makan, sendiri kena buat la kan..
sejak
Roti Sarang Lebah menjadi pilihan ibu2 untuk mencuba, saya juga tidak ketinggalan untuk mencubanya. alhamdulillah, percubaan pertama yang berjaya. yeaaaayyy !!!
maka, terus le galak dok menguli tepung hanya semata-mata nak makan
Roti Sarang Lebah yang lembut bak kapas tu.. MEMANG SEDAP BILA DIMAKAN DENGAN SOS BUTTERSCOTH.. makan masa masih panas-panas tu..
ALLAH!!!! memang tak terkata kenikmatan & kesedapannya tu :)
hingga menjilat jari la nanti.. hahahaaaa
ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH
percubaan kali pertama
lepas aje bunyi "ting" terus angkat loyang Roti Sarang Lebah pastu tak dan dan, laju laju curah sos butterscotch.. see, melimpah ruah kuahnya.. makan panas2 sedap tapi tu la cik abe tak suka pulakkk style gini.
manis sangat sos tu katanya..
ok next time kita buat lain ;)
percubaan kali ke 2
guna loyang lain pulak. tak berapa nak rajin nak bulat2kan. buat besar2. dapat 8 ketul. lagi mudah nak makan.. just curahkan ala kadar je sos butterscotch tu.. alhamdulillah, kali ni menepati citarasa cik abe.. sos butterscotch yang lebih, dibuat cicahan dengan Roti Sarang Lebah..
percubaan kali ke 3
bila mood rajin. gentel banyak sikit.
rasanya tak jemu kot kalau hari2 makan Roti Sarang Lebah ni.. bila2 masa boleh makan Roti Sarang Lebah ni.. memang terbaikkkk la :)
cuma rajin dengan tak rajin je nak menguli tepung.. kalau ada BM lagi mudah kan.. bila guna kudrat tangan nak menguli tu memang bercinta la.
ROTI SARANG LEBAH YANG LEMBUT, DIGANDINGKAN DENGAN SOS BUTTERSCOTCH YANG SEDAP.. MEMANG LAYAN
yang belum cuba buat atau belum makan Roti Sarang Lebah ni WAJIB buat ok !!! sekali buat pasti nak buat lagi.. lagi.. lagi & lagi.. tak percaya cubalah buat sekali dulu.. lepas tu bagitau saya betul tak apa yang saya cakap ni (",)
memang uols akan jatuh chenta nanti dengan ROTI SARANG LEBAH ni..
PERCAYALAH ^_________________________^
24 Comments
rajin betul ciksu kita sorg ni hehe..
ReplyDeletefenomena sgt kan..ciknaa blom dapat merasa lagi..
ReplyDeletememang lah terbaik...sedapp...tp akak kurang gemar makna dgn sosnya hehe..mkn mcm tu pun sedap..
ReplyDeletesedapnya ciksu! trliur dila..uhu
ReplyDeleteSalam Cik Su...
ReplyDeletedappnyeeee... cma pernah buat sendiri RSL ni.. mmg kebabom..dah la lembut..mkn dgn sos tu pulak.. aummmm.. ehehe..
tetibe kecoq lioq tgk gmbaq pertama tu.. sos penuhhhh
mmg sedapp dh buat.. tp tlah gigih nak mengulikan huhuhuhu.....
ReplyDeleteRajinnya ciksu. Yang pesen pertama tu saya suka, sos penuh banjir. Sedapnyaaa...
ReplyDeletemmng sedap tpi sos nya jgn bnyk sgt sbb manis kan
ReplyDeleterajinnya dia...nk ciked
ReplyDeletealahai..meleleh air liur tgk roti nie...boleh post ckit tk..teringin ~ hahaha
ReplyDeletehmmm enak kayanya tuh roti sarang lebah :)
ReplyDeletebaru cuba sekali sbb nak tau rasa. mmg jd rezeki ni..ramai yg jual skrg ni
ReplyDeletedapnyer..nak resipi..huhu..
ReplyDeleteAllah hai.. sedapnya tgk..belum pernah merasa lagi ni..sedapnyaaa
ReplyDeletemmg sedap,cuma nak menguli tu la azab sikit..sy klu buat uli lebih kurang je.hehe..
ReplyDeleteKalau jadi memanglah jatuh cinta, Ciksu. Kalau tak jadi, macam mana? Memang bercintalah nak buat lagi ^_^
ReplyDeleteInsya Allah akan cuba nanti.. Skrg blm ada cukup kelengkapan.
ReplyDeleteYg ni mmg belum try buat lagi.. nampak sedap betul gmbr2 tu ....
ReplyDeletecantik nampak naik roti nya QR
ReplyDeletekalau saya entah jadi apa
belum ada keberanian nak buat roti sendiri =)
Adehh... Bila la rajin nak buat ni... Hhe
ReplyDeleteHaha.. memang percaya akan sedapnya roti ni.. tapi kalau kes M tu payahla.. akak ni..kalau ciksu yang rajin, untung la suami.. moga baby pun rajin macam uminya
ReplyDeleteTu dia....terbena roti dgn soso butterscotch tu. Resipi dah print. Buatnya tak tau bila...hehehe...
ReplyDeleteDok tengok orang lain buat ja kat fb dan blog.. Tapi tak cuba pun lagi
ReplyDeletehai la bilalah akak nak try buat ni
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)