Buah Zuriat atau buah adam hawa.
BUAH ZURIAT/ BUAH ADAM HAWA
Dari apa yang saya tahu tentang BUAH ZURIAT ATAU BUAH ADAM HAWA
ianya digunakan sebagai petua/ usaha untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin.. yakni telah mencuba selepas 6 bulan tapi masih belom lagi hamil..
sedangkan kalau dibeli di Mekah @ Madinah berapa saja harganya
tapi dalam entri ni bukan saya nak citer pasai harga ye..
sebab harga no 2 bagi saya..
yang penting usaha nak dapatkan buah zuriat atau buah adam hawa ni ;)
Saya ceritakan dulu cara menggunakan buah zuriat atau buah adam hawa ni..
Mula2 belah buah adam hawa ni (hati2 sebab buahnya sangat keras ye).
- Kemudian renehkan atas api dengan air secukupnya.. reneh sampai airnya berubah warna.. boleh diulang. Mulakan dengan bismillah dan selawat Nabi 3x.. kemudian minum suami isteri.. kiranya satu gelas tu kongsi dua la.. boleh minum bila2 masa saja.
- Sebaiknya mula minum selepas isteri kering haid.
- Mula2 selawat Nabi dan niat la apa yang kita nak.. kemudian suami isteri genggam sorang satu buah zuriat atau buah adam hawa ni sebelum tido.. kiranya kita genggam buah ni sampai dia terlepas dengan sendirinya dari genggaman kita.. amalkan setiap malam..
Cara belah buah zuriat atau buah adam hawa ni nanti saya up entri ye :)
saya minum airnya bulan Mac 2013..

7 Comments
timm pun nak tgk jugak buah ni dgn detail..sbb sblum ni dok dgq org ckp ja..xtau buah dia mcamana..
ReplyDeleteHope ade berita gembira.... kita doa sama2 lagi ye...
ReplyDelete1st time nengok buah ni...urmm gud luck kak su..kuatkan semangat okey..all the best dear
ReplyDeletekami x penah tau psai buah ni.ruginya ms p wt haji tu x beli bg kt kwn2 n sepupu yg blm ngandung lg.
ReplyDeletemoga ada berita gembira dr awk.kita ikhtiar Allah yg beri rezeki tu.
kami dl pon lmbt gak tp 5 bln cmtu la.memula tu rncg xnk lg sbb x abes bljr lg tp lps dh abes exam last tu x lekat2 plak.terus kami berurut.Alhamdulillah bln ke 6 ada berita gembira
smga membuahkan hasil hihihi ;p
ReplyDeletemasa ibu ayah p haji
ReplyDeletediorang ada belikan untuk kazen juga, tapi kite pun tak pernah tengok isi dalamnye kak...
insyaAllah, kite doakan yang terbaik ye kak..ameen
1st time tengok buah ni..hari tu mak anjang saya ada bagi pada kakak saya, tapi tak sempat nak tengoknye
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)