cik abe yang carik ikan, dia juga yang masakkan nasi, sediakan lauk pauk..
sediakan tungku & pakaikan bengkung..
bila cik abe mula kerja, adik saya no. 4 pulak yang ambil alih..
mak masing2 ada tanggungjawab dengan keluarga, so, saya tak na la kacau..
tapi mak kedah tetap tunggu saya sampai hari ke 13 berpantang manakala mak perak tunggu sampai hari ke 4 berpantang. lepas selesai ngurut saya, mak perak pon balik :)
sebelum sarapan pagi saya minum Ephyra..
saya minum Ephyra pagi sebab untuk tenaga selain dapat membantu saya sentiasa rasa kenyang sebelum makan nasi.. lagipon pepagi dah start bertungku..
sehari hanya 2x sahaja makan nasi. tengah hari & petang sebelum maghrib..
tak tambah pulak tu. sekali letak nasi macam gunung jerai gituuu..
makan nasi panas2..
air pon nak panas2 juga.. minum teh tanamera
untuk sarapan pagi & minum petang saya just minum horlick cicah biskut cream cracker yang tawar tu.
bayangkan saya boleh habiskan 4 tin cream cracker tu sepanjang tempoh berpantang..
sekali mak saya tak puas hati. hahahaaa. masa duduk di kampung mak belikan cream cracker yang lemak2 tu. baru sedapppp :)
untuk minggu pertama memang dok pulun makan Ikan Talang Bakar & Ikan Jenahak Bakar + Sayur Sawi
untuk ikan bakar just letak kunyit + garam = bakar
untuk sayur just ketuk bawang putih pastu didihkan dengan air masukkan sayur + garam.. Kuah tak da hirup pon. Just cedok ambik sayur je. Menu ni
memang tak guna minyak
minggu kedua menu Ikan Mayong, Ikan Bawal Emas + Sayur Kucai + Sayur Sawi
masuk minggu ketiga menu Ikan Merah & Ikan Tenggiri Bakar + Ulam Lemuni Unggu + Pucuk Mengkudu
ada juga sekali tu minta cik abe buatkan bubur nasi, kendian makan dengan ikan masin yang ditabur..
lagi 2,3 hari nak habis pantang baru saya makan Sup Ayam Kampung, Ayam Bakar, Ikan Kembung Bakar,
Gulai Ikan Talang + Ulam Lemuni Putih
Ikan Kembung Masak Air..
yang ini saya suka hirup kuah panas2 tu.. sedapppppppppppp ;)
Kuih Karas
mak tempah khas dengan Ngah Jah
sebelum nak makan, buka letak bawah kipas bagi sejuk sekejap
nanti karas liat2 sikit bila digigit.. baru la tak bersepah masa makan.
Kuih Peniram
Mak long Ani yang bawakkan masa pergi melawat saya lepas tu dok la ulang beli di pasar tani
sekali hadap je ni sambil minum Horlick
sepanjang tempoh berpantang yang paling saya tak tahan nak makan ialah SAMBAL BELACAN..
selama 44 hari oke saya tak sentuh
habis je pantang, sambal belacan dulu yang dicari..
legaaaaaa ya amat bila dapat cicah dengan ikan bakar.. ala sikit je.. nak rasa :)
pppsssttt: teringin masa berpantang nak makan lobak putih sekali mak perak kata angin terus terbantut. apa yang saya tahu lobak putih membantu menambah susu badan juga manakala kucai pulak, mak2 sedara saya kata angin tapi mak saya kata tak..
pokok pangkalnya saya rasa bergantung pada penerimaan seseorang, kan ^-^
Selamat berpantang buat korang yang dalam tempoh berpantang. Enjoy k. Best.
30 Comments
Okla menu sedap tu untuk orang berpantang..heheee
ReplyDeletedalam banyak banyak makanan sambal belacan jadi pilihan ciksu. hahah. terbaikk :)
ReplyDeletebanyak betoi pantang larang kan..sabor jelah, nak jaga rahim kan. seronok baca cerita ciksu berpantang..hihi
ReplyDeletehehe.. amalan ni ikut badan sbnrnya... tapi sy jaga juga bab makan, ea lah bdn nk pakai lama... dan smpai sekarang masih tak makan laksa wpun teringin sgt.. hehe
ReplyDeletepuas la kan makan lauk orang berpantang..hehe
ReplyDeletehmm btul tu..
ReplyDeleteikut diri masing2, org yg ni tak sama dgn org yg tu terhadap pemakanan masa pantang. ada yg hentam je semua makanan, ada tu btul2 jaga.. terpulang la, ikut masing2..
lobak putih tu mmg kak nad amalkan sbb bantu tambah susu..
great sharing
ReplyDeleteBetul lain tempat lain cara pantangnya. Kalau MIL kakak dulu tak bagi makan ikan kembong tau. Tapi sup ayam kampung boleh aje. Carrot putih lagilah paling banyak kakak makan selain sawi.
ReplyDeletebanyaknya makanan masa berpantang..:)
ReplyDeleteKalau saya plak, sejak awal mmg ibu mentua dah sediakan ikan bakar yg diperap dengan kunyit dan lada hitam. Pastu cicah dgn air asam yg ada bawang. Sebenarnya saya suka lauk berpantang. Sedap dan yg paling syok sbb org lain tlg masakkan utk saya. Tinggal lagi nak suap dlm mulut je.
ReplyDeletemmg mencabar kan ciksu hehe.. zaza tengok adik pun sama ikan bakar dgn lobak putih makanan harian dia hehe. In Shaa Allah, nanti zaza pulak akan dpt merasa :)
ReplyDeleteSaya habis pantang cari pizza, Ciksu! Hahaha.
ReplyDeleteBetul sungguh Ciksu berpantang padanlah dapat pakai jeans size 28 semula.
Saya masa pantang makan nasi dengan ikan bilis goreng je. Lada hitam sekali sekala. Mula-mula je ada ikan lepas tu jemu. Mak bagi air milo secawan bila Mak tak nampak tambah lagi air suam semug. Punyalah ngelat!
P.S. Ciksu, terimakasihlah bab ikan pekasam tu. Ada lagi sebekas di rumah. Tak mahulah susah-susahkan Ciksu pulak ^_^
acik dulu 60 hari ikan haruan je en.suami acik masak kan..sup..bakar..dah lepas 44 hari letak santan ngan halia dan lada hitam..ikan tetap jugak haruan..nasib la acik tak jemu..makan je apa yang dimasak.
ReplyDeleteAkk suka kuih karas tu. Tp jarang jumpa. Ooo mcm tu cara nak makan ye. Baru tau
ReplyDeletesaya masih single tapi klu diizinkan Allah memiliki anak , rasanya saya x bermasalah utk berpantang sbb diet saya pun byk mkn sup sayur dan ulaman . klu daun betik tu mmg feveret lah cuma my bunda akan suruh minum jamu yg dibuat sendiri ketika berpantang . itu dah cara org jawa ...
ReplyDeleteIye...mkn cam tu mmg bole kurus. dlm pantang mmg tahan je. naik keje ko siap ar...he...he..
ReplyDeleteyg ptg berat badan turun menjunam okeyyyy hehehe...
ReplyDeletekalo nak sihat..msa dlm pntang ni lah kena jaga sebetulnya..
ReplyDeletelya dulu mmg berbengkung spnjang msa, esp time nak mkn tu wajib pkai bngkung utk elak perut msuk angin n buncit..
lya pon just makan ansi putih+ikan pnggang aje.. tp dah lupa ikan apa.. nasi lak digaul dgn lada hitam y ditumbuki.. tp sbb lya jns suka mkn lada hitam, mmg sedap je.. hehe
Hoho. Aku dulu pun kena ikut makan pantang ni gak.... Haihhhhhhhh!
ReplyDeleteLain tempat lain pantang nya.. Mcm sya boleh mkn ikan apa sj kecuali yg bersengat & berduri gitu. Tp biras org Kelantan xblh mkn ikan lain kecuali ikan kembung.. *X silap lah, lupa dah ikan apa*
ReplyDeleteWah menu berpantang ciksu.. Masa berpantang, kenalah berpantang betul betul kan..
ReplyDeletebagus info nih sue.. bukan utk sue je tp semua pmbca blog..
ReplyDeletesy dlu msa awal2 pantang xtau boleh mkn sawi.. dok mkn bakar2 n buat sup je.. dah ujung2 pantang baru tau boleh mkn.. itu pun sbb mak sy menyembg dgn jiran2.. tnya apa yg boleh mkn n yg tak boleh mkn..hehhe
Lobak putih akak masak sup semasa berpantang..
ReplyDeletemmg cara berpantang setiap org tak sama.kena berani cuba baru tau boleh tak badan kita terima.macam sy mak sy pantang langsung tak makan sayur.klu mak mertua sayur sawi je la.jemu jugak nak hadap sawi msk air hari2..:)
ReplyDeletetp klu benda tu org kata angin mmg tak berani kan.bukan apa kesian dekat baby
macam mama saya jugak kata. orang perak hihihihi. pantang awal ni cuba je dulu mana yang badan rasa tahan. pantang awal tak boleh ketat sebab nanti pantang kedua kena disiplin macam mana pantang pertama. itu yang mama longgarkan sikit pantang saya. ihihihi
ReplyDeleteLobak putih mak buat msak kuah air. Mcm msak rebus. Sdap.. Xde pula angin ke apa.. Tp ikn sy x tahan. Rasa pedih + gatal. Mkan ikn bilis je. Aym ok je..
ReplyDeletesedap menu2 tu..akak pun makan sayur sawi rebus je...dgn ikan talang bakar jugak
ReplyDeletemakanan pantang sedap2 kan..hehe kurang minyak,kolestrol.. hahaha
ReplyDeleteTu yg mencabar bila berpantang. Kena tahan nafsu tgk makanan yg kita tak boleh nak makan.
ReplyDeletebetullah berpantang ni ikut badan seseorang
ReplyDeletesaya cuba makan lobat putih dulu tu, sakit badan tuhan aje yang tahu
memang anginlah cik su
ayam saya makan juga walau ada setengah kata tak boleh
tapi paling kerapa makan ikan bilis dengan sayur sawi tu lah =)
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)