Tudung kanak-kanak

IVF

Saya terang sekadar apa yang saya dengar dan tengok. bila buat IVF baru boleh terang selengkapnya..  :D

Tengok gambarajah yang nurse tunjuk pon saya dah seriau giler hoccay.. dengan segala mak neka jarum yang akan digunapakai masa proses IVF dilakukan.. alahai.. semoga saya diberi kekuatan mental dan fizikal hendakNya.. aamiin ;)

Nama panjangnya INVITRO FERTILISATION.. nak senang sebut je IVF ye.. hihii.


IVF juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji. Ia adalah rawatan fertiliti di mana telur dipersenyawakan oleh sperma di dalam tabung uji. Rawatan IVF ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:
  • Wanita yang mempunyai kedua-dua belah saluran peranakannya yang tersumbat
  • Wanita yang berumur lebih dari 35 tahun dan sudah mengalami masalah kemandulan lebih dari 5 tahun
  • Pasangan yang menghidapi masalah ‘unexplained infertility’
  • Lelaki yang menghidapi masalah sperma yang teruk sama ada dari segi bilangan, pergerakan atau kualitinya
  • Wanita yang menghidapi masalah endometriosis yang teruk
  • Pasangan yang telah menjalani rawatan IUI beberapa kali tetapi masih gagal untuk hamil

Peratusan kejayaan untuk hamil dengan menggunakan rawatan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, qualiti telur atau sperma dan kaedah rawatan, secara keseluruhannya ialah 30-50%.

Untuk proses IVF ni, si isteri kena
bersedia mental dan fizikal.. sebab kita di pihak isteri akan disuntik beberapa suntikan hormon pada hari kedua period. tujuan suntikan hormon ni untuk meransang kilang telur bagi menghasilkan lebihan folikel..

itu yang saya seriau sangat tu. huhuhu
 untuk membolehkan telur telur membesar dengan jayanya.. kendian hanya beberapa telur sahaja yang akan dipilih untuk dilakukan proses persenyawaan di luar nanti.. 

Embryo akan dihasilkan dari percantuman sperma dan ovum. Pakar akan memantau perkembangan embryo yang terhasil dengan teliti. Selalunya 3 hari selepas prosedur, embryo yang paling elok akan dimasukkan kembali ke dalam rahim..
lagi kena kacau kat bawah tuuutt.. 😢
 i is nebes and takut ok.. tak bersedia mental.. 

Pendek kata sperma suami dan ovum isteri akan disenyawakan di luar kemudian baru disuntik ke dalam rahim isteri.. paham tak! 

Sebelum tu suami perlu la keluarkan spermanya secara sdn bhd.. nggak usah saya terang secara details di sini.. hikhik..

Bila sperma suami dihasilkan, ianya akan ditempatkan ditempat khas di makmal. hanya sperma yang berkualiti dan berdaya maju sahaja akan dipilih untuk disenyawakan..

Menurut kata nurse masa sesi kaunseling hari tu, katanya kos rawatan untuk buat IVF dalam  RM4000.. kos ivf bergantung pada mana mana tempat yang uols pilih. kos tak sama untuk satu satu tempat..


Selanjutnya mengenai PROSEDUR IVF 
boleh goggle.. 


7 Comments

  1. oh, kena cucuk sendiri.. begitu prosesnya..

    ReplyDelete
  2. tau2.. pernah belajar ni masa tingkatan 5 subjek biologi.. hehe.. seriau jugak tgk prosedur dia..

    ReplyDelete
  3. tak berani nak main cucuk2 sendiri.. ngeri..

    ReplyDelete
  4. akak tahu proses dia sbb pernah baca pasal ni,tp xtau yg kena cucuk sendiri tu,kwn akak pun kata nk buat rawatan ni, tp xtau la dia buat ke tak lg

    ReplyDelete
  5. mahal juga kosnya tp tk jamin berkesankan. .

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)