Tudung kanak-kanak

AYAM GORENG BEREMPAH DAN TOM YAM AYAM YANG MUDAH!

Menu yang ringkas je.

Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dengan ayam ni, pikiaq punya pikiaq jadilah AYAM GORENG BEREMPAH. Perap semalam sebelum tidur.


Lagi satu TOM YAM AYAM yang sangat mudah dan semestinya sedap di mulut Raniaku sayang. Dia boleh hirup kuah kira oklah 😋

Ayam Goreng Berempah tu simple je haa.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, lada hitam, garam kasar, halia, serai, kunyit.. dah lumat gaul dengan ayam..
tambah rempah kari ayam..
gaul sebati..
perap semalaman dalam esbok..
masa nak goreng campak daun karipoley. ikut suka hatilah nak campak banyak mana. Lagi banyak lagi sodap.

Ciksu jenis suka gaul nasi dengan awas awas ayam goreng berempah tu. Sedap oiii!!

Hangpa masak apa hari ni!

#DariDapurCiksu

1 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin