Tudung kanak-kanak

Suri Rumah Perlu Mengepam Susu Atau Tidak ?

Assalamualaikum... au chak ;)

ketika berpantang di kampung, sewaktu sepupu2 saya datang rumah melawat, dorang siap pesan dekat saya, suruh pam susu dan buat stok EBM, macam ibu2 bekerja buat tu. oh ya, sepupu2 saya tu nurse. dorang bagitau mesti bersebab dan belajar dari pengalaman.

tapi.. saya cakap tak pa la, saya tak kerja, duduk rumah dengan anak, so, bagi direct je la, senang, kan :)

itulah silap saya..

saya akui walaupon saya terlambat untuk mulakan tapi saya cuba juga mulakannya. hampir sebulan saya pikir tentang hal tu. selama itu juga saya banyak goggle jenis2 pam susu, cara mengepam, cara simpan stok susu dan sebagainya mengenai penyusuan susu ibu.

buat permulaan saya mula mengepam pada bulan Januari, 2015. masa ni Rania dah berusia 5 bulan.

siap tunjuk kat mak segala alat mengepam. mak kata, baru nak mula, hari tu yang kak yani dengan suraya (sepupu) suruh tak mau buat. huk aloh. mak siap kata, ada ke susunya. kohkohkoh. frust kejap sebab mak tak bagi semangat. masa mula2 perah tu kan, punyalah payah nak dapat 1 oz. perghhh ! memang mencabar sungguh. oh ya, saya guna pam manual jenama Avent je. memang mencabar sungguh2 la dengan first time nak mengepam ni, kan..

tapi saya sabaqqqqqq ooo. tiap2 hari buat sesi mengepam tu. akhirnya, setelah mencuba beberapa hari berjaya juga saya dapatkan 4oz untuk sekali sesi mengepam. Ya Allah, punyalah seronok saat nengok hasilnya tu. memang teruja sesangat.

teruja sekejap je, lepas tu bila bagi ke anak.. mmmm.. sangat mengecewakan..

memula.. awal tu Rania hisap la juga. kendiannya, Rania buat macam botol kicap. huahuahua. nangis tak berlagu la umi ni nak oiii. susah payah umi usahakan, sekali Rania tak mo hisap susu dalam botol tu. sebolehnya nak direct bf jugak.

caranya.. tiap kali tiba waktu menyusu saya minta ayah Rania yang bagi susu tu. selalunya, saya cuba nyorokkan diri sama ada pergi mandi ke, masak ke, turun bawah ke. pendek kata macam2 la saya buat nak latih Rania hisap susu guna  botol. maklum la, baby yang direct bf ni boleh cam bau umi dia. setakat nyorok dalam rumah memang tak berkesan la. kalau time tu saya tengah masak, comfirm anak bertuah ni akan mencari.


mulalah si umi dok pikir sebab musababnya. nak kata sebab puting tak juga. bila genap 6 bulan + kalau keluar, saya memang bekalkan air putih dalam botol susu. Rania, minum elok je walaupon kekadang dibuat juga macam botol kicap. hikhiks. air putih buat ghope gituu umi terima aje, ini buat susu umi macam tu memang sadis la, kan.

saya ni bukannnya apa pon, bila Rania dah makin mendapat akai dan mula memilih orang masa tu mula la saya dok pikir, kalau jadi apa2 kat saya macam mana, kan! sekurang2nya ada juga stok susu untuk Rania. sebolehnya tak nak la bagi susu fm sebelum usianya 2 tahun. itu nawaitu saya dari dulu. memang nak bagi Rania minum susu ibu. 

sudahnya.. mau tak mau.. saya just buat stok susu untuk dicampur dengan makanan pejal je la. lepas daripada tu, memang tak buat sesi pumping dah. basuh semuanya and then simpan ajelah.

sekarang ni kan, kalau apa2 sikit Rania memang nak saya je, dengan ayah langsung tak mo. kalau tak sihat lagi la kan. maybe sebab sentiasa dengan saya. TAPI uols jangan salah faham pulak ye, bukan saya tak nak anak rapat dengan saya tapi bagi saya, untuk masa2 tertentu perlu juga "berpisah" sekejap. kita tak tahu, masa akan datang macam mana, kan ! bukannya nak doakan yang tak baik berlaku tapi bila kes ayah Rania kena warded sebab denggi hari tu memang membuka mata hati saya. cukuplah saya cakap sungguh terasa bila berdepan dengan situasi yang mencabar macam tu. itu ayah rania yang warded, kalau saya? macam mana dengan rania masa tu. sampai satu tahap saya terpikir, andainya saya ditakdirkan mengandung kali kedua dalam masa terdekat, sebelum usia rania 2 tahun, saat nak "berpisah" sebelum ke labour room macam mana la dengan rania, kan ? mesti sayu perasan tu. hukhuk.

inilah dilema umi yang bergelar suri rumah. bila orang asyik sebut, senang la jaga anak sendiri. tapi bila saat genting macam tu, memang mencabar. anak tak mo dengan orang. tapi ada pro dan kontra. apa2 pon saya pikir positif. mesti bersebab semua ni. Allah Maha Mengetahui.

in shaa Allah.. untuk anak akan datang saya akan mula mengepam dari awal. semoga semuanya akan dipermudahkan.. aamiin.

so, apa pendapat uols tentang perkara ni ? wajar atau tidak suri rumah juga perlu mengepam susu dan buat stok EBM.

12 Comments

  1. Susahkan kalo ank takmo kat orang ni hihi .

    ReplyDelete
  2. Kena.. wajar bg surirumah ada stok susu yg dipam.. betul, bersedia utk sebarang kemungkinan.. mungkin nanti kena ada urusan atau sakit ke, anak masa tu takla putus susu.. memang banyak perkara yg mungkin berlaku di luar jangkaan kita..

    ReplyDelete
  3. saya akan mengemap susu walaupun saya cuti kerja sampai baby setahun,
    alasan simple aje, supaya suami juga ada peluang susukan baby...


    ReplyDelete
  4. xpelah..xdelah lwt sgt sebulan tu...
    sekurangnya ttp bg susu ibu utk anak kan..

    pic 1st tu cute sgt.. hehe..main aucak2 ye

    ReplyDelete
  5. salam cik su....lama akak x jengah kat sini since bloglist problem...lama betul..wah dah ada Rania...meriah la lepas ni...akak follow balik tau...

    ReplyDelete
  6. pada sy wajar la..kena..senang kot..klu takda halangan macam cth ayah rania kena warded tu pun..kadang2 kita perlu juga uruskan urusan lain tanpa anak..klu anak nk botol senang kan..dh lmbt sgt ciksue ajar rania masa 5bulan..afia yg sblom habis pntg dok ajar botol pun taknak puting botol..emm stress bila diingat balik.tp tulah kenangan paling indah tau.hehehe

    ReplyDelete
  7. Boleh jugak kalau nak buat stok. Mana tau ada emergency yang buat kita terpaksa tinggalkan anak. At leasr ada back up. Anak pon dah belajar minum botol.

    ReplyDelete
  8. wajar ciksu buat stok atau simpan EBM..skurang2nya bila darurat rania boleh minum guna botol

    ReplyDelete
  9. ye akak pun pernah terfikir macam tu dulu,kalau akak warded macam mana anak nak menyusu, mujur lah akk mmg buat stok susu untuk hantar taska, dan bila kena tinggal dengan ayah dia pun, ayah dia bg stok yg akak tinggalkan..mujur juga adelya ok, cuma malam nak tido tu yang payah sikit..hehehe adelya nak berkepit dengan mama

    ReplyDelete
  10. Kite pernah terbaca gak....ada bby tolak ebm.....la ni dok pujuk n cakap nga baby....umi wat stok awak minum eh,,,sian umi wat tuk awak penat2 kalo awak tanak minum...hahhaha..harap2 dia minumla.....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah sis.. Tapi cerita sis memang sama dengan saya.. Sekarang tunggu masa nak lahirkan anak yg kedua,, kena ready awal2 pam susu.. Tak nak jd macam dulu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)