Tudung kanak-kanak

TEMPAT MAKAN BEST DI SUNGAI PETANI, KEDAH ~RESTORAN CIKGU~

"Dah tahu kedai ni?" Sapa seorang lelaki waktu saya cedok lauk.

"Kedai kami, boleh ambil nasi dan lauk apa saja. Banyak mana pun boleh. Hanya RM5.90 sahaja. Air kordial pun free. Siap boleh refill lagi." Panjang lebar dia terangkan pada saya.

Saya tersenyum. Anggukkan kepala.

"Haa, ini kedai milik pak mertua saya. Dia cakap, nak niaga sambil sedekah. Kalau orang tu ambil lebih kira selebihnya sedekah saja. Lauk isteri saya masak."

"Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezekinya." Balas saya.

"Nanti bawalah keluarga datang ye." Pelawa dia sambil tersenyum.

"InsyaAllah." Bagus betul. Layan pelanggan macam kawan.

Lalu saya duduk dan menjamu selera. Maklumlah tengah lapar.

Puas hati betul. Lauk boleh ambil banyak. Masakan pun sedap. Bayangkan ikan keli bakar yang saya ambil ni saiz besar. Ini standart biasa adalah dalam RM8 lebih sepinggan.

Bukan itu saja, saya pun ceduk lagi gulai ikan kembung dengan bendi. Sayur lemak petola. Sayur taugeh. Sambal. Pergh, memang mantaplah.

Sengaja saya ambil tak banyak lauk sangat, nanti nampak macam kebulur sangat pula. 😁

Tuan² Puan², kedai macamni wajib kita share. Kongsikanlah supaya ramai support perniagaan mereka.

Ha, Restoran Cikgu ini terletak di Aman Jaya, Sungai Petani. Dekat sangat dengan exit tol Plus (U) Sungai Petani.

Boleh search di Google Maps. Restoran Cikgu. Nama sempena ayahnya seorang cikgu yang pencen.

Ini alamatnya:





Restoran Cikgu
62, Lengkok Cempaka 2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Jangan pergi hari Jumaat tau. Cuti. Sharelah. Bagi viral pun tak apa. Saya bukan dibayar ye. Tapi memang ikhlas nak berkongsi untuk anda cuba.

#DiariPenulis

3 Comments

  1. wah boleh cuba pi makan ni..thanks for sharing and review

    ReplyDelete
  2. aida setuju.
    patut kita bantu dan viral kan bisnes sebegini.
    aida sejenis suka gi kedai gini.
    nampak simple. tapi sedap!

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)