Tudung kanak-kanak

Cash Out Nuffnang kali ke 4

Cash out Nuffnang kali ke 4| Alhamdulillah, rezeki di bulan November, 2016. setelah sekian lama mengumpul, ini lah hasilnya. Cash out bulan September, 2016. Sebulan menanti, akhirnya sampai lah juga ceq dari Nuffnang. Tahun sebelum2 ni cash out penghujung bulan Februari. Tahun ni saje kumpul lelama sikit, so, dapat lah banyak tu. Puas bersabaq lah.. ahahaha. 

Doaku semoga cash out untuk kali ke 5 nanti, jumlah ini akan meningkat menjadi 4 angka pulak. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, lepas bukit jadi gunung. boleh lah buat tambah-tambah beli stok susu kambing Rania dan Ephyra. aamiin.

Blog ni wujud selepas ciksu seronok baca pengalaman dan life orang lain. Terutamanya family yang dah anak. Seronok dan lapang dada bila baca kerenah anak2 deme. Dari sehari ke sehari makin galak membaca keletah anak kengkawan blog. Hasil pembacaan di blog buatkan ciksu happy, seronok, teruja. 

Bila dah baca blog orang, mesti lah nak tinggalkan jejak. ye dok? bila tinggal jejak mesti akan dikesan. Macam mana nak kesan kalau tak ade blog. Maka bermulalah kerajinan membuat blog. Memula buat blog just guna template yang basic je. Itu pon puas bertanya dengan kawan sekolah rendah. Dia lah bagitau sikit2. Sudahnya sekarang, dia dah tutup blog die. Tumpu sepenuh perhatian pada kerjaya dan bisnes menjahitnya. Alhamdulillah.. 

Ciksu masih di sini. 

Kalau dulu buat blog tujuannya untuk berkongsi Usaha berTTC. Nak baca boleh klik DIARI TTC. Semuaya usaha kami suami isteri sebelum dikurniakan PERMATA HATI RANIA. Sekarang ni berblog untuk tambah pendapatan. Sebolehnya nak juga ada pendapatan sendiri selain daripada duit nafkah daripada suami ~_^

Selama berblog hampir 5 tahun ni, ada lah juga pencapaian yang nampak. boleh lah ;) 
Sejak duduk di key el ada juga jemputan ke event. tapi ciksu kekadang lambat nau buka email. Terlepas tarikh. 

Paling tak boleh lupa sebab tak dapat nak join event Mamee Chef yang ke kilang di Melaka tahun 2014 tu. itu nak pergi sesangat, tapi terlepas pandang. Allah Maha Mengetahui. Kebetulan masa tu ciksu tengah pregnant. Ada lah hikmahnya tu. 

Ada juga event di One Utama pastu ada lah 2,3 event yang diri sendiri tak boleh nak bagi komitmen. Antaranya sebab diri sendiri yang tak confident nak bawa anak ke event. Risau oke. Mana nak jaga anak, mana nak buat kerja. oohoiii. Kagum tengok blogger femes Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Nad Johari bawa anak ke event. Tunggu Rania besar dah boleh bawa diri mungkin ada peluang lagi, kan. Mudah-mudahan. aamiin. 

Apa pon doa ciksu, semoga di tempat baru nanti adalah peluang sebegini lagi. Bagi ciksu rezeki ada di mana2, yang penting kena lipat gandakan usaha. Betul tak?

Terima kasih Allah. Terima kasih Nuffnang.


4 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)