Tudung kanak-kanak

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK, JERTEH, HULU BESUT, TERENGGANU..



Yeay!! Yeay!!

Bahagianya dalam hati.. dapat jumpa port baru untuk beraktiviti waktu cuti dengan Raniaku sayang.. hewhewhew πŸ˜…πŸ‘πŸ‘

Duduk Besut nih kami banyak cari aktiviti riadah yang mesra alam.. sedia maklum Besut tak banyak mall untuk window shopping tapi Besut kaya dengan alam semulajadi. 

Kebiasaannya kami akan menikmati keindahan alam jurr pada waktu cuti. Kami untung sebab cik abe kerja tak normal. hahaha. sebab time orang cuti dia kerja, time orang kerja dia cuti. Jadi, kami tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai kalau nak bercuti.. ekekeke.

Ini antara aktiviti santai kami baru-baru ni. Kami ke ⬇⬇

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK, JERTEH, HULU BESUT, TERENGGANU 

Laluan nak ke sini sama laluan nak ke Kolam Air Panas La Hot Spring. Korang akan jumpa simpang ke Lata Kolam Air Deru EcoPark dulu.. kendian baru jumpa simpang ke Kolam Air Panas La Hot Spring.. 

Jalan utamanya selepas melalui jalan tar, korang akan lalu jalan ladang kelapa sawit ni duluan. Jauhlah jugak sementara nak sampai ke kaunter tiket tu.. ni sikit je ciksu attach gambarnya.. surpriseπŸ™Š



Shad bha rho.. 
Jangan jadi macam Rania tahu..
Masa dalam kereta dia punya eksaited tu.. bila nak sampai ummi.. jauhnya.. adik nak mandi air terjun.. nape ada pokok jee.. banyak sangat.. tak nampak air pon ummi.. ayah jalan salah kan ummi.. sakit telinga ummi dengar pertanyaan dia tau..πŸ˜‚

Jenuh nak mententeramkan Rania.. baru sorang.. kalau 2,3 orang anak dalam kereta tu.. mau naik geram juga ummi ni πŸ˜‚πŸ˜‚




Bayaran masuk..
RM2 untuk sebiji kereta.. 
murahkan!! 
tapi pemandangannya MasyaAllah.. cantik sangat.. terasa macam berada di dusun.. 



Bumbung biru tu untuk solat.. 
Surau sementara..
Biasalah tempat baru.. in shaa Allah pihak Lata Kolam sedang berusaha menaik taraf kawasan ni.. 
Satu hari nanti pasti cantik dan terpelihara lagiπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ



Kena kongsi dengan lelaki lah surau sementara ni.. bergilir-gilir.. 



Ada juga yang solat bawah pondok tu..



Cantik, menarik dan tertarik..
Rania dok ajak ummi ayah tido dalam tu..
tapi memikirkan nak keluar gi tandasnya yang terletak diluar nun jauh di sana.. buat ciksu terpikir sejenak πŸ™Š kalau berdua dengan cik abe.. kami okje.. mikirkan Raniaku sayang lah.. hold duluan πŸ˜‰

Tapi rasa-rasanya ummi nak tido dalam khemah lah.. ummi rindu suasana waktu perkhemahan zaman sekolah dedulu.. saje nak bagi Rania rasa pengalaman tido dalam khemah..

Bila??
in shaa Allah, bila tiba masanya..



Jauh berjalan ke atas sana.. mencari pangkalan suri tapi apakan daya.. aku lupa yang aku ni bawa anak kecik.. jenuh dengar rengekan Rania yang dah tak sabar-sabar nak buat aksi junam.. haishhh.. potong tang kona betullah.. 

Moh le kita patah balik.. turun ke bawah.. πŸ˜‚πŸ˜‚ sedor diri tu uiii.. 


Ini antara gambar-gambar yang sempat ciksu rakamkan untuk tatapan korang yang jauh di sana.. Hihihi.. 

Manalah tahu, korang tersampai ke sini.. bolehlah singgah k..


Antara pondok-pondok yang disediakan..



Airnya sejuk sangat-sangat uuiii..
Rania ni jumpa air macam jumpa apa ntah.. teruja yakmat.. 
Kalau boleh nak berendam dari pagi sampai ke petang gayanya..



Ummi ayah cari port paling bawah.. bawa anak kecik.. so, keselamatan anak diutamakan.. ini pon dah separuh jalan mencari port pengkalan suri tapi Rania dok pot pet jurr.. sakit telinga mak nak.. πŸ˜‚πŸ˜‚


Menjadi tumpuan.. 



Serius!!
ciksu masuk sini, ciksu rasa macam duduk dalam dusun jurr.. tenang, damai, sejuk mata memandang.. 

Berehat sebentar ataih "pelenggaq buluh" ni.. 


dan dan rindu "pelenggaq buluh" ayah nun di kampung..


Terima kasih Allah..
Atas nikmat ini..



Next time nak cuba aktiviti lain pulak.. semestinya ciksu nak try bawa ATV dan join aktiviti hiking..


Rindu nak berHIKING.. dah lama giler kot tak berhiking.. pemdam jurr hasrat di hati.. almaklumlah Rania belum cukup umur lagi nak bawa bersama.. hewhewhew.. yang pastinya aktiviti oktober nanti.. tak sabarnya .. WATER RAFTING DI LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK 😱😱 

Sedikit info mengenai LATA KOLAM AIRDERU ECOPARK untuk makluman korang.. 

So, nak tengok aktiviti ciksu lagi di LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK, stay tuned okeh πŸ‘πŸ‘

>> LATA KOLAM AIRDERU ECOPARK 

Terdapat 3 fasa di Lata Kolam ini
* Pengkalan 1 iaitu sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk bermandi dan bermain air.
* Pengkalan Suri untuk dewasa dan kanak-kanak tetapi kanak-kanak diperlukan pengawasan oleh orang dewasa.
* Pengkalan Raja pula sesuai untuk orang dewasa sahaja kerana berdekatan dengan air terjun

Antara aktiviti yang disediakan :
- Memanah
- Combat Archery
- Flying Fox
- ATV Adventure Challenge
- Water Rafting / White Water Sliding
- Mount Bike / Fun Ride
- Hammocking
- Camping
- Trip untuk trekking ke Air Terjun Lata Berangin (3 jam - pergi dan balik)
- Memancing
- BBQ

Kalau korang datang Jerteh/ Besut jangan lupa singgah deh. Walaupon jalan masuknya agak jauh tapi korang PERCAYALAH CAKAP CIKSU.. korang akan tersenyum bahagia selepas berkaktiviti di sini nanti πŸ‘πŸ‘

Nak tengok gambar yang ohsem boleh singgah FB RASMI LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK 

2 Comments

  1. aida x pernah singgah besut.
    lalu saje.
    nice place. suasana natural :)
    as for anak-anak aida, lom pernah kot bwk diorang ke air terjun / sungai.
    laut biasa, sebab umah atok uwan diorang kat tepi laut kan.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)