memandangkan minggu pertama kami dah balik berbuka dengan my family, so, minggu kedua kami balik kuala kangsar lah pulak. berbuka dengan family in law. kami balik pagi jumaat. kebetulan hari sabtu kan ade Plihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. saje balik nak nengok kemeriahan orang keluar mengundi di bulan Ramadan ni macam mana gayanya. hiks @_@
bila balik kuale meriahnya lain maciam sebab ayah Rania ade 9 beradik. kebetulan pulak adik2 dan kakak cikabe yang duduk kajang, pj dan equine, dorang dah berhijrah duduk di kampung, ditambah dengan 3 lagi adik ipar yang di rumah makayah. cuma adik ipar dengan abang ipar je tak balik. sorang nn di kedah, sorang lagi nun di manjung. memang riuh rendah, especially anak2 sedara lah dapat jumpe sepupu sepapat. asyik main, gelak, makan itu aje khojenya :-D
ape ape pon, meh la tengok apa menu yang ade di minggu kedua. bila berbuka dengan keluarga kecil kami, sekadar makan ape yang ade tapi bila berkumpul ramai2, tau2 lah kan!! kalau tak penuh meja tak sah.
berbuka ditemani anak solehah Rania jek sebab ayahnya berbuka di luar bersama geng2 kursus sempena majlis penutup. so, tak de masak ape pon. just hangatkan kuah laksa dan bakar pulut udang. berbuka berdua dengan Rania, sangat lah mencabar jiwa raga. ade je kerenahnya. jap2 nak turun kerusi lah, nak naik balik lah, nak buang air lah. pendek kata ade je peelnya. memang sokmo urut dada jek. makan pon macam lepas tak lepas aje. kalau gini gayanya, memang tak de chance lah nak berbuka di luar. lebih baik berbuka di rumah. lagi selesa nampaknya, kan !!!
-untuk Rania masak nasi putih, goreng ikan makan dengan sup sayur.
17/6/2016
-ayam blackpepper
-nasi putih
-ulam cabai
-kuih muih
-ikan masin
-peria masak lemak
-ikan masak asam pedas
-kuih muih
-ikan talapia bakar
-paru masak sambal
-ulam cabai
-sagu gula melaka
-kuih muih
dalam banyak2 menu yang ade, droyan tetap menjadi pojaaaaannnn. raja buah, kan !!
! harga droyan boleh tahan maheinya. selonggok dalam 8 biji RM150. kebanyakkannya isi putih. puas beli dan rasa..
akhirnya dapat juge merasa droyan isi kuning ni. memang rezeki saya lah, sebab cik abe sambar, tengok2 isi kuning yang diidam2kan. selebihnya isi putih. droyan ni dari dusun pakcu.
lemak manis lazat tak terkata bila dapatnya.. alhamdulillah (",)
12 Comments
semuanya best2
ReplyDeletealamak aih..durian...gegar imanku..hihi..
ReplyDeletesebelum puasa dah balon sebiji..
laksa telur mata tu..apa rasanya ye?
Makan macam tak tertelan tapi nasib baik ada kawan.
ReplyDeleteKalau tak makan sorang lagi tak selera.
Dgn Rania makan jadi cepat dan laju - cepat kenyang hihi..
Uish. Durian tu nmpk kebabom sgt. Sedapnya klw dapat
ReplyDeletedurian yg plg mencabar iman tuu..
ReplyDeleterania dah start potty training ke?
Nani ni pun ingat berbuka kang nak beli laksa. Hehe :)
ReplyDeletefae tak suka makan durian huhu
ReplyDeletelaksa.. sedapnya...
ReplyDeleteROs pun dah buat laksa minggu lepas.. 3 hari berturut-turut makan laksa. hihi.. perabih kuah..
salam yana tak suka durian jugak ...
ReplyDeletesedap je menu akak
Wahhhhh salah masuk entry la hariniii..kekekekeek...
ReplyDeleteakak beli durian hari ni, semuanya isi kuning tapi rasanya tak tau le, sedap ke tak, belum makan lg..
ReplyDeleteDurian..nak p cari la nanti
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)