Tudung kanak-kanak

Cara membuat MEE KUNING HOMEMADE

Selamat petang,

Masih segar di ingatan, so, kita coretkan di sini 🍜

Pengisian kali ni ciksu nak ajak korang pakat-pakat buat mee kuning homemade. Kebersihan lebih terjamin. Kesihatan juga dapat dijaga. In shaa Allah.

Mee kuning homemade bebas ASID BORIK. ASID borik atau ada yang panggil air kapur/ air abu. Kadang kalau tak dicuci dengan teliti, selepas makan tetiba perut jadi 'sengkak'. Pernah tak jadi macam tu???

4 Ogos 2017
Ciksu ikuti kelas pembuatan mee kuning homemade dengan Kolej Komuniti Besut anjuran persatuan tempat Ciksu bermastautin sekarang.

Sebelum nie dok baca mee kuning homemade orang lain jah. Nak buat sendiri tak berapa rajin nak uli. Tambah lagi satu masalah sebab tak ada mesin manual. Hahahaha. Alasan banyak nau.

Best. Dapat ilmu baru. Meh ciksu ajar korang pulak. Korang wajib buat okay. Senang dan cepat. Paling penting menjimatkan.

RESEPI MEE KUNING HOMEMADE

200gram tepung gandum
200gram tepung high protein
Masukkan dalam mesin

*kalau tak ada tepung high protein, boleh jah guna sukatan 400gram tepung gandum. Sebarang tepung gandum boleh diguna. Nak sedap gunalah tepung gandum Cap Faiza. Herherher 

Sebelum start mesin bancuh dahulu 
1 biji telur gred C
1 sudu teh garam
Pewarna kuning secukupnya
Air

Caranya:
*telur dipecahkan dalam cawan penyukat yang disediakan bersama2 dengan mesin.  Masukkan garam. Kacau sebati. Masukkan pewarna kuning. Kemudian masukkan air sehingga 140ml sahaja*

*maksudnya bancuh bancuhan telur + garam dahulu. Kemudian letak pewarna pastu masukkan air. Sukatan telur + air  jadi 140ml sahaja*

Faham! 


Selepas masukkan tepung, bancuhan telur siap.
Start mesin.. 
Sesambil tu tuang bancuhan telur melalui lubang khas sedikit demi sedikit sehingga habis. 
Mesin akan uli tepung sampailah siap. Akan berhenti dengan sendiri. 
Apabila dah berhenti, barulah mee kuning mula terhasil. Gituuuuu

Teruja oiiiiii!!!!
Herherheher!!!! 

Nampak.. Masa mee tengah keluar tu, agak panjang, bolehlah potong sikit. 

Potong pakai apa? 
Gunalah pisau..

Seronok haaa mesin yang buatkan. Tak perlu nak gigih uli tepung pakai tangan. Tapi korang rajin boleh jah. Lagilah berasa hasil air tangan uolss tu. Okay 

Sesambil tunggu mesin siapkan kerjanya, kita bolehlah rebus air + minyak.

Air mendidih, sila masukkan mee kuning tadi. Rebus sampailah mee kuning timbul, bolehlah diangkat. 

Tak perlu disiram air sejuk.
Cuma letak minyak sahaja. Gaul-gaul bagi rata. 
Kalau nak buat mee goreng tunggu bagi mee sejuk dahulu. Kemudian bolehlah digoreng seperti biasa
Tahan selama tiga hari


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mee kuning homemade
👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

Banyak gak kami buat. Pakat-pakat try sorang sikit. Bermula daripada timbang tepung sehinggalah siap jadi mee.. 

Pertama kali makan mee kuning homemade

Jemput makan mee kuning homemade. Sedap rasanya. Mee kenyal. Puas hati. Hewhewhew

Dapat sorang sikit mee kuning. Balik rumah buatkan sup ayam untuk baby toang toang tu. Sedap dimakan begitu saja. Hihi

Amacam? Senang, kan! Best tak?? Ciksu yang pergi belajar depan2 dah eksaited tau nak buat sendiri mee kuning nanti. 

Cuma, mesin mee non hado lagi. 

Target sekarang nak beli mesin mee dulu. Mesin mee tak ada, camno nak buat mee kuning homemade oiiii. Herherher. Mesin mee yang cikgu guna ni boleh guna buat tart nenas juga. So, mee kuning boleh buat, tart nenas pon boleh buat. Peminat mee kuning dan tart nenas WAJIB beli mesin mee ni. Mana tau lepas ni jadi tokey mee kuning dan tart nenas pulak. Kan!!! aamiin 😊

Korang nak join ciksu beli mesin mee ni, nak tahu berapa harga, apa ke yang berkaitan.. Just whatsapp ✌

http://www.wasap.my/60193080215

5 Comments

  1. Bestnya buat sendiri...lagi banyak jimat rasanya =)

    ReplyDelete
  2. wauu..nmpak mcm senang buat mi kuning tu ya..tp betulla..kena ada noodle maker dulu..haha

    ReplyDelete
  3. Hmm mak saya dulu rajinlah buat mee kuning sendiri. Skrang dah tak buat dah, nak ajar pada anak pun tak sempat ... dah tak ingat cara nak buat ... haha

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)