Tudung kanak-kanak

Tepung Pelita Asli

 
Untuk pengetahuan uols saya meniaga Kuih Tepung Pelita kat Bazar Ramadhan area Setiawangsa di Laman Pengantin @ Sekinchan Ikan Bakar ;)


Bukan saya yang sewa tapak tapi member saya (pangkat kak la sebab dia umur 40an). Satu tapak tu dorang kena bayar dalam RM550.00 untuk sebulan bulan Ramadhan. Dia offer nak tolong dia meniaga tak, so, saya apalagi. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang ler.

Bagi siapa2 yang duduk area Wangsa Maju, Titiwangsa, Kampung Baru, Chow Kit atau yang mana berdekatan tu boleh ler ke mari untuk mencuba keenakkan Kuih Tepung Pelita asli ni.

Kenapa saya kata Kuih Tepung Pelita asli. Sebab rasanya tu. Sekali rasa pasti nak lagi.

Suami saya pon cakap memang original rasanya. Puas makan. Satu plastik suami saya sorang je makan. Rezeki suami saya ler tahun ni dapat makan Kuih Tepung Pelita free. Nak tunggu cik isterinya buat "mmmm, kim salam ler". Hihi :)

Ok Kuih Tepung Pelita ni member saya amik dari sorang pakcik.
Pakcik tu hanya buat khas dibulan Ramadhan sahaja.
Maknanya setahun sekali je ada Kuih Tepung Pelita special ni.
itu sebab rasanya memang terbaek ^^


Satu plastik RM3.00. Ada 6 biji kesemuanya. Kuih Tepung Pelita ni dikukus ye. Masa mula2 sampai stok tu, memang teringin nak makan sebab masih panas2 lagi. Tapi sib baik aii puasa tau. Kalau simpan dalam peti sejuk pon lagi sedap. Makan time sejuk2 tu :)

Kalau tak silap saya area Taman Melawati pon ada juga Kuih Tepung Pelita ni. Macam mana uols nak tahu ianya sama dengan Kuih Tepung Pelita yang saya juai.

Meh sini saya nak tunjuk `trademark`nya, seharusnya Kuih Tepung Pelita ni menggunakan `tray` yang diperbuat daripada kayu.

Kuih Tepung Pelita disusun dalam tray tu ler, kemdian dikukus. Oh ya, Kuih Tepung Pelita ni menggunakan kelonsong daun pisang. Kalau nak order untuk tempahan moreh boleh ler rodger2. Hanya area yang berdekatan sahaja ye sebab kami bagi sekali dengan tray tu supaya senang untuk dibawa. Kemdian tray tu kena la pulangkan kembali :)

Setakat 13 Ramadhan saya meniaga Kuih Tepung Pelita ni, banyak yang datang balik. Hari pertama beli satu bungkus. Masuk hari seterusnya siap order untuk moreh lagi. Ada juga yang bawa tupperware. Kan saya dah kata sekali cuba pasti nak lagi. Alhamdulillah. 

Hanya yang pernah merasa Kuih Tepung Pelita je yang tahu sedap ke tak. Original ke tak. 

Selain Kuih Tepung Pelita, ada juga sesetengah negeri sebut Kuih Sampan atau Kuih Limas. 





49 Comments

  1. nak buat tak terbuat².. kalau lah dekat.. mmg dah singgah kedai cik sue ni...

    ReplyDelete
  2. susah nk jumpa tepung pelita yg betul2 sedap

    ReplyDelete
  3. sedap ni tepung pelita..memang kalo puasa wajib cari ni..

    ReplyDelete
  4. xblh nak merasa..jauh la..huhu

    ReplyDelete
  5. sedapnya tepung pelita.. jauhla plak.. kalau dekat boleh cuba tepung pelita tu... ;)

    ReplyDelete
  6. ingatkan ciksu yg buat.. huhu.. lain dari yg lain kuih pelita dia kan.. teringin lak tp jauh.. huhu..

    ReplyDelete
  7. rajin cik sue meniaga, apa slhnya kan tlg2 tokei..hihi.. kalo deqla sesaje jln sana singgah tmpt cik sue meniaga ni, agak2 ciksue nak ke lyn deqla?? yela.. time tu kan ciksue cbuk nak meniaga lagi.. dan ke nak borak2 tu? hahaa.. teringin nk terjah cik sue kat sana tauu.. ;p

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah rezeki ramadan...

    jijah suka gt kuih tepung pelita ni..

    ReplyDelete
  9. kalo di perak kami panggil kuih limas.payah nak cari yg sedap sekarang ni.ramai yg kedekut gula.ramai peniaga menyahut kempen kerajaan nk kurangkan gula dlm makanan

    ReplyDelete
  10. fav husband sy ni... cuma jauh sgt lak nak p sampai sana.. kot x, bole nak p terjah ...

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan # 14 ciksu
    rajin meniaga ye..murah rezeki

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum qaseh...sedap kuih ni...:)

    ReplyDelete
  13. ingatkan ciksue buat sendiri tepung pelita tu...

    ReplyDelete
  14. fames pula tepung pelita time ramadhan tahun ni.. hehe

    ReplyDelete
  15. kalau mkn sejuk mmg sedap..dah jadi mcm desert.. :)

    ReplyDelete
  16. lama rasanya saya tak merasa kuih pelita..sampaikan boleh lupa pulak camne rasa dia..^_^

    ReplyDelete
  17. Seronoknya ciksu bisnes. Tapak rm550 je ke utk sebulan? Murah jugak. Kalo nak dikira keuntungan yang dpt kan? Patut le ada org yg ambil cuti sebulan utk bisnes kat param.

    ReplyDelete
  18. KA suka juga kuih ni !

    ReplyDelete
  19. Sedap nya tepung pelita.. Tapi jauh bebenor.

    ReplyDelete
  20. Kakak ipar okje pun juai kuih ni QR...tp tak dpt jugak beli sebab jauh...
    kalau QR jual sini boleh okje beli hehe

    ReplyDelete
  21. Salam ciksu…
    Dulu ada tanya kak intan duk bukit jalil kat mana kan…bukit jalil kat belakang balai bomba..hehe..
    Tepung pelita ciksu mesti sedap dan customer puas ati sebab tu depa datang balik..kak intan doakan semoga ciksu terus maju..amin

    ReplyDelete
  22. Ros jadi rindu pulak kat kl. huhu.. Dulu pernah gak g bazar kat sini ngan kengkawan. :-)
    Ros ingat Cik Su yang buat kuih ni untuk berniaga :-)
    mesti seronok kan Cik Su berniaga di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  23. jauhnya Cik Su kalo Ai nk rs..apapun selamat meniaga ye Ciksu :)

    ReplyDelete
  24. wah.. terbaiklah.. lama tak makan tepung pelita ni.. mak aih..

    ReplyDelete
  25. salam ciksu...

    begitu kisahnya ya..rezeki di bulan ramadhan..thn depan blh janji berniaga bersama lagi ..

    model kuih tepung pelitapun ada..comel plak tu..hehehehe

    ReplyDelete
  26. alahai ciksu..sedapnyaaaa kuih tu..hehe

    ReplyDelete
  27. bagusnye ciksu mncari rezeki lebih buln pose ni yer..

    ReplyDelete
  28. Amacam berniaga..manyak masuk tak...
    semoga untung banyak2

    ReplyDelete
  29. rajin sue meniaga di bulan posa ni yer.... hope murah rezeki sue sekeluarga...

    ReplyDelete
  30. cik sue, nanti bagi alamat kat jaa eh.. nak pos kad raya...

    http://www.jaakechik.com/2013/07/pengomen-setia-jun-julai.html

    p/s : maaf tau, jaa xsempat komen entry lain... rushing! kat ofis ni... huhu...

    ReplyDelete
  31. Setiawangsa ye, dekat dengan tempat saya jugak ni...boleh pegi nanti

    ReplyDelete
  32. alaa..husna x makan kuih tepung pelita nih..jd tengok pon xde nafsu sgt..huhu..

    ReplyDelete
  33. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete
  34. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ... Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua.

    ReplyDelete
  35. Selamat Hari Raya akak

    :D

    Maaf jika ada terkasar bahasa ye

    ;)

    ReplyDelete
  36. ke manalah dindaku pergi...

    selamat hari raya dik..moga baik2 saja ye...

    ReplyDelete
  37. salam syawal # 12
    mane ciksu pergi ni,lme x nampak kt blog

    ReplyDelete
  38. Alorrr ketinggalan la. Kle x boleh terjah. Peberet tu..

    ReplyDelete
  39. boleh tempah x? kalau boleh nak contact mcm mane?

    ReplyDelete
  40. @Anonymous
    maaf saya tak tahu macam mana nak contact awak.
    maaf pakcik tu hanya buat bulan puasa je. huhu.

    ReplyDelete
  41. Salam...tahun ni tepung pelita berada di kawasan. mn yer.... teringinnnnnn....tiap2 tahun wajib beli walaupn dr pahang...sanggup cr :)

    ReplyDelete
  42. bagi sesiapa yang ingin mencuba kuih tepung pelita asli ni, tahun ni ada di PARAM SETIAWANGSA, BELAKANG CIMB SETIAWANGSA. BOLEH CARI DI SITU. SILA LIHAT TRAYNYA DAHULU YE. JIKA MENGGUNAKAN TRAY KAYU SEPERTI DI ATAS MAKA DARI ORANG YANG SAMA JUGA. MEMANG TAK RUGI KALAU BELI. IN SHAA ALLAH :) UOLS COMFIRM PUAS HATI DAPAT MAKAN KUIH TRADISIONAL NI. MASIH ENAK DAN LAZAT.
    HARGA PON MASIH SAMA.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)