Tudung kanak-kanak

Sup Telur Puyuh

Special untuk Rania. untuk menu pertama ni buatkan sup telur puyuh dulu. nanti2 boleh try menu lain plakkk. lepas makan, so far okje. tak de apa2 alahan. lagipon rania memang dah pass makan telur ;) hihihi. ini pon sesaje beli telur burung puyuh sebab memang niat nak bagi rania try.. kemain suka die dapat makan telur burung puyuh.. sebiji sekali hadap je.. yang kite ni punyalah risau nengok die makan.. dah habis minta lagi, lagi dan lagi.

cara buat menu bersup ni, sama je, kan !!

sup telur puyuh
rebus telur puyuh, then kopek kulitnya. ketepikan.
tumis bawang putih, bawang besar, serai dan 4 sekawan dengan unsalted butter sampai wangi
masukkan air. lada putih. biar mendidih
masukkan carrot, bunga kubis. dah lembut
masukkan sawi dan telur puyuh yang direbus. perasakan dengan garam. biar didih, tutup api.

Sup Telur Puyuh + Nasi Putih




alhamdulillah, rania suka makan apa yang ummi masak. setakat umur 2 tahun ni, rania makan sayur2 yang ummi buatkan. sayur sawi pon baru je rania suka makan. kalau sebelum2 ni bila suap sayur sawi, comfirm diluahnya balik. maybe die rasa pelik kot.. sawi kan pahit..

untuk sayur sawi ni, try buat 4 day rule jugak. sampai lah die mau makan sawi sekarang ni. hiks. hiris halus2 letak dalam bihun goreng lah, nasi goreng lah, mee sup lah, sup sayur lah. dah hari2 nengok warna hijau, suka lah kot.. sampaikan ayah die makan sawi rebus pon die nak jugakkk !!!

menu 31 ogos 2016 (",)

14 Comments

  1. seronok ada anak kecikkan. boleh cipta pelbagai resepi untuknya..maknya pun boleh mkn sekali..

    ReplyDelete
  2. Wahhh! baguih Rania makan sayur mayur.. :)

    Acik MJ pun suka telur puyuh ni Rania :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi..
    Boleh try nie.. TQ sharing..

    ReplyDelete
  4. Sup gini bukan Rania aje suka kalau hantar semangkuk rumah kakak pun kami suka juga CikSu. Kakak selalu juga buat especially kalau bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Waaa.. Nk try tuk menu zara la. Sbb skrng ni dia kmaruk mkn lauk berkuah. Telur pun dia suka. Tp tlur puyuh blm pnh cuba..

    ReplyDelete
  6. Telur puyuh ni kalau kita orang dewasa sekali ngap aje.
    Makan 10 bijik pun tak perasan.

    ReplyDelete
  7. telur puyuh ni..jgn kata budak-budak..mak budak pun suka
    biasanya saya suka buat masak tom yam..
    ali dan adik..kalau sawi memang comfirm tak makan.tapi kalau
    carrot dan bayam..memang suka sangat
    sayur lain semua kena hiris kecik2..dan tutup dengan nasi time nak suap makan

    ReplyDelete
  8. sedapnya cik sue....kalau dekat rumah nak dtg dah makan haha

    ReplyDelete
  9. Kat rumah saya ni CikSu, suami aje yang makan telur burung puyuh. Saya dan anak-anak memang payahlah bab-bab makan ni. Memilih yang amat. Nak dididik pun rasa macam dah terlambat. Masing-masing dah pandai memilih makanan. Mommy mereka lagilah dah terlambat sangat nak belajar makan itu, ini. Lidah dah tepu dengan rasa ^_^

    ReplyDelete
  10. telur puyuh masaklaaa apa pun sodaaaap hehe..

    ReplyDelete
  11. yummy....lpas ni bleh la rietta cuba....asik telur puyuh je, rietta masak sambal...klu sup cmne...sedap gak kan...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)