Tudung kanak-kanak

Cuti-Cuti Terengganu 2016

Cuti-cuti Terengganu 2016|keluar rumah dari sabtu lepas jam 8pagi, awal pagi subuh kemarin selamat sampai kl. seminggu ngko keluar dari teratak. eheehehe..

bertolak dari Kuala Terengganu selepas maghrib. balik ikut jalan lama sampai lah ke Kuantan. then baru naik LPT. balik malam kan, dengan anak kecik, memang tak mo naik LPT. dah la masa pergi ari tu siang pon sunyi. kalau malam hari lagi lah sunyi kot. kete memang tak banyak guna laluan LPT tu. bila guna jalan lama mak aiii.. berduyun duyun kete. nampak sangat pilihan orang ramai menggunakan laluan jalan lama berbanding LPT. lepas gambang baru banyak kete. Rania pon bagi kerjasama yang baik.. dari Marang lagi dah lena.. sampai Kemaman terjaga pergi toilet. pastu minum susu sambung tidor ~_^

seronok balik ikut jalan lama, macam2 dapat tengok. lalu setiap daerah dalam negeri Terengganu. besar rupanya negeri Terengganu ni. setiap daerahnya nampak membangun. pertama kali juga lalu area Paka. dapat lah tengok kawasan petronas yang besar dan bercahaya tu. serius besar yak mat. kiri kanan bercahaya. sekali pandang gerun pon ade. ini lah kali pertama tengok sebab memang tak pernah ke Pantai Timur lagi. sebelum ni pernah ke Kuantan tapi ikut laluan dari Johor. pon guna jalan lama. lain pemandangannya.

percutian yang simple sebab dah lama idam nak ke Terengganu. memang plan nak ke sana selepas usia Rania cecah 2tahun, baru lah seronok dapat berkongsi makanan dan beraktiviti dengan anak tapi rania tak de nya makan sangat. dalam banyak2 menu yang ummi dok try, adelah satu dua jenis je Rania suka makan. hat lain, jeling2 je tengok..

nanti2 ada masa, leh lah transfer gambar. percutian pertama Rania dengan ummiayah. seronok tengok Rania enjoy. happy je dia. sampai sunburn lah anak ummi. sian iye.. tapi tak pe Rania bukannya tahu yang muke iye dah surnburn. huhuhu. tapi ummi perasan lah. penangan mandi laut, kan!!!

Rania  ku sayang...
yang penting Rania dapat kawan baru lagi. ehehee. mudah mesra dengan orang Rania ni, itu yang cepat je dapat kawan. tapi tu lah, cuma nak kawan dengan geng pempuan je lah. lain jantina tak mo. kalau baby, okje. tak kisah lelaki atau pempuan. kalau dewasa memang memilih. nak kawan dengan akak2 je. abang2 pegang je, terus cari ummi. pakej nangis oke ^_^

perangai Rania masih sama, nak berdempek je dengan ummi, dengan ayah tak berapa nak mau. bayangkan lah sampai kan kalau die takmo berjalan, asyik nak ummi je yang dukung. dengan ayah langsung tak nak. bila ummi cakap ummi tak kuat. pandai pula die memujuk.. ayatnya..

"dukung ummi.. ummi kuat.."
kadang tu buat muka sedey..
"ummi, adik tak laratttt.." "dukung ummi.."

adeiii.. anak oh anak ~_^

tapi kalau ayah tak de depan mata, mula lah sibuk mencari. bangun pepagi celik je mata, dah kalut tanya "ayah mana.." selagi tak jawab, selagi tu lah dok bertanya. tapi bila ayah depan mata, nak bercakau aje dua beranak ni.

alahai sangat kan... kuat drama betullah Rania ni.. sabaq je lah!!!

Tak sihat...
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. baik2 aje. tapi 2,3 hari sebelum balik kl tetiba dalam mulut jadi ulser. ingatkan satu je, sekali saje lah nak tengok malam tadi. tup tup ade 2 biji. adeeiii.. patut lah siksanya nak makan. huhuhu. dekat2 pulak tu. memang merah menyala. tahan je pedih, sakit tu. ditambah plakkk tetiba badan jadi seram sejuk macam nak demam tapi tak demam. sekali sekala macam nak demam urat pon ada. macam2, kan!!! dan2 tu juga soh ayah rania belikan air cap badak dengan oral eid. stok lama dah habis. alhamdulillah, lepas minum air badak then letak oral eid, dah kurang sikit sakit2 badan ni haaa. dapat lah tidur lena.

tunggu next entry ye.. cuti-cuti Rania ke Terengganu Darul Iman.. sempat terjah Kuala Terengganu, Pulau Redang dan Marang.. yang penting misi jalan-jalan cari makan di sana. hiks...

stay tuned..




daaaaaa ^_^

ppppssttt: sebelum balik kl dapat dua berita. satu berita baik, satu berita kurang baik. berita baik.. ayah Rania dah tahu ke mana posting. barang pon dah siap masuk kotak.. cuma tunggu signal keluar dan masa nak angkat barang jek nanti. berita kurang baik dari my bff. benda dah jadi.. ape pon sebagai kawan paling rapat.. saya hanya mampu berdoa.. semoga my bff tabah dan dapat laluinya dengan sabar. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik buat hambaNya.


6 Comments

  1. Ros tak pernah sampai Terengganu lagi. teringin jugak nak ke sana

    ReplyDelete
  2. Dah siap-siap bercuti ke Terengganu, memang tidaklah postingnya di Terengganu ya, Ciksu. Atau pun, cuti-cuti kali ni nak meninjau dulu tempat posting?

    Seronok kalau dapat bawa anak pergi bercuti. Syoknya lain macam ^_^

    ReplyDelete
  3. Amboi cuti2 smp terengganh ye depa..Terengganu ni pun ada dalam list jugak.memang teringin nak pegi Redang..tp entah bila la.hehe...

    Nti boleh la usha2 entry ciksue sebagai pnduan.mana tau taun depan ada rezeki kesana..

    ReplyDelete
  4. bestnya bercuti..rania ni macam mimi..asyik nak dukung..alasan dia "adik belum besar mama adik penat "

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)