Tudung kanak-kanak

IUI

Nama panjangnya INTRAUTERINE INSEMINATION. Dippendekkan je lah ye. kita panggil IUI. senang nak sebut, kan!

begini lah gambaran bila buat IUI

Untuk buat IUI ni tak perlu keluarkan duit.. kecuali untuk IVF.. memang kena bayar.. berapa jumlahnya nanti la saya share dalam entri IVF.. cecah ribu jugak la.. 

Nak buat IUI ni tak ambik masa yang lama. caranya pasangan yang bermasalah akan disuntik dengan
Follicular Stimulating Hormone (FSH).. tujuannya untuk meransang penghasilan telur yang baik.. 
 si isteri akan disuntik antara 8-10 hari dengan FSH..
lepas tu kena suntik dengan HCG pulak.. HCG ialah sejenis ubat yang digunakan untuk membolehkan proses OVULASI  berlaku.. 

Bila berlaku OVULASI.. telur akan membesar sehingga 18mm.. 
dalam masa yang sama suami akan mengeluarkan air mani secara sdn bhd sebelum sperma tadi disuntik ke dalam rahim isteri..

Selepas sperma disuntik ke dalam rahim, isteri akan direhatkan buat seketika.. 
selepas 2/ 3 minggu boleh la buat ujian kehamilan.. kalau berjaya alhamdulillah.. kalu tak berjaya tunggu next appoinment pulak..

Nurse cakap melalui kaedah IUI ni kan, hanya 15- 20% sahaja pasangan yang berjaya.. 😢

Kalau tak berjaya untuk kali pertama, boleh buat IUI lagi.. sampai 3 kali percubaan..
kalau masih tak berjaya, baru dicadangkan rawatan kesuburan seterusnya iaitu IVF..

Terus terang lah cakap.. bila tengok semua gambarajah yang ditunjukkan oleh nurse masa sesi kaunseling tu.. Fuyoo, buat saya berpikir berploh kali sama ada nak teruskan rawatan kesuburan ni atau tak. seriau lah !!! nak cucuk cucuk bagai.. 

Dalam kes ni isteri yang kena banyak bersabar tau.. hukhuk..
takut + seriau + nerbes semuanya ada..
dalam hati, boleh ke aku buat! kuat ke aku!
hanya Allah je yang tahu perasaan saya masa tu tau.. 


4 Comments

  1. Ros yang baca ni pun dah seriau.. kena kuatkan semangat ni.

    ReplyDelete
  2. haa.. yg ni pun belajar jugak.. hehe.. so dapat imagine macam mana.. apepun, ciksu buat pilihan yg terbaik k.. :)

    ReplyDelete
  3. bila ciksu cerita pun dah terasa seriaunya..hukhuk

    ReplyDelete
  4. sekurang kurangnya kanda dn pembaca yg lain dpt ilmu pengetahuan dr cerita dinda ni. . tq dinda

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)