Tudung kanak-kanak

2 Tahun Sudah..

Salam takziah  & al-fatihah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya untuk teruskan misi pencarian serpihan pesawat MH370. Aamiin.

Bulan Mac banyak memori yang tercatit dalam kotak memori saya dan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Untuk saya sendiri pada Mac 2012 ada kisahnya tersendiri. Disusuli Mac 2013 kes Lahad Datu & terbaru Mac 2014 berita kehilangan pesawat 
MH370. 

Pada 21/3/2014 genap la sudah 2 tahun pemergian arwah adik saya. Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun. Sekejap je rasa 2 tahun berlalu pergi. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Walaupon perit pada mulanya. Sebagai hambaNya kita kena redha dengan setiap ketentuan dariNya. In shaa Allah.

Kebetulan,

Gambar ni saya snap pada 21/3/2014 masa di highway PLUS menghala ke utara tanah air. 

Terserempak dengan deretan konvoi trak 3 tan milik tentera darat. Dari mana saya tak tahu la kan. Ada lebih kurang 7 buah trak juga la. Menurut cik abe dorang ada buat ’exercise’ kot.

Apa kaitan trak 3 tan dengan arwah adik saya?
 Arwah adik saya berkhidmat dengan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) sebagai pemandu. So, memang arwah bawa la trak 3 tan ni. Itu yang saya cakap kebetulan tu. Memang tak sangka akan berselisih dengan trak 3 tan ni pada tarikh tersebut. 

Ini kalau dalam keta masa terselisih dengan trak ni, kebetulan mak saya ada juga comfirm dia nangis dah ni. Kenapa saya kata macam ni sebab pernah sekali tahun lepas masa on d way dari Kedah nak ke KL, saya, mak & bang cik naik bas. Tetiba mak menangis. Bila tanya "pasai pa mak teriak".. terus mak habaq kata terpandang trak 3 tan ni. Padahal saya tak nampak pon lagi masa tu sebab bas berenti isi minyak kat hentian Gurun. Macam mana mak saya boleh perasan pon tak tau la. Oh ya, masa tu kami naik bas dua tingkat. Tempat duduk kami memang di tingkat atas.

Bagi saya agak jauh la jugak, pandangan mata dari stesen minyak shell Gurun tu menghala ke laluan highway tu. Punya la tajam penglihatan mak saya masa tu. Naluri seorang ibu kan.

Kenangan bersama arwah selepas tamat latihan bulan 12/2006 di Port Dickson.

Keluarga saya. Tak cukup sorang. Adik no 3 tak da dalam gambar.
Kenangan bersama arwah di hari bahagia saya. Masa ni kat kedai pengantin di Pekan Kuala Kangsar pada 24/11/2007.

Al-Fatihah...

ppssttt: Ada yang rindu dengan aii tak? Hihi. Nanti mood dah baik, aii kasik update ok. Banyak benor berita yang nak aii kongsi dengan uols. Tunggu ^_____°




43 Comments

  1. setiap yg berlaku ada hikmahnya..al-fatihah..semoga semua tabah dalam mengharungi dugaan ini..amin..

    ReplyDelete
  2. Al-fatehah..semoga arwah tenang di sanaa....mmng rinduuuu ari2 dok tertanya2 mana cik su menghilang ;)

    ReplyDelete
  3. Hai, Cik Sue...
    Lama x singgah sini..
    Alfatihah buat arwah adik Cik Sue... ^__^

    ReplyDelete
  4. mesti la rindu. mac bulan kelahiran sy & sy kehilangan abg pun dlm bln mac. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. mac yang menyedihkan..memori insan tersayang tersimpan kemas di hatii...:'(

    ReplyDelete
  6. Salam QR..

    tersemat kisah disebalik tarikh2 ini..
    alfatihah buat arwah adik cik su ya..
    dan juga penumpang pesawat MH370

    *missu:D*

    ReplyDelete
  7. Huhu.. Sedihnya..sbb suami sy juga tntra... Salam takziah ea...

    ReplyDelete
  8. al-fatihah buat arwah adik cik sue...

    mestilah rindu awak.. awakkan selalu sehari bnyk entry ni takda entry lain je rasa... sy pun bizi huhuhu

    ReplyDelete
  9. sebak bc n3 ni... semoga arwah tenang d sana...

    ReplyDelete
  10. ajal maut allah dah tetapkan.
    kita pun tak tahu lepas ni giliran kita pula.

    ReplyDelete
  11. tu la, lama sangat menyepi...windu tau :)

    ReplyDelete
  12. al fatihah untuk adik akak...
    lama nyepi,;-)

    ReplyDelete
  13. semua itu kebetulan kan..

    alfatihah utk arwah adik qaseh..

    ReplyDelete
  14. Al fatihah utk arwah adik akak. Semoga beliau ditempatkan di sisi org2 beiman. InsyaAllah

    ReplyDelete
  15. Mak manalah tak sedih ......tp tulah...... bukan mudah nak menghadapi sabar tak semudah mengungkapkannya....
    Rindu tu rindu QR.....tp tk sempat nak bw...

    ReplyDelete
  16. sedih kak baca kisah adik ciksu.. kejap je 2 thn..mmg perit kehilangan ahli keluarga tsayang..apalg pemergiannya dlm keadaan mengejut cmtu..smoga arwa ditempatkn dikalangan org2 yg beiman..

    akak pun turut merasai perasaan yg sama dgn ciksu..kak jg kehilangan 2 abg tcinta..baca kisah ciksu ni mbuatkn akk teringatkn arwah abg2..smg mereka sejahtera disana..

    ReplyDelete
  17. salam...datang dr cacamerba.hehehhe.. tq sudi singgah n komen kat entry sy...selamat berkenalan...
    saya doakan sis akan dapat zuriat yg diidamkan...saya tak smpat nk baca semua lg...nanti sy jenguk2 lg...bye..

    ReplyDelete
  18. Takziah cik sue
    semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  19. Al fatihah bt adik ye..skrg ni 2 tahun trasa 2 ari dh...

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah untuk adik ciksu. Eh, mestilah ai rindu nak dengar cerita sensasi ciksu. Cepat le dtg mood tu ye.

    ReplyDelete
  21. sedekahkan alfatihah tanda kita sayang dan ingat pada arwah bila rindu tu dtg yer !

    ReplyDelete
  22. opkoslah rinduu Ciksu.. lama tu tak berupdated.. mesti ada sebab ni kan?.. hihihi..
    sabar ye Ciksu.. bila teringat, mesti rasa sedih kan.. semoga Ciksu dan keluarga tabah hadapinya :)
    Al fatihah buat adik Ciksu...

    ReplyDelete
  23. salam takziah.. semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 soleh.. amiin..

    ReplyDelete
  24. ^
    |
    |

    Semoga cepat pregnant dear

    btw amy rindu...lama x datang kat blog :)


    semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..amin..

    ReplyDelete
  25. al-fatihah
    dari dia kita datang, kepada dia kita kembali

    ReplyDelete
  26. Kenangan bersama orang yang kita sayang memang sangat terkesan di hati...
    Hanya mereka yang pernah melaluinya yang lebih memahami...

    ReplyDelete
  27. Ai.. bila nak update kisah happy tu? Dah pgnnat ke ni? Lama menyepi... hihi

    Dua tahun cepat berlalu ya.. dua tahun lepas rasa Naim kecil lagi, ni dah jadi 4 tahun yang macam2 kepandaian. Naim lahir 22.3 itu yg tumpang sebut dua tahunm tarikh dekat tu. Semoga keluarga Ciksu redha dgn pemergian arwah adik tu ya.. sedih baca pasal mak menangis bila yengok trak 3 tan tu. Memang ibu mana yang tak sedih kalau anak pergi lebih awal drp dirinya..

    ReplyDelete
  28. Semoga mak sue terus tabah...erm maaf tny..adik sue meninggal kenapa ye??

    ReplyDelete
  29. Sy dh bce entry psl arwah adik sue...sesih sy bce

    ReplyDelete
  30. dh lama x komen2 kat cni..akk cpt2 la update lgi hihi

    ReplyDelete
  31. Al fatihah moga tenang dia dekat sana .

    ReplyDelete
  32. semoga terus diberi ketabahan.. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  33. alfatihah utk arwah....semuga diampunkan dosa2nya...

    ReplyDelete
  34. Al-fatihah! Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Masa sekarang ni memang pantas berlalu Ciksu. Sekejap aje semuanya dah berakhir. Betullah kata pepatah 'masa itu emas' kan. Tercungap-cungap juga nak mengejarnya kadang-kala.

    Mana tak rindu kat Ciksu. Kalau ada, mesti bertandang sekali-sekala. Kalau takda, memang tak nampak bayang dan blog pun sepi sesepi-sepinya!

    ReplyDelete
  35. takziah untuk awak sekaluarga. moga arwah ditempatkan bersama para solehin amin

    ReplyDelete
  36. Kakak akak ni pn still dok nangis kalau ingtkan arwah husben dia walaupun dh setahun berlalu.

    ReplyDelete
  37. Meninggal knp ye. Alfatihah. Moga ditempatkan dikalangan yg beriman.

    ReplyDelete
  38. al-fatihah...

    byk2kan doa yea ciksu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)