Tudung kanak-kanak

YA ALLAH.. JAGAKAN MEREKA UNTUKKU..

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

SELAMAT HARI RAYA 

MAAF ZAHKR BATIN 

DARI CIKSU SEKELUARGA 🥰

Udoh habis beraya ke tu??? 

Masih mengatur rumah terbuka ke??

Hihihihi 😅

Apa pon aktiviti kita, pastikan MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA. REHAT SECUKUPNYA. 

Sekarang cuaca tak menentu. Sekejap panassss terik. Sekejap hujan lebat, hujan rintik. Tiber angin ribut. Tak boleh nak jangka.

Apa pon WAJIB SEBELUM LANGKAH KELUAR RUMAH BACA DOA OKAY. Selebihnya kita berserah pada Allah swt. 


Syukur. Alhamdulillah.

Tumpang rezeki orang lain juga.

Akhirnya, 

surau depan rumah makayah dah siap. 

Baru aje siap ni. Bulan dua belas hari tu, ada buat makan-makan sikit dekat surau ni. 

Untuk tahun ni, inilah kali pertama solat terawih di buat di surau ini. Solat Sunat Hari Raya tak ada di sini. Kena ke Masjid berdekatan 😅

Rezeki makayah dan adik-adik dapat solat fardhu dan terawih di surau dekat dengan rumah tahun. Ayah dah tak perlu keluar pergi jejauh 🤲🏻 makin berumur, penglihatan makin terhad. 

Thank You Allah..

Ya Allah..

Selamatkanlah kedua ibubapa dan adik adikku.. 

Permudahkan setiap urusan mereka.

Jagalah mereka. Lindungilah mereka. Sihatkanlah mereka setiap masa dan ketika. Terimalah segala ibadah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Ya rabb..

Ya rahman..

Sesungguhnya padaMu kami berserah..

La hawla wala quwwata illa billah..

Amin... 🤲🏻

0 Comments