Tudung kanak-kanak

Pasar Malam Sekitar Besut

sejak mai duduk di jerteh memang sokmo mencari Pasar Malam.. macam biasalah aktiviti waktu petang. hihihi.. tapi pasar malam jerteh ni banyak bezanya dengan pasar malam area kl nun. maklumlah kawasan kampung, kan!!

iols paling suka pasar malam di kl.. bermula selepas asar sampai nun pukul 10 malam. haaa, memang puaslah.. selalunya kami pergi lepas maghrib.. tengok juga kawasan.. kalau ke pasar malam jalan tar, suka pergi sebelum asar sebab sana memang sesak. tapi memang best. bukannya nak beli sangat pon.. just jalan-jalan cuci mata nengok orang meniaga, keletah pengunjung.. happylah 😍

pasar malam area jerteh, ada setengah tempat nak dekat maghrib dah pon tutup....so, masa tu terhad sangat. kadang tu tak pergi pon..

setakat ni suka dok pi pasar malam kampung raja je lah.. yang lelain adalah sekali dua sampai.. pilihan pasar malam di sini amatlah terhad.. tak meriah.. nak best sikit setiap sabtu kami ke pasir puteh..

pasar malam pasir puteh, waktu maghrib semua lampu akan dipadamkan dan tiada urusan jual beli berlaku. memang menarik. masa memula sampai dulu blurr kejap sebab tetiba dengar siren bunyi. kendian lampu semua padam. hairan!!! dah tanya, lama² pahamlah. hihihi. suka macam ni..

jomlah tengok senarai pasar malam yang ada. ada juga yang tak pernah jejak pon lagi. hihi.. yang mana iols tanda tu memang sokmo pergilah. rupanya banyak lagi haa tempat yang ada pasar malam yang iols tak tahu hihihi.. next time bolehlah jenjalan, kan!! 😙

 Ahad
- Pasar Malam Kampung Raja ☑
- Pasar Malam Gong Duek
- Pasar Malam Batu 13

Isnin
- Pasar Malam Cherang Meliling
- Pasar Malam Renek
- Pasar Malam Gong Bayor

Selasa
- Pasar Malam Bukit Payung
- Pasar Malam Tok Has ☑
- Pasar Malam Kluang

Rabu
- Pasar Malam Pasir Akar
- Pasar Malam Alor Lintang
- Pasar Malam Pulau Rhu

Khamis
- Pasar Malam Bukit Kenak
- Pasar Malam Kampung Tempinis

Jumaat
- Pasar Malam Darau
- Pasar Malam Pengkalan Nyireh
- Pasar Malam Keruak
- Pasar Malam Apal
- Pasar Malam Felda Tenang
- Pasar Malam Tembila

Sabtu
- Pasar Malam Teluk Bayu
- Pasar Malam Gong Kepas (Supermas) ☑
- Pasar Malam Jabi ☑
- Pasar Malam Bukit Awang
- Pasar Malam Chergar Molek
- Pasar Malam Kuala Besut

1 Comments

  1. Betul..pergi pasar malam beli sikit2..belanja sikit2 lebihnya tengok sana tengok sini...tapi seronok.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)