Tudung kanak-kanak

PUASA 6 SYAWAL DAN MENU BERBUKA PUASA 6 DARI DAPUR CIKSU



السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

📿 Puasa 6 seperti yang kita sedia maklum adalah amalan berbuasa yang dilakukan selama 6 hari pada bulan syawal

📿 Hukum berpuasa enam adalah sunat dan bukanlah wajib untuk dikerjakan. Namun, tidak semua tahu bahawa fadhilat dalam mengerjakan puasa 6 syawal ini adalah sangat besar.


FADHILAT PUASA 6


1. Ganjaran pahala berpuasa 6 syawal ibarat ganjaran berpuasa setahun.


Baginda Muhammad s.a.w pernah menjelaskan bahawa berpuasa 6 pada bulan syawal ini pahalanya adalah sama seperti kita berpuasa penuh setahun dengan syarat kita melengkapkan puasa sebulan Ramadhan.


Seperti yang dinyatakan dalam riwayat hadith sahih dari Imam Muslim, Rasulullah bersabda :


من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر رواه مسلم


_“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diiringi dengan enam hari bulan syawal nescaya ia seperti telah berpuasa sepanjang masa.”_


( _Hadith Riwayat Imam Muslim_ )


2. Supaya ummat manusia tidak lupa untuk menunaikan ibadah puasa sunat yang lain


Syariat berpuasa sunat 6 pada bulan syawal إن شاء الله akan melatih ummat Islam untuk meneruskan ibadah puasa sunat yang lain.


Lumrah bagi kita manusia yang berkemungkinan akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat yang lain apabila kita terlalu khusyu' dalam menyambut aidilfitri.


Oleh itu, dengan berpuasa 6 syawal ini boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar/cara untuk kita ummat Islam agar terus melaksanakan ibadah puasa sunat dan tidak terlalu bergantung dalam melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan sahaja.


3. Melengkapkan kekurangan puasa ramadan


Al-Hafiz Ibnu Rajab ada berkata bahawa amalan berpuasa enam hari pada bulan Syawal ini akan melengkapkan lagi kekurangan yang terdapat sewaktu kita melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang lalu.


Selain itu, dengan berpuasanya kita selama 6 hari dalam bulan Syawal akan mencantikkan lagi puasa kita pada Ramadhan yang lepas.


_Yang paling penting dalam berpuasa 6 syawal untuk kita adalah kita dapat ..._


4. Mendidik diri supaya bersifat sederhana dalam menyambut aidilfitri


Seperti yang kita tahu, aidilfitri disambut sebagai tanda kita merai kemenangan dalam menempuh bulan Ramadhan. Namun meraikan aiditfitri tidak bermakna harus disambut sakan sehingga sebulan dalam bulan Syawal tersebut.


Sebaiknya, sambutlah aidilfitri dengan melaksanakan puasa 6 dimulai pada 2 Syawal. Ini bagi menunjukkan bahawa kita tidak terlalu bersungguh dan berlebihan dalam menyambut aidilfitri sebaliknya kita mengutamakan untuk merebut ganjaran pahala dalam bulan syawal. 


Oleh itu, puasa 6 syawal ini adalah satu keutamaan bagi kita sebagai ummat Islam selepas kita berpuasa pada bulan Ramadhan.


Sedikit sebanyak soal jawab mengenai puasa 6 syawal yang saya boleh kongsikan..


*Q:* Adakah puasa 6 ni hanya boleh dilakukan seminggu awal raya atau sepanjang bulan syawal? Ada tempoh-tempoh tertentu ke?

*A:* Puasa 6 hanya dilakukan sepanjang bulan syawal. Tidak ada tempoh tertentu untuk melaksanakan puasa 6 ini pada sepanjang bulan syawal tersebut.

*Q:* Adakah puasa 6 ni perlu dilakukan berterusan? (direct terus 6 hari atau bergilir?)

*A:* Selagi ianya masih dilakukan sepanjang bulan Syawal tidak mengapa andai dilakukan secara bergilir (seeloknya berterusan).

*Q:* Misalkata pada hari ke-6 puasa tiba-tiba haid, adakah batal puasa 6 tersebut?

*A:* Puasa tersebut tidaklah batal. Sekiranya telah habis tempoh haid, boleh disambung hari ke-enam puasa 6 tersebut.

*Q:* Boleh ke puasa 6 syawal dulu baru puasa ganti? Ke kena utamakan puasa ganti dulu?


*A:* Mengenai ini, ada beberapa pendapat berbeza daripada para ulama'. Pendapat pertama, sebaiknya puasa yang lepas diqadha' dahulu pada mereka yang susah untuk qadha' puasa. Pendapat kedua, kerana puasa 6 hanya boleh dilakukan sepanjang sebulan Syawal manakala puasa ganti boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang setahun. Menurut mejoriti pendapat para ulama', bagi wanita yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan atas asbab datangnya haid sebaiknya digantikan dahulu puasa Ramadhan sebelum menyambung untuk berpuasa 6 syawal.

Tahun ni berpeluang laksanakan puasa 6. Balik je dari kampung, terus mula. Kebetulan cik abe keje. so, bolehlah selesaikan mana yang perlu duluan. Duduk di rumah sesaja. Baik puasa, kan!! Rania pon belum start sekolah.. 


Sempatlah abadikan gambar-gambar menu untuk seronok-seronok. Kepuasan sangat bila dapat masak walaupon menunya simple-simple jah 😉


🌻8 SYAWAL 1439H

🌻22 JUN, 2018




▪ Yee Mee goreng letak daun kunyit sebab kehabisan stok sayur mayur. ekekeke. itu pon nasiblah bawa balik daun kunyit dari kampung. kalau tidak mau togel yee mee iols. ahaks 😂

▪ Pisang Goreng - pemberian oleh tok sedara Rania. Sedap. Lemak-lemak rasanya. 



▪ Mempelam Sala - pemberian tok Rania. Pokok pelam depan rumah. alhamdulillah, dah tahun kedua dapat merasa buahnya. Memang sedap dan manis melecais 

🌻9 SYAWAL 1439H

🌻23 JUN, 2018



▪ Nasi Putih


▪ Ikan Siakap masak sos


▪ Durian - beli masa on the way balik Jerteh. selonggok RM50 dekat area Baling. 


▪ Pau Coklat - kerajinan, kegigihan menguli tepung buat pau. 


🌻10 SYAWAL 1439H

🌻24 JUN, 2018



▪ Yee Mee Tomyam untuk ummi


▪ Spiral Carbonara Mushroom untuk Rania. Permintaan Rania. Dia cakap nak kuah putih-putih. ummi blur. sekali dia buka lemari, ambil tupperware yang ada spiral tu.. ooo, ok. ummi paham. hihihi. banyak makannya. bertambah-tambah. esoknya siap cakap nak bawa pergi sekolah. Bawalah juga bekal untuk Rania makan tapi makan dalam kereta ajelah.. 





🌻11 SYAWAL 1439H

🌻25 JUN, 2018



▪ Spiral Carbonara Mushroom lagi.. 


▪ Laksa jiran bagi. rezeki berbuka puasa. hiks


🌻12 SYAWAL 1439H

🌻26 JUN, 2018



▪ Nasi putih


▪ Acar mentah


▪ Kari Kambing


▪ Roti jala. konon nak cicah dengan kari kambing tu tapi tak boleh blah sebab kari tu tak macam biasa dok buat. saje try guna rempah cap ros terengganu tu. makan dengan nasi oklah. 


Bagi iols nak buat kari kambing or kari ayam cicah roti jala, karinya kena pedas-pedas. barulah ummpphh.. lain orang lain seleranya, kan!! ini tekak ciksulah..


🌻13 SYAWAL 1439H

🌻27 JUN, 2018



▪ Mee goreng sempoi

▪ Mempelam sala lemak. manis melecaih uuuii. pokok depan rumah kat kampung. rezeki mak ayah setelah lama tanam. hasilnya memang terbaik.. 


▪ Cili kicap. wajib. sebab kalau buat mee goreng memang tak letak cili kisar. nanti rania tak boleh makan. so, win win situation 😉


alhamdulillah. 

habis sudah puasa 6..
esok raya.. 
ketupat mana ketupat 😄😄

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)