Tudung kanak-kanak

SUSU BADAM SANGAT BAGUS. BAGUS UNTUK IBU HAMIL DAN MINDA ANAK-ANAK KITA

Ciksu memang suka makan BADAM. Nak-nak lagi kalau dapat makan BISKUT ALMOND LONDON. Nak nangis rasanya kalau tak ada biskut peberet nih. Boleh kemurungan tahu 😂


Nikmatnya tak terkata kalau dapat gigit BADAM tu. ALLAH sedapnya.
Ranggup dan rasa lemak-lemak badam tu buatkan tak senang duduk dibuatnya. Rasa nak mengunyah aje kalau ada BADAM depan mata ni. 

Kalau boleh setiap kali raya, semua jenis biskut raya ciksu mesti ada tema BADAM. Hahaha, nampak. Suka tahap teruja yak mat Ciksu kalau dapat makan BADAM, kan!!

Tak tau lah sebab apa Ciksu suka sangat makan BADAM ni. Cuma yang Ciksu tahu, badam merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW. Jadi, memang eloklah kita amalkan apa yang Rasulullah makan. Betul tak??

Selain itu, badam tersangatlah bagus untuk otak. Ciksu ada terbaca, ibu-ibu di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan badam kepada anak-anak dorang yang masih belajar. Untungkan anak-anak dorang, ibu dorang tahu mengenai kebaikan badam sedari awal dan mula praktikkan dalam kehidupan seharian. Daripada terus menerus bagi anak makan jajan, ada baiknya kita ajar anak-anak kita kunyah je badam tu. Sah-sah berkhasiat, kan!!

Bukannya anak-anak je boleh makan badam ni, orang dewasa pon bagus amalkan badam ni. Pengambilan badam mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak seperti penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

Nak mudah kita sebagai ibu mulakan pemberian badam pada anak -anak sedari awal. Kerana pengambilan badam secara berterusan sangat bagus untuk otak dan minda lebih cergas secara tidak langsung membantu anak-anak cepat menghafal. 

Selain diberi anak-anak makan kacang badam, letak dalam biskut atau kek, apa salahnya sekali sekala beri anak SUSU BADAM. Lagi mudah dan lazat diminum.

Iye. Badam boleh dijadikan minuman. 

Kalau korang nak tahu di  Timur Tengah, BADAM dijadikan makanan wajib untuk para hafiz manakala Orang Yahudi pulak jadikan SUSU BADAM sebagai sarapan untuk anak-anak dorang.


Nampak!!! KEBAIKAN BADAM ni. Sangat bagus..

PERNAH DENGAR SUSU BADAM??

Susu badam terhasil daripada kacang badam itu sendiri. Kacang badam adalah bahan utama dalam penghasilan susu badam.

Sedia maklum Ciksu memang amalkan minum SUSU BADAM sejak mengandungkan Raniaku sayang. Susu badam sangat bagus untuk ibu hamil. Semenjak Rania putus kasih dengan susu badan, Ciksu ajar Rania minum SUSU BADAM.

Alhamdulillah, Rania sukakannya.

SUSU BADAM sangat bagus. Jadi, tersangatlah rugi sekiranya kita tidak ambik tahu dan mengamalkannya.



Badam merupakan makanan sunnah, jadi, memang patut kita sebagai ibu-ibu amalkan pemberian SUSU BADAM kepada anak-anak kita.

Ini juga salah satu alternatif buat anak-anak kita yang alergik kepada susu lembu. Paling penting SUSU BADAM tinggi kalsium dan tinggi khasiatnya..

Sesuai untuk kanak-kanak dua tahun dan ke atas. Bawah setahun mungkin ada yang alah terhadap makanan daripada “kekacang”. Apa pon korang kena mulakan dengan 4-day-rule.

SUSU BADAM/ ALMOND MILK

SUSU BADAM adalah salah satu susu alternatif berasaskan tumbuhan, 'plant-based milk'.


Sangat sesuai untuk semua, terutamanya yang mempunyai alahan terhadap laktosa/' lactose intolerance'.

Ia digunakan seawal abad kelima, jauh dari Andalusia (Sepanyol purba) ke Asia Timur. Ia boleh dijumpai, sebagai tumbuhan semata-mata berasaskan atau sebagai campuran kedua-dua tenusu dan badam.

Yang pasti, ia bukan sahaja 'immune booster', tetapi juga 'BRAIN BOOSTER'. Badam itu sendiri adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dan khasiatnya amatlah banyak..

Kini, ciksu sangat-sangat teruja sebab SUSU BADAM sudah ada di pasaran Malaysia.

Alhamdulillah!! Yeay! Yeay!

SUSU BADAM MALAYSIA/ ALMOND MILK MALAYSIA SATU-SATUNYA KELUARAN DALUCIA.. 

Sekarang, sangat praktikal untuk ciksu beri SUSU BADAM pada Rania walaupon travel. 

Syukur.. mudah di bawa dan tak mudah rosak.. 



Ciksu bawa susu badam jenjalan ke Pulau Perhentian.. jalan-jalan juga.. susu untuk anak jangan dilupakan.. susu badamlah yang ciksu bekalkan untuk Raniaku sayang 😋


Sangat sedap. Iye, memang sedap dan lazat diminum. Rania sukakannya.. Minum susu badam dapat memberi tenaga sepanjang hari. 


Botol SUSU BADAM DALUCIA yang cantik menarik ni. Silalah cari dengan segera. Hahahaha.


Untuk pengetahuan korang, Dalucia mengeluarkan 3 jenis perisa SUSU BADAM.

Ada susu badam asli. Semestinya daripada kacang badam yang sebenar manakala susu badam kurma pula dicampur dengan ekstrak kurma serta susu badam coklat merupakan tambahan premium serbuk koko. Rasanya memang sedap. 

Kini, hidangan susu badam lebih mudah disediakan, hanya perlu tuang dan minum. Sangat mudah. Rania pun boleh buat. Minum segelas kecil susu badam setiap pagi dan malam sebelum tidur sangat bagus👍



SUSU BADAM DALUCIA semestinya tinggi protein dan kaya dengan nutrisi tetapi rendah kalori dan lemak.

Semestinya SUSU BADAM DALUCIA..

Cubalah dulu, baru tahu 💪



Harga? Jangan risau harga SUSU BADAM DALUCIA tersangatlah berpatutan. Korang wajib beli dan rasainya sendiri. 

Ciksu sekeluarga suka minum SUSU BADAM, jadi, ketiga-tiga jenis susu badam Dalucia ciksu dah cuba. Sememangnya lazat dan sedap diminum.

Korang apa lagi, jom la cuba SUSU BADAM DALUCIA sekarang!

Macam mana nak dapatkan SUSU BADAM DALUCIA

Korang boleh layari website DALUCIA untuk ketahui dealer berdekatan:



Korang mesti cuba tau!! 

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)