Tudung kanak-kanak

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُ 

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita..
Solat jangan ditinggalkan..
Solat Bukan sebab kita baik..
Solat sebab perintah Allah..
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

SOLATLAH..
KERANA ALLAH MENJANJIKAN RAHMAT, KEBAHAGIAAN, KEBERKATAN HIDUP DAN REZEKI. 

NABI saw tidak kagum dengan pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yang hendak di tukarkan kepada emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yang pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yang di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...
Takut macam mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani macam mana pun ...tetap Akan mati
Sayang macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....

Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati.
Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....

Kita tak bawa segunung harta setelah mati..
Kita tak bawa sijil tertinggi yang kita Ada. 
Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Teruslah melangkah, selama engkau
di jalan yang baik..

Meski terkadang kebaikan.. 
tidak sentiasa dihargai..

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun kerna yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan..

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu..

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri..

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza..

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya..

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*


kredit to: https://www.facebook.com/darussyifa.pendang.7

2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)