Tudung kanak-kanak

RESEPI ASAM PEDAS VERSI UTARA STYLE MAK SAYA

mmmmm.. dapnyaaaaa.. hirup kuah saje pon dah mengenyangkan hihi.. kalau time badan tak sihat ini yang dirindui.. 

#asampedasversiutara
#airtanganmak

Simpan sini resepi mudah ni. Kekadang anak mak ni jenis pelupa. Nak buat menggelabah call sana sini 😂

Ini resepinya.. Rasanya dah pernah share dalam entry lepas.. Tak pa lah.. blog sendiri, simpan je lah lagi. Senang nak rujuk nanti.. 

RESEPI ASAM PEDAS VERSI UTARA STYLE MAK SAYA

Habaq sesiap, kami memang panggil asam pedas. Walaupon ada setengah tempat orang panggil asam rebus. Arwah pak lang saya lagilah. Panggil asam pedas orang malas. Hahaha. Tergelak saya bila mak cerita. Kikiki. Sebab senang sangat nak buatnya.

Pastu menu ni bagus untuk kesihatan sebab tidak ditumis. Hiruplah sepuasnya. Menu peberet ayah Ciksu. Sekarang Rania pon suka asam pedas ni. 

bawang merah, bawang putih, belacan, cabai kisar nak blend ke tumbuk up to you.

tapi kalau dah siap ada bebawang dan cabai tu. cedok serba sikit.
letak dalam periuk dengan air secawan + asam keping + belacan sesedap rasa + rempah ikan sikit. kacau kacau..
didihkan kejap bagi masak cabai tu.
pastu masukkan air secukupnya. kalau nak hirup kuah letaklah air lebih. didihkan.
letaklah ubi/ bendi/ timun..
agak ubi dah empuk, perasakan garam..
letak daun kesum..
ikan..
didihkan jap..
cukup rasa, tutuplah api..
siap 😋





0 Comments