Tudung kanak-kanak

Bijirin - Oat untuk bayi

oh ya, sebelum tu nak la bagitau ye, segala perkongsian umi dalam blog ini berkaitan pemakanan anak atau bayi adalah berdasarkan pembacaan daripada pelbagai sumber. ilmu yang di perolehi cuba digunapakai sebaiknya. tujuan entry ini dibuat sekadar untuk berkongsi pengalaman menyediakan resepi atau menu buat anak. anak pertama, kan ! lama pulak menanti, agak teruja bila dapat buat sesuatu untuk anak. selain untuk catatan umi, ianya sebagai rujukan buat yang berminat. hajat dihati kalau boleh nak jadi pakar pemakanan buat anak2 sendiri. setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anak memasing, kan ! so, kenalah berusaha mencari ilmu. in shaa Allah ×_×

banyak2 bijirin yang ada selain nasi, umi pilih juga oat dan cous-cous untuk intro pada rania. jenuh juga la study bab oat ni. merata goggle cari info berkaitan oat sebelum intro pada anak. umi pilih oat sebab oat mengandungi nutrien yang banyak termasuklah vitamin E, zink, besi dan protein.

Resepi Oat Versi Baby

mula intro oat dekat rania masa umur 9m+ , kalau ikutkan, boleh intro pada usia 7/8 m. terpulang. 

memula try buat untuk breakfast..
 umi pilih organic rolled oats sebab rolled oats lebih berkhasiat berbanding oat segera. lagi satu saiz rolled oat lebih besar berbanding oat segera. itu sebab rolled oat perlu dimasak. 

lagi tentang rolled oats, boleh klik dan baca di SINI 

resepi oat kurma & prune versi baby


cara penyediaan rolled oats. kalau guna rolled oats perlu direndam ye. kenapa perlu rendam rolled oats sebelum digunakan, boleh baca entri INI

oat ambil ikut keperluan kendian direndam dengan air + perahan lemon + tepung atta. biarkan selama 12 jam sebelum di masak. oat yang direndam akan mengembang serta mempercepatkan proses memasak dan memudahkan proses penghadaman bayi nanti.

tapi umi akan basuh semula oat yang direndam tadi, kendian masak macam biasa.

untuk menu oat, tak pernah buat stok kecuali puri buah sahaja. memang akan masak oat setiap hari. kalau tak habis memang umi la yang habiskan.

masak atas api. bila oat dah nak masak baru masukkan puri prune + kurma atau apa2 jenis puri buah yang uols suka.

mula2 dah try bagi oat yang tak dikisar pada rania. tapi macam mau tak mau je rania nak makan. so, nak tak nak kena lah kisar juga.

oat kurma + prune dikisar. baru lelaju rania makan. maybe rania lagi selesa makan oat dikisar, teksturnya lebih halus. maklum la, belum tumbuh gigi lagi, kan !

siap untuk disuapkan. awal2 makan la juga. selepas ditukar dengan buah lain. rania dah tak mo makan menu berasaskan oat ni.

Oat dengan puri mangga, sedap. rania suka. 

sampai sekarang pon, bila sekali sekala buat menu oat untuk breakfast, memang rania pandang sepi je. umi juga yang kena habiskan. hukhuks. tapi oat membantu untuk pelawasan rania. hari pertama bagi oat, baik2 aje rania poo poo ^_^ sampai sekarang masih ajar rania makan oat ni. cuba lagi.

next entry nak kongsikan pengalaman sediakan menu berasaskan bijirin lagi, cous-cous pulak. 

sharing is caring +_+


11 Comments

  1. masa anak kecil dulu tak pernah try bagi Oat..tak terfikir..heheh

    ReplyDelete
  2. afia suka juga oat..tp dia macam rania kena blend juga..biasa buat cmpur kurma n kismis..kadang tu buat macam bubur nasi letak ayam ikan bilis sayur bagai..jadilah buat pelbagaikan menu kan.asyik nasi je jemu jugak kan

    ReplyDelete
  3. saya tak suka oat, tapi demi nak berdiet, sanggup telan,,haha

    ReplyDelete
  4. Oat mmg bagus .....bukan untuk baby jer tp utk ibu dan bapak baby hihi....

    Okhe pun ada beli jugak oat ni kononnya nak menjaga kesihatan, tp makannya jarang betul. Idaklah kuasa nak beli yg kena rendam sampai 12 jam tu cik Sue....hihi

    ReplyDelete
  5. anak aku tak boleh telan oat ni...

    ReplyDelete
  6. mana la kita tak tembun kan. dah dorg tak habiskan makanan kita jugakkkk yang nak kena hadap. nasib badannnnnnn.

    bagus ciksu buat entry ni. nt bila terlupa senang nak refer balik dekat entry lama. boleh jugak jadi panduan parents yg lain kan :)

    ReplyDelete
  7. rajin la ciksu.
    aida kagum sgt...
    aida ni anak 3 tapi makanan diorang tak le semeriah ni :)
    makanan biasa2 aje hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. ciksu rajin mencuba utk rania.. bagus2

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)