Tudung kanak-kanak

CARA BUAT OVERNIGHT OATS

Dah lama tak buat OVERNIGHT OATS ni..
Terjebak semula selepas tertengok Mingguan Wanita ..
Ada demo buat OVERNIGHT OATS ni..
Apa lagi esoknya terus cari bahan. Hahaha.

Aku buat yang basic je..
Campur itu ini anak tekak mengada ngada 😂😂
Makan macam ni waktu sahur memang mengenyangkan perut..
Alhamdulillah..

Untuk susu memang selalu beli brand farm fresh.. ambil yang fresh milk ye.. tanpa gula tambahan.. 
Kadang guna juga susu kurma.. brand farm fresh tu.. if guna susu kurma, memang tak letak madu dah.. 
Pepandai suaikan rasa ikut anak tekak korang. Ok.

Ini letak buah kiwi




Ini basic semata mata. Rolled oat, fresh milk, chia seed dengan madu. Pon sedap yak mat uii.




Ini tambah pumpkin seed. My peberet always. Suka kekacang..





Jom check bahan-bahannya. Selebihnya nak tambah apa ikut anak tekak memasinglah ye..

Boleh je tengok di instgaram, google atau facebook. Siap ada yang buat jual lagi OVERNIGHT OATS ni. Terbaik lah 👍👍😘

Ini aku copy paste dari blog ezdiet.. Memang aku ikut yang ini je.. Masa tengok Mingguan Wanita pon lebih kurang jugalah gini caranya.. 

CARA BUAT OVERNIGHT OATS

1. 5-6 sudu besar rolled oats 
Kenapa pilih ROLLED OAT?
Sebab oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman).

2. 1 cawan susu segar 
saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).

3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).

4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).

5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).

Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.

Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Selamat mencuba!

Kredit to: 

http://www.ezdiet.com.my/blog/19-resipi-overnight-oats-sesuai-untuk-mereka-yang-berdiet/

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)