Tudung kanak-kanak

Aktiviti Jigsaw Puzzle Untuk Anak

Jom main puzzle dengan Rania, nak!!

Aktiviti peberet Rania. Hahahaha. Dia suka nau. Susun-susun tak dapat, mulalah menggelabah panggil ummi. Acaner ni ummi, tak jadi pon. Ala, buat je lah. Nanti betullah. 


Cuba lagi. Ok. 

Bila dah dapat, ummi check, bila semua betul. Kemahen suka. Punggah dan buat lagi. Lagi dan lagi. Gitchuuu.


Memang ralit dan fokus sebab dia punya gigih nak siapkan puzzle tu. 


Ada 3 jenis jigsaw puzzle yang ummi belikan. Ada bentuk Doraemon, Princess dan Hello Kitty. 

Setiap satunya ada 20 kepingan yang perlu disusun atur kembali. Dah expert nanti, ummi nak cari yang besar sikit tu. Macam ummi pernah main dedulu. Hihi. Jenuh juga nak habiskan kesemuanya. 



Jigsaw Puzzle Princess







Jigsaw Puzzle Doraemon



Jigsaw Puzzle Hello Kitty






Apa bagusnya aktiviti bermain puzzle ni? 

Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan kita mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul.


Ia melibatkan kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan.


Sesuaikan tahap kesulitan jigsaw puzzle dengan usia anak.


Menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap akan membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.


DIY Jigsaw Puzzle

Tak nak beli yang siap gini, boleh buat puzzle sendiri. Guna batang aiskrim tu. Print gambar, susun batang aiskrim dan tampal gambar tadi. Potong gambar tu. 


Untuk permulaan boleh buat gambar yang simple atau perkataan yang mudah. Contoh gambar anak, buah, kenderaan dan nama anak. 


#jigsawpuzzle 

#aktivitkuntukanakanak

5 Comments

  1. Lebih besar saiznya lebih halus-halus cantuman-cantumannya..tu mmg mencabar...mahu juling mata..

    ReplyDelete
  2. best main jigsaw puzzle nih

    dah lama tak datang blog ciksu nih, sebelum ni akak datang asyik kena block je blog ni, hari cuba baru boleh baca, huiii dah banyak ketinggalan cerita ni

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)