Tudung kanak-kanak

Begini ceritanya..

Banyaknyalah post pending untuk masuk dalam blog ni.. taip taip pastu simpan. ada idea taip lagi. pastu simpan lagi. sudahnya.. semua entry tak dipublish. entah la.. apa masalahnya sekarang ni.. mungkin disebabkan kebizian dengan hal rumahtangga termasuk kesihatan diri :p ke sana ke mari semasa di kampung.. kebetulan mak kedah buat kenduri sikit.. balik kl memang pancit. penat sangat !! 

Sampai umi sakit gigi gara gara makan kuih kaswi. tak pernah pernah pon jadi selama ni. tetiba teringin nak makan kuih kaswi lagi sebabnya hari tu masa pergi rumah mak lang hari akad nikah, sempat jamah sikit je. balik kl, dok le teringat ingat. tak boleh jadi. maka buat la juga kuih kaswi. elok aje lega sakit gigi, tetiba sakit tekak la pulak.

 haaa sudah..
 Gigih la dok pulun minum pati delima. kejap ok. kejap tak ok. sudahnya cuba satu petua tu. nanti la share di lain entry. elok baik sakit tekak diserang selsema pulak. berjangkit dengan anak bertuah. selsema beransur pulih, batuk pulak menyerang. aduh ! aduh ! 

elok baik dari batuk tetiba pagi tu bangun tidur sakit kaki sebelah kiri pulak. bengkak. sakit. jalan pon berjengket jengket. dok ulang sapu minyak panas.. alhamdulillah beransur baik :) 

Sekarang ni dah blurr. tak tau nak mula dari mana dulu. fenin fenin lalat. baru aje nyinggah melawat 2,3 blog. ada yang singgah baca entry aje. pastu tak da mood teruih tekan butang x. 

Mood berblog memang ke lautttttt.. walaupon hati ni nak sangattttt berblog tapi tak daya.. uv pon jatuh tak agak agak walaupon ada juga seketoi dua BE yang diberi.. 

Doa doakanlah ye. semoga diberi kekuatan untuk terus berceloteh di sini..







16 Comments

  1. its ok.. take ur time. saya pun sama la Ciksue.. berbulan lamanya jiwa kesedihan, terus tak der mood nak menulis, walau banyak cerita yang nak dikongsi. Ni pun sehari dua baru bertatih berblog balik.. harapnya this time cekal la sikit.. Ciksue pun jangan la senyap jer yer.. kami windu :d

    ReplyDelete
  2. semoga sakit gigi tu cepat baik..dan kembali berblog..kautkan semangat ye

    ReplyDelete
  3. Harapnya mood berblog tu kembali ya sis..:)

    ReplyDelete
  4. moga cik sue diberi kesihatan yang baik ye...inshaAllah sakit tu penghapus dosa..

    lama ni tak dengar cerita rania, moga mood cik sue kembali selepas ni ye

    ReplyDelete
  5. xpa...xpa...jaga kesihatan dl k...UV PV yg tu boleh kasi up nti

    ReplyDelete
  6. umi Rania..wake up!hahaha

    takpa la slow2 taip n publish entry yg tertunggak..jgn asik tenggelam timbul je tau!

    ReplyDelete
  7. zaza pun kdg2 mcam tu.. chaiyokkk !

    ReplyDelete
  8. kehkehkeh

    memang lumrah mcm tu. saya ni pun dua dua ketoi entry hilang, hilang punca dah nak update ape :p

    ReplyDelete
  9. Bunda pun dua hari ni batuk dan sakit tekak..perit sangat tekak ni...suara pun parau...

    ReplyDelete
  10. sama la kita citer Sabah yg bebulan2 tu pn tak habis lagiiii T__T malas gilerss ;p
    moga cepat sembuh dari kesakitan ek ;p

    ReplyDelete
  11. sedap kuih kaswi kak...saya pun baru minggu lepas makan...hihi

    ReplyDelete
  12. Kadang cmtula kak. Nk kena cari mood balik tu..

    ReplyDelete
  13. sama la kita..mood berblog sgt kelaut skarang

    ReplyDelete
  14. Perkara biasalah tu, Ciksu. Ada masa pasang surut mood bila berblogging ni. Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi boleh berblogging macam biasa tapi dek kerana sibuk tak menentu, aktiviti blogwalking tu yang sangkut.

    Semoga Ciksu dapat balik mood tu semula. Bolehlah kawan-kawan terus-terusan membaca cerita Ciksu di alam maya ni!

    ReplyDelete
  15. Ros pun sama lah CIksu.. dah jauh benar mood tu lari.. tak terkejar. hihihi.. rindu nak baca celoteh Ciksu! ni nak masuk bulan Ramadhan ni, tak sabar nak tengok menu berbuka Ciksu :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)