Tudung kanak-kanak

Tips simpan daun kari

Tips simpan daun kari| setiap kali balik kedah, kebiasaannya aii akan kutip segala jenis mak nenek ulam atau apa yang ada untuk dibawa balik ke rumah. maklum lah dok tengah bandor. bukannya tak ade, tapi dah alang alang balik kampung, ambil lah hasil tanaman makayah. lagi best, kan!! 

daun kari salah satu yang tak akan dilupa. nak guna untuk tumis buat gulai atau kari je pom.

tips simpan daun kari bagi tahan lama. lurut kesemua daun kari dari rantingnya. kendian masukkan dalam plastik. simpan kat tempat sayur. in shaa Allah tahan lah 2,3 minggu. setakat hitam 2,3 lai daun kari tu apeadehal, kan!!! mak yang ajar buat gini. 

sama juga dengan kunyit tu. camni je lah den simpan. sekarang ni sejak ada rania sokmo buat masak lemak letak kunyit hidup. kalau dulu, bantai guna kunyit serbuk je. ahahaha. janji kuning ~_^ demi anak semuanya nak yang original. sebolehnya nak yang organic. kalau lah boleh tanam sendiri, lagi best.. bila lah nak duduk rumah atas tanah ni..

oh ya, pic ni saya ambil sebelum bercuti baru ni. daun kari ni saya petik masa balik kampung waktu raya haji ari tu. nampak kan, dalam plastik bawah tu. masih hijau dan segar bugar walaupon dah berminggu.


7 Comments

  1. selalu beli memng ada siap bungkus dah

    ReplyDelete
  2. Ok boleh guna tips ni nanti. Kalau biasa letak gitu je memang cepat aje layunya

    ReplyDelete
  3. owh yeke.. tak pernah simpan pulak daun kari. sebab petik je terus dari pokok. tapi, petua ni memang berguna kalau tak de pokoknya. macam dulu, Ros beli di kedai daun kari. cepat je layu.

    ReplyDelete
  4. Sy pun simpan cni..kadang smp kering pun still boleh guna kan..bau daun kari ni takkan hilang walaupun dia dh kering..

    ReplyDelete
  5. Thank you sharing.. :)
    Maira sekarang tanam je kat rumah tapi jarang2 lak masak, dulu time susah nak cari masa tu la rajin nak masak guna daun kari..hehee

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)