Tudung kanak-kanak

KAD ATM EXPIRED. CARA BUAT KAD BARU

Punyalah lama tak cucuk duit.. sekali nak guna, tak boleh.. lah, dah kenapa?

4, 5 kali ulang gi ATM terdekat. Semua mesin ATMku cucuk still tak lepas. Pulak..

Kemarin mai sini juga. Ingatkan bolehlah sebab mai branch bank sendiri kan.. sekali tak boleh juga.. alahai..

Masuk kereta tenung kad punyalah lama.. salah apalah hai.. bawa keluar kad ATM lelain.. cari tengok apa beza.. tengok sesatu.. no pin dah betul.. apa erk...

Lama tenung.. mikir lagi..

Penyudahnya baru perasan angka 7/21. 

La awat tak habaq, KAD EXPIRED 🤣 

Patutlah.. nak check baki tak boleh. Nak keluar duit lagilah tak boleh..

Dan-dan cik abe pon check kad dia sebab cik abe pon tak boleh juga. Tapi cik abe boleh lagi buat transfer online sebab ada online banking. Macam ciksu tak boleh sebab nak tak buat pon.

Adoilah.. laki bini pulak tu..

Makanya sinilah jawapannya di pagi hari..



CARA BUAT KAD ATM BANK MUAMALAT  EXPIRED.

Pertama sekali carilah BRANCH BANK YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT KORANG DUDUK. CIKSU BANK MUAMALAT. LIMITED EDITION BANK NI. TAPI CIKSU DAH BIASA AREA PENANG SEBAB MASA BUJANG MEMANG DUDUK PENANG. YANG TAHU AREA PULAU ADA 2 BRANCH. 

1 DI BAYAN BARU. INI SOKMO GUNA DULU. SEBAB DEKAT DENGAN RUMAH DAN TEMPAT KERJA. 1 LAGI DI JALAN LEBUH PANTAI. NUN DEKAT BANDAR SANA. AREA FERI NUN HAA.

SEKARANG CIKSU DUDUK AREA BUTTERWORTH. SO, CARI YANG TERDEKAT IALAH DI SEBERANG JAYA, PENANG.

Bila dah sampai, silalah..

1) Tanya guard yang bertugas. Bagitau dia kata KAD ATM EXPIRED. Then, acik tu suruh duduk di luar. Ada kerusi disediakan. Sebab sekarang musim pandemik. So, kena masuk ikut turn. 

Ciksu duduk kerusi no 3 tadi. Cik abe nombor 4.

2) Tak lama kemudian, ada seorang pegawai perempuan keluar. Minta KAD PENGENALAN. Ciksu kaborlah dedua masalah KAD EXPIRED. SUAMI ISTERI. Ok. Pegawai tu senyum tanda paham. Pastu dia tanya, macam mana boleh perasan. Akaun gaji ke.. bla bla bla.. 

Ciksu suka akak pegawai ni. Bagus sangat layanan dia. Soft spoken je. 

Pastu dia masuk dalam semula.

3)  Tak lama kemudian, pakcik guard panggil dedua orang masuk. 

Macam biasa, SCAN MY SEJAHTERA DAN SUHU.

4) IKUT PEGAWAI PEREMPUAN YANG INCHARGE TADI. Duduk dekat satu meja bulat sebab belah kaunter dah full. 

Dapat 2 borang untuk kemaskini.

¤ Details peribadi yang sedia ada dengan pihak bank. Kita check mana berkenaan yang perlu ditukar dan diperbetulkan

¤¤ Borang untuk kemaskini. Nama, alamat, no hp, nama pasangan, status if dah bertukar. Tulis nama mak, sign dan tarikh. 

Masa tengah tunggu nombor giliran di panggil sempatlah pegawai ni terangkan apa itu MUAMALAT I GOLD tu.. 

Ok tambah ilmu baru. Bab HIBAH, FARAID DAN ASET KITA SELEPAS MENINGGAL.

5) Dapat nombor 6003. Pakcik guard tolong ambikkan nombor. Tunggu je dorang panggil nanti. 

Gi kaunter 3 bawa form yang siap di isi tadi.

Staff ambik FORM tadi. Minta KAD PENGENALAN. SCAN jari jemari kiri dan kanan.

Tunggulah sekejap sebab staff tu kemaskini maklumat yang kita dah perbetul tadi. 

¤ Dah siap kemaskini, staff suruh kita semak. Betul atau tidak. Check la bebetul ye.

¤ ALAMAT SURAT MENYURAT, NO HP, NO AKAUN. DAH SETTLED. SIGN TEMPAT SEPATUTNYA. 

¤ SERAHKAN KAD ATM LAMA PADA STAFF. DEPAN MATA STAFF GUNTING KAD LAMA DAN CAMPAK BAWAH MEJA. DALAM TONG SAMPAH LAH TU 🤣

¤ DAPAT KAD BARU. MASUKKAN PIN NOMBOR. BUAT 2X. AKHIRNYA, SUCCESSFUL.

NAK DIJADIKAN CERITA TENGAH DOK MASUKKAN PIN NOMBOR TETIBA OTAK BLURR 😂 

"EH BETUL KE NO PIN NI ERK. HAHAHA. DAH BANYAK HARI DOK TEKAN TIBER BOLEH BLURR KEJAP. TAPI RASANYA DAH BETUL.."

COMFIRM SEMULA, ALHAMDULILLAH. SUCCESFUL.

OH YA, IF TERLUPA BAWA DUIT KE APA KE. JANGAN RISAU. PEMBAYARAN UNTUK BUAT KAD BARU RM12. TOLAK DARI AKAUN BANK 🤗

DAPAT KAD ATM BARU. 

KAD BARU EXPIRED 6/2026.

Moga ingatlah lepas ni ye.

Actually, pegawai bank tadi ada cakap. Selalunya dorang akan MESEJ untuk remind pelanggan SEBELUM KAD EXPIRED. Ciksu tak perasan. Ye lah, mesej handphone jarang tengok pon. Asyik dengan whatsapp je kan. So, korang kena ALERT ye. Kadang mesej ni kot scammer pon ye. Itu yang tak kisah mana. 

MAKANYA SELESAILAH SUDAH. Cepat atau lambat urusan bergantung pada bank yang korang berurusan. If tak ada masalah, cepat je siap. 

If BAWA ANAK, tak boleh masuklah. Kena take noted ye. Musim sekarang ni. If bawa tapi tinggal dalam kereta, sila pastikan pintu tingkap dikunci. If buka aircond, pastikan tingkap di buka sedikit. Ingatkan anak kunci pintu, jangan buka pintu if STRANGERS ketuk pintu. Sediakan makanan dan minuman secukupnya. If anak dah cukup besar. Oklah. 

Macam ciksu kena bawa Rania sebab dedua orang terlibat. Rania pon tak sihat mana lagi kan. Ciksu tinggalkan hp dekat dia. If apa-apa just call ummi ayah. 

Alhamdulillah, dah boleh check baki dan keluarkan duit macam biasa. Jom tekan duit nak belanja Rania makan 🤲


Cer check KAD ATM korang, bila EXPIRED tu? 😅

 

0 Comments