Tudung kanak-kanak

Rania At School: School Trip

SCHOOL TRIP 


Alhamdulillah.. hari ni 4 Oktober 2018.. Rania di usia 4 tahun 2 bulan berjaya jalan-jalan dengan kengkawan dan teacher ke Pusat Inovasi Kraf Batik, Kota Bharu tanpa ummi menemani. Good girl 👍

Tengok anak naik bas tanpa ummi disisi, ummi tetiba rasa sebak pulak. Nasiblah dapat mak jenis hati tisu ni. Hahaha. Maklumlah tak pernah berjauhan. Pergi mana sentiasa dengan ummi atau ayah jurr 😅

Sebenarnya, lebih kurang macam pergi sekolah juga masanya cuma lajak sikit selepas zohor baru ambil anak-anak. Itupon ummi dah rasa lamanya menanti 😁

Happy je tengok dorang hari ni. Bila balik macam biasalah bercerita apa yang dimakan dan dibuat. Siapa nangis, siapa kacau orang, siapa itu ini. Semuanya di report. Hihihi. 

Sebelum bas bergerak, ummi tunggu balik bangunan. Saje je sekodeng anak dari jauh 🙊 hajat di hati nak je tengok depan-depan. Tapi risau drama hindustan start pula nanti. Ahahaha. 

Bas gerak, ummi pon gerak jugalah. Sayu je rasa di lubuk hati. Rania naik bas sensorang ditemani kengkawan dan teacher. Selama ni tak pernah berenggang. 24 jam 7 hari seminggu dengan ummi je. Kejap je Rania dah 4 tahun. Anak ummi dah besar, kan!! Ummi kena siapkan mental lepas ni. Walaupon ummi ni garang tapi bipa mai time gini terus jadi sebak. Huhuhu 




Dalam bas sebelum gerak. Teacher wasap gambar. Ingat duduk bertiga  rupanya berdua je. Yang sorang tu saje menyelit. Ok lah..



Aktiviti di Pusat Kraf. Dorang mewarna atas hasil cetakan corak batik yang disediakan. Untuk 6 tahun ada sesi mewarna tabung hello kitty. Ini pihak Pusat Kraf sediakan hadianya.. 


Paling ummi tak sangka, Rania buka beg hulur KUIH BOM sebiji. Nah, untuk ummi katanya.

Alololo, so sweet. Bila ummi tanya kenapa tak makan bagi habis. Teacher bagi dekat Rania, kan!! Rania rindu ummi. Rania sayang ummi. Rania simpanlah untuk ummi satu. Ummi suka tak. Huhuhu.. 


Thank you sayang 💗

#raniakusayang

3 Comments

  1. alahai. sweet nyer Rania. ingat ibu.
    anak2 aida semua memang dari kecik aida letgo join rombongan tadika & sekolah.
    exposure yg bagus.

    ReplyDelete
  2. alahai bagusnya rania, ingat juga dekat ummi tu.

    kadang mak2 memang macam tu kan, anak2 ok je berjalan dengan kawan2, akak si adelya tu ayahnya memang tak lepas lagi pergi rombongan sekolah, nak tunggu tahun ni dia bagi tak pergi rombongan hehehe ayah dia lak yg risau lebih mama dia ni ok ja

    ReplyDelete
  3. alahai bersemut betul kata2 rania dekat ibunya. pandai ambik hati ibu ni :D

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)