So, yummy!
Letak sikit atas roti wholemeal.
Kemanisan JEM RAMBUTAN HOMEMADE by ciksu just nice 😋
Tok dengan Wan kirim buah rambutan untuk cucu yang jauh di mata tapi dekat di hati. From Kedah to Penang. Dekat je. Ikutkan sehari dah boleh sampai.
Letak juga atas biskut empat segi. So, delicious uols 😋
Tapi salah percaturan, semalam baru sampai. Dekat nak maghrib abam JNT call.
Buka kotak..
Naaa.. kecut habis dah buah. Kulit dah bertukar warna. Tapi alhamdulillah isinya masih elok.
Apa boleh buat. Redha ajelah.
Patutnya sampai 16/8. Bila check tracking nombor, dorang patah balik sebab masalah cuaca katanya. Sini waktu petang memang musim hujan sekarang ni. Selepas zohor dah mula mendung.
Yang berlapik kain batik tu elok lagi. Kopek kulit, basuh pastu simpan dalam bekas masuk peti sejuk. Nak makan ambik aje nanti. Senang!
Yang dalam kotak pon sama.
Kopek kulit, basuh, buang biji sesiap then rebus dengan air. Sejukkan, kisar dengan air rebusan tu.
Didihkan atas api perlahan. Letak gula, garam dan pewarna yellow sikittt je. If tak letak pewarna nampak pucat lesi aje warnanya. Hahaha.
Masak sampai agak kepekatan yang diinginkan. Means sampailah kering air. Tunggulah tengok ye. Kacau sekali sekala kang hnagus pulak. Dekat nak kering akan ada bau yang mengasyikkan nanti. Wangi je baunya!
Sejukkan. Masuk dalam bekas. If ada bekas kaca lagi comel packaging dia kan. Nampak eksklusif githoo.
Jadilah, habuan makan 3 beranak. Sapu atas roti bakar, roti putih atau roti wholemeal.
Alhamdulillah..







1 Comments
Jaman dulu2 mak wak rajin buat jem rambutan ni
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)