Tudung kanak-kanak

Resepi Untuk Bayi - Bubur Beetroot Yang Sedap..

9 BULAN

Beetroot kaya dengan khasiatnya. ini antara khasiat beetroot yang sempat saya snap masa tengah beli beetrot di tesco. 


actually banyak kebaikan yang terdapat dalam beetroot ni. nak tahu lebih lanjut silalah bertanya dengan en goggle. hikhok >.<

Rania umur 9m+ baru ada rezeki umi intro beetrootbeetroot sesuai untuk bayi berumur 8 bulan dan ke atas. 4 hari kenalkan Rania dengan beetroot, alhamdulillah pass. Rania baik-baik saja. popo poo pon oke. masa ni dah mula tumis dengan pure olive oil (poo). mula-mula bagi puri beetroot dengan bubur nasi je dulu. rania makan. habis. bila pass baru campur dengan sumber protein. lepas alah dengan ikan bilis & salmon, umi maintain dengan ayam je la. sebab masa check up 9m+ nurse cakap dah boleh intro dengan telur. jadi, umi target umur rania 10m+ memang nak intro telur je. bab telur ni ada kerisauan juga sebab bila umur 12m nak kena inject, kan !

bab telur kita sembang entry lain, ini nak citer pasai ubi bit atau beetroot ni.

PURI BEETROOT

cara-caranya:
kupas kulit beetroot, kulit tebal oke.
potong dadu, cuci bersih, tos
rebus lagi cepat empuk berbanding kukus sebab dah cuba. still keras.
masa nak kisar guna air rebusan tadi.
bila siap, boleh bekukan, asingkan, label tarikh dan namanya.

BUBUR BEETROOT

tumis bawang putih dengan poo, masuk air, beras. bila jadi bubur, baru masukkan puri beetroot. 


BUBUR AYAM BEETROOT


(beras + bawang putih + beetroot + lobakmerah + isi ayam + POO


selebihnya boleh la dipelbagaikan ikut selera anak. selain ayam, boleh dicampur dengan sumber protein lain juga. terpulang +_+



bubur beetroot + habbatus sauda

suka tengok warna bubur beetroot cantik kan, pinkish gituu. tak caya cer try buat ok >.<

umi beli beetroot di Aeon Big, selama dok ulang cari di rak bahagian organik tak pernah pon nampak beetroot ni. alangkah beruntungnya satu hari tu bila pergi usha sekali ada. haaa, rezeki Rania la, kan !

ok. sekian untuk resepi solid food hari ini.

in shaa Allah :) 

11 Comments

  1. tak berapa jelas gambar khasiat tu..ehhehe..

    Ubi ni saya pernah buat jus..tapi tak pernah bagi
    kat baby..sebab masa tu baby saya
    kalau bagi ubi2 ni mesti sembelit..heheh

    ReplyDelete
  2. Sedap ek ubi bit ni..rasa ms tau pasal ubi bit ni n macam femes sikit masa tgk ezani masterchef tu masak desert...x pnh try n beli pun...sbb anak2 susah sikit...bnda lain mcm sume x nak makan...yela diorg da besar bru nk prkenalkan mana mau...dia kena dari kcik dah didik kan...hehehe

    ReplyDelete
  3. Wawawa..vibrant btol kaler dia..nmpak sedap tu..hihi..akak tk pernah buat menu ubi ni mase zayed dulu..selalu beli benda yg senang2 jumpe jek..kikiki

    ReplyDelete
  4. berkhasiat sungguh makanan budak budak ni hehehe, zaman dah maju hehehe

    ReplyDelete
  5. xpernah tahu pula ubi bit ni.. bagus rania umi suka cuba macam2

    ReplyDelete
  6. Xpnh thu psal ubi ni.hihi.. Untung rania umie kreatif dlm pnyediaan mknn..

    ReplyDelete
  7. rajin sgt umi rania ni. untung tau awak rania.
    pernah beli beetroot ni konon nak buat kek mcm dr ezani...sekali mood tak rajin, membazir mcm tu aje...teruk sgt

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan ubi ni...boleh cuba juga ni buat kek ke atau masakan lain,

    ReplyDelete
  9. kaler cantik2..
    kt tgk pon nmp sedap

    ReplyDelete
  10. wahhh tak pernah tgk pun buah ni. atau kira yang tak kenal hihihihi. nanti klu pegi pasaraya nak try intai2

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)