Tudung kanak-kanak

IKAN BAKAR O IKAN BAKAR.. MENU TANPA KUAH DAN SAYUR HARI NI BEBBUKA 😂😂😂

17 Jun, 2017 
22 Ramadan 1438H

Selesai menyoping dan window shopping, shoot gambar produk 4,5 keping..terus gerak balik ke Besut..hajatnya nak berbuka puasa area sanalah..senang dan dekat dengan rumah..takdalah jauh sangat nak gerak balik selepas berbuka..

On the way tersinggah beli puding kastad ni tepi jalan..jadilah buat habuan berbuka sebelum makan makanan berat..beli juga jeli kelapa untuk Rania..

Singgah makan ikan bakar sebelum pintu gerbang nak ke Tok Bali, Kelantan..

Kalau korang yang dah biasa ke pantai timur mungkin dah tahu..macam ciksu memang tak pernah pon jejakkan kaki ke sini sebelum2 ni.. 

Jadi, bilamana dapat tengok dan makan sesuatu yang lain rasa erk..macam ni ke!!! 

Benornya tahu..bukan tak tahu..kedai ni memang sediakan makanan berasaskan ikan bakar..apa yang ciksu paham, ikan bakar yang pernah dok makan, macam area Jeram, Selangor nun..ada menu yang boleh dibakar dan ada juga menu sampingan lain..contohnya ikan siakap 3 rasa, pepahat maska cili..haaa dok paham macam nilah konsepnya.. 

Sekali haaaa..ambik ngko ciksu..SINI KALAU KATA KEDAI IKAN BAKAR MEMANG SEMATA-MATALAH IKAN BAKAR SAHAJA..TAK DA NAK BERKUAH ATAU BERGORENG..huhuhu


Inilah menu berbuka petang tadi..
bersyukur dengan apa yang dimakan cuma i ols masih terkezut..okay..hahaha.. 

Cik abe tanya nak makan apa cakaplah ambik ikan bakar, sayur sikit untuk Rania, sotong masak cili ke apa ke..sekali cik abe mai habaq kata, tak ada menu lain selain ikan bakar.. 

Alamakkkkk..kesian ke Rania je lah.. 
Tapi okje..letak air masak bagi basahkan nasi tu..

Ikan dan sotong bakar..bakar hanya dengan letak garam sahaja.pastu nasi putih dan cili kicap..ya, itu sahaja menunya..walaupon simple menunya..kedainya penuh dengan pelanggan..salah satu sebab adalah ikannya memang fresh..yang ini oklah..memang terbaik.. 

Jadinya berbukalah dengan ikan dan sotong bakar tanpa kuah dan sayur.. 😂😂😂 Pertama kali makan di kedai menu gini..kalau di rumah..normallah kot..kalau mai mood malas nak masak ke..itu je yang rajin.. Pon bolehlah..

Ikan kerapu dengan sotong..harga pon boleh tahan walaupon bakar gitu je haaaa..
Air untuk ayah rania sahaja..

Jumlah makan RM40++


0 Comments