Tudung kanak-kanak

Rahsiaku Kini Milikmu.. ece..ce .. wah

Kulit kita tak sama kan.. ada yang berkulit normal, sensitif, berjerawat, berjeragat dan ada juga yang berkulit kering. Untuk memastikan jenis kulit kita ni jenis yang macam mana, sebaiknya dapatkan gambarannya dengan lebih jelas melalui pakar ye, jangan memandai pulak nak tentukan sendiri :)




Jangan main nak cuba aje.. Ye la setiap wanita nak cantik kan.. kecantikan semulajadi la latakan tapi awas jangan terlalu taksub dengan alat-alat solekan atau suppliment yang terdapat di pasaran.. sebab berkemungkinan ianya belum tentu sesuai dengan kita.

Pernah tak uols dengar merungut atau bercakap macam ni..




"Eh.. eh.. tengok kulit dia cantiknya, gebunya. Dia makan apa errrrkkk"..




"Ala aku dah cuba produk tu. TIPU je. Lagi teruk ada la muka aku ni"..




Haa.. sebab tu la saya kata jangan main taram aje nak cuba sesuatu produk. Ngko baca, ngko tertarik terus ngko cuba. Pastu tak sesuai ngko salahkan orang lain. No.. no.. no.. salahkan diri sendiri ye sebab malu bertanya sesat jalan. Betul tak?




Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan kulit yang baik-baik aja dari ALLAH. Masa zaman sekolah kulit saya memang susah nak naik cik jururawat. Memang payah la nak nampak, sampaikan member2 sering bertanya, krim apa yang saya pakai (",) Saya tak amalkan apa-apa produk kecuali hanya menggunakan POND`s. Ingat tak jenama tu. Dulu femes. Pakaging yang lama tu.. hanya itu yang saya ada dan mampu miliki. Pakai pencuci dan pelembap yang warna pink untuk kulit normal. Alhamdulillah amat sesuai. Mula pakai start tingkatan 2. Sebelom tu dok pakai bedak sejuk je. Lumuq kat muka pastu amik kapas ratakan.. muahahaaa


Selain tu saya ni terlebih rajin juga sebab selalu membaca maka selalu la mencuba. Selagi tidak mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Ye la mana nak cekau duit masa tu. Budak sekolah je kan. Belajar pon harap duit biasiswa. Duit belanja sekolah makayah yang bagi :) ini antara beberapa petua yang saya selalu buat bila kelapangan. memang ade hasilnya. sendiri dapat rasa apa yang dialami. so, pendek kata nak tahu kene lah amalkan. lagipon memang dah ade di dapur, kan !! cuma rajin dengan tak je. eehehe.

Selalunya bila hari jumaat dan sabtu saya akan basuh muka dengan AIR BASUHAN BERAS. Amik air beras basuhan yang pertama simpan. Kemudian air beras tadi akan jadi sedikit pekat. Amik air tu sapu dekat muka. Biar sampai kering. Bila kering gosok perlahan-lahan sampai keluar semua, boleh letak sikit air suam untuk mudahkannya. Pastu cuci dengan air suam.

Ada lagi satu petua yang saya baca dan amalkan. Amik PUTIH TELUR sapu dekat muka. Biar sampai kering. Ala ibarat macam pakai masker. Tujuannya untuk mengelakkan kulit muka berminyak. Kalau rajin amalkan la selalu.

Lagi satu amik BERAS PUTIH BIASA. Goreng sekejap dalam kuali tanpa minyak. Kemudian tumbuk beras tadi. Bila siap simpan dalam bekas. Bila ada sebijik dua jerawat naik, amik sikit bancuh dengan jus limau nipis. Adun bagi sebati kemdian sapu kat tempat jerawat naik tu. In shaa Allah jerawat tadi akan kecut.

Yang penting setiap yang dibuat itu haruslah dimulakan dengan BISMILLAH dan SELAWAT NABI.




Itu sahaja yang saya amalkan dulu. Oh ya, POND`s tu saya guna sampai la dekat-dekat nak kawin.. bila dah keja dan kawin ni ikut mood la nak amalkan petua tu.. ye la kan rasanya, boleh bilang dengan jari kot berapa kali je masak nasi kan.. kadang2 tu bila dah simpan air beras tu boleh pulak terlupa nak buat.. sudah2 jadik masam je air beras tu.. pastu teruih je buang.. haiisshhhhh.. 




Yang merunsingkan kepala hotak saya ialah selepas aje nikah mula la cik jururawat naik. Tambah-tambah lagi bila nak dekat Mr. P. Paling ketara naik kat dahi. Ramai yang menegur, kalau orang tak tegur tak kesah sangat. Bila dah tegur jadi rimas la pulakkan.Ada yang kata perubahan hormon selepas nikah la. Ada juga yang kata make up tak sesuai dengan kulit kot masa dorang guna hari kenduri tu.. a`aaahhh macam-macam andaian orang ni kan... buat saya makin runsing.. abaikan saje. Yang paling terkesan dihati bila jadi parut hitam. Sungguh tak santek tau dan meninggalkan kesan di muka ku. Sampai satu tahap suami yang tegur..



"Kenapa sekarang macam dah tak jaga je muka tu, jerawat dah naik. Dulu tak ada pon".. 

 time ni memang buat muke kerut kerut dah sebab orang tersayang tegur kan. So kenalah amik langkah pertama. Semua gegirl nak cantikkan !! kalau nak cantik, menarik, tertarik kena lah  lah usaha. Akhirnya cari punya cari, try produk itu ini,  Glow & Moisturize keluaran Sendayu Tinggi ni amat sesuai dan serasi bersama ku.. alhamdulillah.


Diperbuat daripada timun dan susu kambing.. sesuai untuk mereka-mereka yang berkulit kering/ normal.. boleh tahan sampai 3 bulan lamanya.. disarankan supaya beli yang set sebab boleh jimat dua tiga hengget juga. Ada pencuci muka dan krim pelembap.. suka baunya.. harum mewangi ;)




Boleh guna 2kali sehari kalau uols make up tebal pada waktu siang.. kalau tak sekali pon dah cukup. Jangan terlalu kerap cuci muka ye sebab muka kita pon perlukan minyak original juga.. bila tak da minyak original tu yang kulit muka kering je kan.




Nak try apa pon boleh.. yang penting ikut kesesuaian kulit masing2 ye :)


0 Comments