Tudung kanak-kanak

Warung Pok Nong, Kampung Teliput (Day 2)

Selepas jenjalan meninjau kawasan area Pasar Payang dan Jeti Syahbandar, we all balik ke hotel. rehat sebentar. Selepas Zohor we all gerak ke Warung Pok Nong di Kampung Teliput.

Ya Allah, sampai je depan Warung Pok Nong, we all dihidangkan dengan pemandangan yang cantik ini.

MasyaAllah.. cantik sangat ^_^

 

Nak ke sini mudah je. Suruh Mr. Waze tunjukkan jalan. ekekeke. cumanya masa sampai di simpang tiga nak masuk ke Warung Pok Nong, ada kerja2 buat jalan lah pulak. so, kena la pusing jauh sikit nak masuk ke Warung Pok Nong tu. Tak de hal lah sebab dekat situ situ juge (T_T)


Ni lah Warung Pok Nong, Kampung Teliput, Kuala Terengganu. We all sampai di Warung Pok Nong, around 2:45 petang cam tu. memang tak ada orang lagi. cuma 2 orang mamat kat meja sebelah tu je... ahahahaha. Awal, kan!!! 


memang awal sangat lah we all sampai. tapi bagus tau datang awal sebab dapat NO. 2 ^_~

Haa.. nampak.. awal tak awalnya we all ke sini.. nombor hanya disediakan sampai nombor seploh sahaja.. kiranya yang terawal ni tak perlu berebut nanti. 

Konsep di sini layan diri. ke semua seafood celup tepung akan di tuang atas talam dekat kaunter mengikut kategori memasing. So, pat-pat siku lipat, sapa cepat dia dapat. Memang kena berebut. Tapi kalau boleh berebut lah secara berhemah ye. Kita kan rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa. Jangan lah gelojoh sangat ye. ekekeke.

Ada air sirap disediakan untuk yang datang awal ni. Free. habis sebalang air sirap tu, kira habislah. memang tak ditambah atau dibuat lain. memang special untuk yang datang awal tu je. 

 Sementara menanti menu celup tepung siap, we all isi perut dulu. umpan Rania sebelum buat perangai. nak tunggu lama, kan!! kang Rania buat perangai, apa pon tak dapat. so, sediakan makanan sebelum keadaan jadi huru hara >_^


Di sini ada nasi lemak, dadih serta ABC. tak sempat nak try ABC sebab takut tak habis dan kekenyangan sebelum jamah seafood celup tepung nanti. 

sesambil tunggu, ambil sesiap penyepit dan gunting. 

langit membiru, angin sepoi-sepoi.. best (",)

jeng.. jeng.. tengok ni.. sekejap aje dah ceng gini orang datang beratur. time ni pukul 
3:34 petang.. 


meja pon dah penuh di booking.. memang tak lama pon, sekejap aje. Selepas we all sampai, tak lama lepas tu datang sebiji, sebiji kereta. tup-tup dah penuh ruang padang sebelah Warung Pok Nong tu... 

Time ni Rania pon dah mula dah.. jap jap nak turun lah, nak pergi toilet lah, nak main dengan kucing lah.. nak itu lah, ini lah.. fenin ummi tau ^_×


Ikan, Udang dan Sotong Celup Tepung Warung Pok Nong torbaek.. kena makan panas-panas tu sedap ahh.. layan je.. panas-panas tapi sedap.. 

sotong 3 ekor RM30
ikan 3 ekor x RM3
udang 10 ekor

Menu lain 
nasi lemak ikan bilis 2.50
dadih rm1x2
air sirap foc
air limau 1

Total we all makan.. RM58 

Apa kata Ciksu, 

Seafood di warung Pok Nong, semuanya fresh. Manis isi ikan, udang dan sotong. nak nak sotong tu. Ya Allah, lembut nau bila digigit. ciksu yang kureng dan tak berapa minat dengan sotong pon boleh makan banyak. sotong tu besar tau. mula mula letak atas meja, rasa macam banyaknya. boleh ke habis ni.. ahahahaha.. sekali habis semua dikerjakan. 

Cicah plak dengan sos kepok. sedap tu sedap. cuma ciksu tak boleh lah, sos tu dah la ada rasa manis2, ditambah plak manis seafood, terus rasa nak muak.. ciksu makan sotong cicah sambal nasi lemak. Ya Allah, nikmatnya. sambal nasi lemak tu pedas, so, puas lah makan. 

semuanya bagi Rania merasa. tapi paling win udang lah sebab Rania memang peminat udang. selagi tak habis udang tu, selagi tu lah dok minta. 

Kalau berpeluang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Warung Pok Nong ni oke. Memang puas hati dan berbaloi dengan seafood dorang. Caya lah cakap ciksu (",)

seafood celup tepung~ menu petang yang simple tapi mengenyangkan

sotong ~ lembut, sedap, fresh, manis

Suasana di Warung Pok Nong pada jam 4:54 petang. Penuh. Sampai buka meja di luar dah. See, boleh tau kan macam mana sambutan pengungjung di sini.. 

Nak datang, cer call dulu. lupa pulak Warung Pok Nong cuti hari apa. hari tu ada tanya, dah lama sangat entry diperam, ciksu pon dah lupe lah.. i'm sorry..

Alamat:
WARUNG POK NONG,
 A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Buka: 3:30–8PM

No. telefon: 
09-612 7655
 013-3517262

Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut senang hati..

Memang kenyang betulllah walaupon makan seafood tanpa nasi. sempat lah , bawa Rania ke pantai depan warung pok nong sekejap. Bertentang dengan Warung Pok Nong aje cuma lintas jalan. tak sampai sesaat, dah sampai >_^

 Cantik view di sini.. 


Selepas makan, we all ke Pantai Batu Buruk. Nak bawa Rania naik kereta kuda Cinderella pulak di sana. So, sempat ke tidak Rania naik kereta kuda tu???  

Stay tuned....  

5 Comments

  1. Fuhh boleh tahan ramai jugak yang beratur tu :)

    ReplyDelete
  2. Tertarik dengan menu sotong celup tepung tu.
    Kat sini jarang yang jumpa sedap. Dh jadi jemput2 sotong aje.

    ReplyDelete
  3. Wah menarik menunya tu..sedap makan sambil ditemani desiran angin pantai

    ReplyDelete
  4. pernah pegi makan sini dah.. sedapnya udang..sotong..ikan celop tepung tu..

    ReplyDelete
  5. Bagusnye ciksu.. 😍😍😍 lady sampai skrg xpnh g mkn lg kt kedai ni. Biasanya klu sea food lady mkn d Pantai Pandak, Cendering. Viewnye sgt cntik.. Tp skrg kerajaan dh buat smtg d situ. Tp kedai msh ade, cume berganjak sdkit dr tmpt asal.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)