#throwback aktiviti pada 3 Januari, 2022. Permulaan tahun baru buat kami sekeluarga.
Ciksu dengan Rania sebelum gerak sesambil tunggu ayah order Cucur Udang Sedap di Teluk Air Tawar.
Ini pon rezeki juga kan.
Awai tu salah lorong 😂 tapi van biru tetap ada di tempat kejadian walaupon berbeza tempat. Adudududu.. Keras perut gelak..
Syukur. Alhamdulillah.
Dengan izin Allah swt. Bertemu juga akhirnya kami bertiga.
Satu ketika kami berjiran nun di Besut. Aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. Secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim bersama.
Memula Mama Ju berangkat balik ke Kedah. Tak lama kemudian Ciksu pula berangkat ke Penang. Makanya, berpisahlah kami bertiga.
Paling sedih, 2021 Kak Jun di uji dengan positif covid selepas membawa anak anaknya untuk bersunat di sebuah klinik. Alangkah terkejutnya apabila pihak klinik call bagitau supaya suami isteri datang buat swab test. Dan hasilnya keduanya positif. Terpaksa di hantar ke tempat kuarantin. Tinggalkan anak anak lelaki semuanya termasuk yang baru disunatkan di rumah.
Masa ni ciksu hanya mampu mendoakan dari jauh. Tak dapat nak ziarah anak anak Kak Jun lagi setelah jarak memisahkan kami.
Setiap ujian itu ada hikmahnya. Syukur. Allah kurniakan Kak Jun sekeluarga berita gembira tak lama selepas itu. Kak Ju mengandung setelah sekian lama. Dengan kuasa Allah juga, baby yang dilahirkan adalah PEREMPUAN. Allah Hu Akhbar!!!
Rezeki sungguh. Anak ke 6 PEREMPUAN.
TAHNIAH KAK JUN DAN SUAMI. FIIHIFZILLAH.
CikSu dan Mama JuSemoga Kak Ju sentiasa dalam rahmat Allah swt. aamiin
Next.. kita atur lagi ketemu kengkawan lama. Moga Allah mudahka urusan kami sekeluarga juga. Bertemu kerana Allah. Berpisah juga kerana Allah..
Besut mu tunggu Ciksu nok maghi sano deh. Rindu customer, rindu kengkawan, rindu jiran jiran di sana.. Hanya Allah Mengetahui kerinduan hati ini.
Ramai yang mesej cari Kek Coklat Mosit, Kuih Kaswi, Florentine Cookies, Pegaga Viral tapi apakan daya. Ciksu dah berpindah dari sana ye.
Fiihifzillah 👐
0 Comments
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)