Tudung kanak-kanak

Resepi Cheesekut sedap

Pernah keluarkan entri cheesekut ni pada bulan 11/2013. Tunjuk gambar je pong. Tak berapa ghajin nak up resepinya lagi. 

Saya tertarik masa tengok gambar cheesekut ni kat IG Kak Fieda Rafli. Pastu terus sebok ajak cik abe carik barang. Kemdian try buat. Walaupon saya dah dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan cheese, sekali sekala ok la. Jangan makan selalu. Tak elok kot.


Sedap dimakan masa sejuk sejuk. Nikmatnya tekak ni dapat telan. Pekena pulak dengan orange juice. Kasik hilang segala muak muak tu. Hihii.

Antara bahan bahannya ialah:

1 peket Biskut Deluxe Crackers
250g Cream Cheese Philadelphia
Susu Segar
1/2 tin Susu Pekat Manis


Pukul cream cheese sampai kembang
Tu je gambar yang ada. Lepas tu dah malas la snap gambar. Kita citer je la ye. 

Kemdian masukkan susu pekat manis. Tuang la sikit sikit. Agak tak cukup manis tambah la sampai mana yang uols suka manisnya. Terpulang sebab sendiri mau makan kan. So, tak kesah.

Pastu masukkan susu segar dalam 2 sudu besar. Jangan terlebih pulak. Pandai pandai la. Kiranya adunan cream cheese tu nanti tak lembik sangat tak cair sangat. 

Dah siap, amik biskut celup dalam susu segar. celup sekeping sekeping. jangan celup lelama pulak. agak agak la. pastu susun dalam bekas bersesuaian. 

Bila siap celup, tuang cream cheese yang siap dibancuh tadi. 

Kemdian ulang celup & ulang lapiskan cream cheese sampai la habis kesemua biksut tu.

Setakat ni baru dua kali buat. Hahaa. 





16 Comments

  1. wahhh! sedapnya sis...
    tak pernah makan lagi ni..:)

    ReplyDelete
  2. teringin pulak akak nak try, senang nampaknya nih

    ReplyDelete
  3. bulan posa aritu buat..tapi tak jumpa biskut deluxe ni.. bantai je pakai biskut tiger.. muak sikit..tapi sedappp...ahaha

    ReplyDelete
  4. Baca pun tahu sedap pastinya. Lagi pun cantiklah bila dah potong nampak lapis-lapis...

    ReplyDelete
  5. makan banyak muak sikit..sebab semua cheese kot..

    ReplyDelete
  6. bleh try! mcm tak susah cuma takutttt malas je ;p

    ReplyDelete
  7. fae mohon share resepi hehe

    cheese memang favorite fae

    ReplyDelete
  8. wah,nampak macam senang,tapi tak taula kalau nana buat jadi camna,heee...tapi tapi nana tak suka cheese,tak lalu^^

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ni.. dah lama tak makan...pernah cuba buat sekali tapi tak sedap, jadi terus tak buat langsung selepas tu...

    ReplyDelete
  10. cikna dah lama nak buat tp tak terbuat lagi.. huhu.. sedapnya ciksu..

    ReplyDelete
  11. sy suka, tp xpnh pun buat..hehe

    ReplyDelete
  12. ciksue tolong buatkan boleh...heheh

    nur malas skrang ni..huhuh

    apapun, sedapnyaaa..!

    ReplyDelete
  13. memg sedap!! sy pernah wat sekalije baru..smpa skrg anak buah suruh wat..tp mls nk wat lg hehehehe

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap... tapi tak terbuat pun takat ni. Nak membeli cheese tu yg malas... hahahhha...

    ReplyDelete
  15. sedapp sgt.. sy suke tambahkan lemon pada cheese tu dan pakai biskut marrie

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)