Tudung kanak-kanak

Pengalaman Berpantang: Menu/ Makanan saya dalam tempoh berpantang..

sesaje nak buat entry pasai menu atau makanan yang saya makan sepanjang tempoh berpantang untuk anak sulung ni. bukannya apa, esok2 kalau mengandung, pastu beranak lagi, boleh le rujuk entri ni balik.. kalau nak ingat memang la boleh ingat, kan!!! tapi kekadang tu boleh lupa jugak.. al-maklumle faktor umo yang makin meningkat naik. hikhikhik

kalau ikut mak kedah (mak saya) memang tak bagi makan ikan lain selain ikan talang yang 
di bakar.. bila jahitan dah baik baru le mak sarankan makan ikan laut pulak. sayur semestinya ada. tak mo jadi sembelit sepanjang berpantang..
tapi 
kalau mak perak (mak mertua) pulak kata makan aja apa yang boleh dimakan.. maksudnya jenis ikan la. bukan apa senang nanti boleh tahu yang mana serasi dengan badan atau tak. bila anak kedua nanti kita dah tahu la yang mana boleh & tak boleh makan.. 

disebabkan saya ni yang jenis penakut la juga. bukan apa, kalau sakit saya yang kena dulu kan. bukan orang lain yang merasa.. penyudahnya saya ikut yang mana saya rasa boleh..

lagipon selama saya berpantang untuk anak sulung ni cik abe yang jaga pemakanan saya..
cik abe yang carik ikan, dia juga yang masakkan nasi, sediakan lauk pauk..
sediakan tungku & pakaikan bengkung..
bila cik abe mula kerja, adik saya no. 4 pulak yang ambil alih..
mak masing2 ada tanggungjawab dengan keluarga, so, saya tak na la kacau..
tapi mak kedah tetap tunggu saya sampai hari ke 13 berpantang manakala mak perak tunggu sampai hari ke 4 berpantang. lepas selesai ngurut saya, mak perak pon balik :)

kalau uols nak tahu selama tempoh berpantang saya hanya makan IKAN YANG DIBAKAR & sayur yang DIREBUS SAHAJA.. bila ANAK DAH HABIS KUNING BARU SAYA MULA MAKAN LADA HITAM YANG DITUMBUK, KUNYIT & SEGALA JENIS ULAM-ULAMAN YANG PAHIT2 TU.. HUJUNG2 DEKAT NAK HABIS PANTANG BARU MAKAN MENU BERKUAH.. fuuuhhhhh... mencabar hokay!!!

sebelum sarapan pagi saya minum Ephyra.. 

saya minum Ephyra pagi sebab untuk tenaga selain dapat membantu saya sentiasa rasa kenyang sebelum makan nasi.. lagipon pepagi dah start bertungku.. 



sehari hanya 2x sahaja makan nasi. tengah hari & petang sebelum maghrib..

tak tambah pulak tu. sekali letak nasi macam gunung jerai gituuu..
makan nasi panas2.. 
air pon nak panas2 juga.. minum teh tanamera

untuk sarapan pagi & minum petang saya just minum horlick cicah biskut cream cracker yang tawar tu. 

bayangkan saya boleh habiskan 4 tin cream cracker tu sepanjang tempoh berpantang.. 
sekali mak saya tak puas hati. hahahaaa. masa duduk di kampung mak belikan cream cracker yang lemak2 tu. baru sedapppp :) 

untuk minggu pertama memang dok pulun makan Ikan Talang Bakar & Ikan Jenahak Bakar + Sayur Sawi 


untuk ikan bakar just letak kunyit + garam = bakar
untuk sayur just ketuk bawang putih pastu didihkan dengan air masukkan sayur + garam.. Kuah tak da hirup pon. Just cedok ambik sayur je. Menu ni 
memang tak guna minyak 





minggu kedua menu Ikan Mayong, Ikan Bawal Emas + Sayur Kucai + Sayur Sawi




masuk minggu ketiga menu Ikan Merah & Ikan Tenggiri Bakar + Ulam Lemuni Unggu + Pucuk Mengkudu 

ada juga sekali tu minta cik abe buatkan bubur nasi, kendian makan dengan ikan masin yang ditabur.. 



Hari ke 35 berpantang baru saya balik ke Kedah.. cik abe dah mula kerja, kebetulan adik no 4 saya nak kena balik kampung, ada kerja, so, nak tak nak saya pon kena la ikut balik juga.. kang sapa nak jaga saya dengan baby kan..

lagi 2,3 hari nak habis pantang baru saya makan Sup Ayam Kampung, Ayam Bakar, Ikan Kembung Bakar, 


Gulai Ikan Talang + Ulam Lemuni Putih




Ikan Kembung Masak Air..

yang ini saya suka hirup kuah panas2 tu.. sedapppppppppppp ;)



Kuih Karas

mak tempah khas dengan Ngah Jah
sebelum nak makan, buka letak bawah kipas bagi sejuk sekejap
nanti karas liat2 sikit bila digigit.. baru la tak bersepah masa makan.



Kuih Peniram

Mak long Ani yang bawakkan masa pergi melawat saya lepas tu dok la ulang beli di pasar tani
sekali hadap je ni sambil minum Horlick



sepanjang tempoh berpantang yang paling saya tak tahan nak makan ialah SAMBAL BELACAN..

selama 44 hari oke saya tak sentuh
habis je pantang, sambal belacan dulu yang dicari..
 legaaaaaa ya amat bila dapat cicah dengan ikan bakar.. ala sikit je.. nak rasa :)

pppsssttt: teringin masa berpantang nak makan lobak putih sekali mak perak kata angin terus terbantut. apa yang saya tahu lobak putih membantu menambah susu badan juga 
manakala kucai pulak, mak2 sedara saya kata angin tapi mak saya kata tak..

pokok pangkalnya saya rasa bergantung pada penerimaan seseorang, kan ^-^

Selamat berpantang buat korang yang dalam tempoh berpantang. Enjoy k. Best. 


30 Comments

  1. Okla menu sedap tu untuk orang berpantang..heheee

    ReplyDelete
  2. dalam banyak banyak makanan sambal belacan jadi pilihan ciksu. hahah. terbaikk :)

    ReplyDelete
  3. banyak betoi pantang larang kan..sabor jelah, nak jaga rahim kan. seronok baca cerita ciksu berpantang..hihi

    ReplyDelete
  4. hehe.. amalan ni ikut badan sbnrnya... tapi sy jaga juga bab makan, ea lah bdn nk pakai lama... dan smpai sekarang masih tak makan laksa wpun teringin sgt.. hehe

    ReplyDelete
  5. puas la kan makan lauk orang berpantang..hehe

    ReplyDelete
  6. hmm btul tu..
    ikut diri masing2, org yg ni tak sama dgn org yg tu terhadap pemakanan masa pantang. ada yg hentam je semua makanan, ada tu btul2 jaga.. terpulang la, ikut masing2..
    lobak putih tu mmg kak nad amalkan sbb bantu tambah susu..

    ReplyDelete
  7. Betul lain tempat lain cara pantangnya. Kalau MIL kakak dulu tak bagi makan ikan kembong tau. Tapi sup ayam kampung boleh aje. Carrot putih lagilah paling banyak kakak makan selain sawi.

    ReplyDelete
  8. banyaknya makanan masa berpantang..:)

    ReplyDelete
  9. Kalau saya plak, sejak awal mmg ibu mentua dah sediakan ikan bakar yg diperap dengan kunyit dan lada hitam. Pastu cicah dgn air asam yg ada bawang. Sebenarnya saya suka lauk berpantang. Sedap dan yg paling syok sbb org lain tlg masakkan utk saya. Tinggal lagi nak suap dlm mulut je.

    ReplyDelete
  10. mmg mencabar kan ciksu hehe.. zaza tengok adik pun sama ikan bakar dgn lobak putih makanan harian dia hehe. In Shaa Allah, nanti zaza pulak akan dpt merasa :)

    ReplyDelete
  11. Saya habis pantang cari pizza, Ciksu! Hahaha.

    Betul sungguh Ciksu berpantang padanlah dapat pakai jeans size 28 semula.

    Saya masa pantang makan nasi dengan ikan bilis goreng je. Lada hitam sekali sekala. Mula-mula je ada ikan lepas tu jemu. Mak bagi air milo secawan bila Mak tak nampak tambah lagi air suam semug. Punyalah ngelat!

    P.S. Ciksu, terimakasihlah bab ikan pekasam tu. Ada lagi sebekas di rumah. Tak mahulah susah-susahkan Ciksu pulak ^_^

    ReplyDelete
  12. acik dulu 60 hari ikan haruan je en.suami acik masak kan..sup..bakar..dah lepas 44 hari letak santan ngan halia dan lada hitam..ikan tetap jugak haruan..nasib la acik tak jemu..makan je apa yang dimasak.

    ReplyDelete
  13. Akk suka kuih karas tu. Tp jarang jumpa. Ooo mcm tu cara nak makan ye. Baru tau

    ReplyDelete
  14. saya masih single tapi klu diizinkan Allah memiliki anak , rasanya saya x bermasalah utk berpantang sbb diet saya pun byk mkn sup sayur dan ulaman . klu daun betik tu mmg feveret lah cuma my bunda akan suruh minum jamu yg dibuat sendiri ketika berpantang . itu dah cara org jawa ...

    ReplyDelete
  15. Iye...mkn cam tu mmg bole kurus. dlm pantang mmg tahan je. naik keje ko siap ar...he...he..

    ReplyDelete
  16. yg ptg berat badan turun menjunam okeyyyy hehehe...

    ReplyDelete
  17. kalo nak sihat..msa dlm pntang ni lah kena jaga sebetulnya..

    lya dulu mmg berbengkung spnjang msa, esp time nak mkn tu wajib pkai bngkung utk elak perut msuk angin n buncit..

    lya pon just makan ansi putih+ikan pnggang aje.. tp dah lupa ikan apa.. nasi lak digaul dgn lada hitam y ditumbuki.. tp sbb lya jns suka mkn lada hitam, mmg sedap je.. hehe

    ReplyDelete
  18. Hoho. Aku dulu pun kena ikut makan pantang ni gak.... Haihhhhhhhh!

    ReplyDelete
  19. Lain tempat lain pantang nya.. Mcm sya boleh mkn ikan apa sj kecuali yg bersengat & berduri gitu. Tp biras org Kelantan xblh mkn ikan lain kecuali ikan kembung.. *X silap lah, lupa dah ikan apa*

    ReplyDelete
  20. Wah menu berpantang ciksu.. Masa berpantang, kenalah berpantang betul betul kan..

    ReplyDelete
  21. bagus info nih sue.. bukan utk sue je tp semua pmbca blog..


    sy dlu msa awal2 pantang xtau boleh mkn sawi.. dok mkn bakar2 n buat sup je.. dah ujung2 pantang baru tau boleh mkn.. itu pun sbb mak sy menyembg dgn jiran2.. tnya apa yg boleh mkn n yg tak boleh mkn..hehhe

    ReplyDelete
  22. Lobak putih akak masak sup semasa berpantang..

    ReplyDelete
  23. mmg cara berpantang setiap org tak sama.kena berani cuba baru tau boleh tak badan kita terima.macam sy mak sy pantang langsung tak makan sayur.klu mak mertua sayur sawi je la.jemu jugak nak hadap sawi msk air hari2..:)

    tp klu benda tu org kata angin mmg tak berani kan.bukan apa kesian dekat baby

    ReplyDelete
  24. macam mama saya jugak kata. orang perak hihihihi. pantang awal ni cuba je dulu mana yang badan rasa tahan. pantang awal tak boleh ketat sebab nanti pantang kedua kena disiplin macam mana pantang pertama. itu yang mama longgarkan sikit pantang saya. ihihihi

    ReplyDelete
  25. Lobak putih mak buat msak kuah air. Mcm msak rebus. Sdap.. Xde pula angin ke apa.. Tp ikn sy x tahan. Rasa pedih + gatal. Mkan ikn bilis je. Aym ok je..

    ReplyDelete
  26. sedap menu2 tu..akak pun makan sayur sawi rebus je...dgn ikan talang bakar jugak

    ReplyDelete
  27. makanan pantang sedap2 kan..hehe kurang minyak,kolestrol.. hahaha

    ReplyDelete
  28. Tu yg mencabar bila berpantang. Kena tahan nafsu tgk makanan yg kita tak boleh nak makan.

    ReplyDelete
  29. betullah berpantang ni ikut badan seseorang
    saya cuba makan lobat putih dulu tu, sakit badan tuhan aje yang tahu
    memang anginlah cik su
    ayam saya makan juga walau ada setengah kata tak boleh
    tapi paling kerapa makan ikan bilis dengan sayur sawi tu lah =)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)