Tudung kanak-kanak

22 JULAI, 2018.. SELAMAT HARI LAHIR CIK ABE SAYANG 😘

Bulai Julai, sentiasa dinanti-nanti sebab bulan kelahiran cik abe tersayang.. 😘

Tahun 2014 pernahlah berangan kot-kot baby nak keluar sama tarikh dengan ayahnya.. hihihi.. tapi Allah izinkan baby keluar bulan Ogos.. beza 20 hari je dengan Rania.. 

Tak pelah.. mana-mana pon okje.. boleh jah celebrate, kan!! suka-suka hatilah nak sekalikan atau tak.. selalunya birthday treat sekalikan je.. hihihi. jimat berganda-ganda uols 😅

♥♡ 22 Julai, 2018
♥♡ Happy birthday CikAbe...
♥♡ Semoga menjadi SUAMI yang baik untukku dan AYAH yang baik untuk anak-anak kita...
♥♡ Semoga menjadi SUAMI yang soleh di dunia dan akhirat
♥♡ Semoga redha Allah sentiasa bersamamu
♥♡ aamiin

Memandangkan cik abe kijo.. iols belanja uols makan puluit 😅😅

Pulut durian dengan santan
meleleh ayaq lioq! Sape suka angkat tangan 😃^^

Cik abe suka makan pulut durian dengan santan sawit.. 

Iols tolong buatkan je.. 
pulut durian, iols kurang sikit.. 
kalau makan pon sekadar rasa-rasa je.. 



Iols tolong masakkan pulut dan bekalkan santan kelapa.. buah duriannya pepandai komelah ye. hiks 😅



Ciksu suka masak pulut style mak.. 
nak buat pulut durian mak suka pakai pulut susu..
pulut susu lagi putih.. 

Sejak duduk Jerteh senanglah dapat pulut susu sebab berjiran dengan Kelantan.. Kelantan kan dekat dengan Siam.. so, mudah cari.. pergi mana² pasar mesti ada.. Kadang beli di Pasar Pasir Puteh.. kadang dekat area bazar Jerteh.. 

Cuma beza harga je lah.. 
Setakat dok beli ni 
Pulut Susu 1 kg brand Angsa di Pasar Pasir Puteh RM6 manakala Pulut Susu 1 kg brand Love di Bazar Jerteh RM5.. 
Beza dari segi harga dan brand.. ciksu suka brand Love sebab nampak lagi putih.. bila masak elok, kita pegang melekit-lekit di jari.. 

Kalau kat Kedah, kebanyakkan cari dekat Padang Besar, Perlis.. 
tapi sekarang rata-rata kedai runcit atau pasar mini ada jual.. 
pilihan ramai.. so, stok kenalah ada sentiasa.. kan!! 

Pulut susu ni ciksu rendam semalaman.. 
semalam rendam, bangun pukul 5 pagi tadi terus cuci dan bilas, toskan sekejap.. 
panaskan kukusan pastu kukus.. 
kukus dalam 30 minit.. selepas 30 minit tengok-tengoklah pulut tu, kacau guna chopstik.. if dah lembut dan masak sekata.. alhamdulillah.
kalau ada yang belum masak sepenuhnya, ciksu kuis-kuis, balik-balikkan, percik air.. kukuslah sekejap lagi..
siap.. 

ciksu guna pengukus elektrik noxxa memang terbaik 👍👍
sangat sangat recommended.. ibu-ibu patut ada pengukus eleltrik noxxa di dapur sebagai gajet baru. hihi

Kalau kukus just nice.. kalau tanak takut terlebih air, kang terlembik dah tak sedap pulak.. nanti nak makan dengan santan, kan.. dah pulut lembik, letak santan, gaul durian jadi lenyai pulak haaa.. 

Apa pon citarasa memasing, so, buatlah ikut selera anak tekak memasing. hiks 😅

#daridapurciksu
#pulutdurian

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)