Tudung kanak-kanak

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (Day 2)

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Kenyang makan sotong, ikan dan udang celup tepung, we all ke Pantai Batu Buruk pulakkk.. 

Pertama kali ke Pantai Batu Buruk.. nak ke sini pon ajak Mr. Waze jugak.. mudah dengan Mr. Waze ni. asal tanya aje mesti tahu. ekekeke. Pantai Batu Buruk berdekatan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (",) 

Jalan dari hujung sana sampai lah ke sini.. mencari bayang kereta kuda idaman. tapi non hadoooo.. huhuhu.. 

Sesambil berjalan bertanya lah adik penjual layang-layang tu.. Katanya KERETA KUDA HANYA DATANG PADA HARI MINGGU SAHAJA. Terengganu punya hari minggu HARI JUMAAT DAN SABTU.. KECUALI TIME CUTI SEKOLAH MEMANG HARI HARI ADA DI SINI. 

Korang nampak bumbung merah di belakang sana tu. haaa, situ lah tempat lepak kereta kuda kalau dorang datang. 

Makanya jalan-jalan cuci mata di kawasan Pantai ni aje lah.. 

Cantik, luas mata memandang. ciksu kalau dapat tengok laut, pantai.. rasa puas.. tenang sangat... 


Rania jalan-jalan kuis pasir aje lah. sian Rania.. dah lama ummi berhajat nak bawa Rania naik kereta kuda tu.. frust lah juga.. 


sepanjang jalan kat belakang nun, ada gerai2 jualan.. macam2 ada.. ada kain baju, makanan ringan, makanan berat, mainan anak2.. paling best area sini ada WIFI FREE.. 


lawakan.. kebetulan masa ni hujan renyai-renyai rasanya.. 


Pantai Batu Buruk, ombak kuat.. pengunjung sekadar duduk lepak2 atas pasir sambil melayan angin Laut China Selatan..


lepak di sini sampai lah hampir maghrib.. then terus balik ke hotel. sempat beli makanan untuk di bawa ke bilik.. target nak tidur awal, bangun awal, kemas barang then check out.

Bukan apa kang tidur lambat, sedap lena dibuai mimpi.. tak terjaga pulak kang.. dah tak pasal2 kena tunggu feri next trip.. sebolehnya sedaya upaya nak ligan trip jam 9 pagi.. in shaa Allah >_*

Next entry, agak2 korang sempat tak we all naik free jam 9 pagi ????.. 

Stay tuned... daaaaaaaaaa (T_T)

11 Comments

  1. Bestnya jalan2 tepi pantai tu, memang tenang dan mendamaikanlah

    ReplyDelete
  2. Samalah kita Ciksu... suka sangat tengok laut... rasa tenang dan damai je...

    ReplyDelete
  3. terima kasih, mak sy dah kembali ke rahmahtullah pada 22.12.2016, rasa mcm mimpi..tp sy redho dgn ketentuannya..sedekahkan al-fatihah utk arwah ibu sy..

    ReplyDelete
  4. bercuti juga ciksu.. best kan.. tenang aman damai..hihi

    ReplyDelete
  5. Salam ciksu.. Awat x bgth dtg trg? Huhuhu.. Skrg dh blik ke?

    ReplyDelete
  6. Kami..kalau balik Trg..time cuti sekolah memang selalu pergi naik kuda kat Batu Buruk tu :)

    ReplyDelete
  7. Kuda takde kenapa tak main layang-layang je

    ReplyDelete
  8. teganung & pantai memang takbulih dipisahkan!

    cantik, bersih

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, cantiknya dan tenangnya pemandangan tepi laut :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)