Tudung kanak-kanak

Khasiat Kurma. Kurma Bagus Untuk Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu. Terbaik.


Assalamualaikum.. Hai.. hai.
Sarapan apa pagi ni❓❓

Jangan lupa amalkan makan KURMA. Salah satu makanan sunnah. Pastikan ada stok KURMA di rumah sentiasa. Ok. Bagus amal makan KURMA. 



Banyak sangat khasiat KURMA ni, kan!! Nak² untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Terbaik 👍

Jangan hanya makan KURMA time bulan puasa je ye 😉
Boleh cari KURMA di kedai² arab. Ada jual. Pandai² cari dan pilih tau..

KHASIAT KURMA
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan yang menawarkan lapan kesan baik untuk kesihatan.

💗Kaya dengan zat besi
Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kirakira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

💗Kurma mengelak cirit-birit ( diarrhea)
Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

💗Kurma melegakan sembelit
Mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

💗Mengawal berat badan
Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.

💗Mengimbangkan kolesterol
Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

💗Menguatkan jantung
Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.

💗Mengawal selia tekanan darah
Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

💗Mampu menghalang strok
Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.
#tipsdaridapurciksu

3 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)