Tudung kanak-kanak

Mamee Chef Lontong

Dah lama tak jamah maggie. baru ni terpandang mamee chef lontong stok cik abe. terus rasa nak cuba.. "macam sedap je.." dah la saya peminat lontong, kan.. lagipon dah lama tak makan maggie.. hampir dua tahun juga.. dari sebelum mengandung lagi.. 

Kali pertama buat mamee chef lontong ni boleh saya pergi buang creamer yang dalam plastik warna kuning tu. oh ya, dalam plastik mamee chef lontong  tu ada 3 platik kecik. warna biru( bebawang + serbuk perisa), kuning (krimer) dan putih ( rencah lontong).

Pastu dok ngomel sendiri.. kat mana rasa lontongnya. kata mamee chef lontong, kan.. hahahaha. apa daaaa ^_^

Ini gambar kali kedua makan mamee chef lontong. baru lengkap. siap add on daun bawang + nasi impit + sambal cili dan bawang goreng lagi. memang terangkat la, kan ! tambah maciam2.. mau tak sedap. 

Kalau tak tambah apa2 pon, mamee chef lontong ni memang sedap la. nak2 mee tariknya tu. memang kenyal dan lembut.


lepas ni kalau teringin nak makan lontong, boleh la makan mamee chef lontong ni.. cepat, mudah & sedap :) 


Selesai hadam semangkuk mamee chef lontong tetiba teruih teringat ingat jemputan dari Nuffnang melawat kilang mamee chef di Melaka Mei 2014 tapi apakan daya, daku lambat check email masa tu. so, melepas lah. mungkin juga bukan rezeki ku nak ke sana masa tu sebab tengan berbadan dua. kemungkinan besar cik abang belum tentu izinkan daku pergi sensorang ke sana masa tu. kalau dapat pergi masa tu dapat la jumpa blogger kak fiza. ibu 3 anak yang cute. ihiks :) sila klik link tu untuk baca lebih lanjut cara pembuatannya. 

Kenangan je la, kan ! 


14 Comments

  1. Wah.. ada ye magi macam ni.. baru tahu.. nampak menarik betul.. pandaila diorang ni buat magee sedap dengan rasa tempatan pulak ya.. amboi.. kalau tunjuk kat papa n pasti dia nak beli ni.

    ReplyDelete
  2. ciksueeeeee.. kita jadi lapar tengok ni
    teringin la nak makan pula
    hihi

    ReplyDelete
  3. Bila dah add-on sendiri macam-macam mestilah sedap jadinya CikSu.
    Dah kata lontong kenalah ada nasi impit ye tak:)

    ReplyDelete
  4. zaza xpenah cuba lagi megi lontong ni..sedap eh?

    ReplyDelete
  5. Dh lma juga xmakan maggie.. Sllu mkan maggie ni buat goreng resepi sendiri. Hehe..

    ReplyDelete
  6. ahhh sedap pula nampapaknya ni ciksu... nak kena cari gak nihh!

    ReplyDelete
  7. Maggi baru ke ni..sy klu mkn megi biasa cintan n tak pu megi sedap.mamee sedap jugak meginya.yg lontong blom pnah try..nti nk kena carik la dh ciksue kata sedap

    ReplyDelete
  8. baru tahu ada maggi macam tu..xpernah cuba lagi.
    blogwalking here

    ReplyDelete
  9. mujur baru lepas sarapan...hehehe

    ReplyDelete
  10. tetiba terliur sekali adehhhhh hihihihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)