Tudung kanak-kanak

IKHTIAR HAMIL: MASIH BERUSAHA UNTUK HAMIL ANAK NO 2..


Selamat petang hampa 💙

Ada ke kenalan dalam blog ciksu ni, yang masih menanti cahaya mata? Dah berapa lama hampa menikah?

Sekadar berkongsi pengalaman ciksu yee..

Ciksu menikah tahun 2007. ciksu dapat Raniaku sayang tahun 2014. 7 tahun ciksu menanti. lama, kan!!

Apa yang tak rasa.. semua ada.. dicampur gaul menjadi satu. sampai satu tahap jadi lali.. malas nak ambik pusing apa orang keliling dok tanya.. letih nak hadap persoalan deme yang entah apa-apa.. bukannya tak tahu tapi saje deme nak menguji.. sampai satu tahap kami "lari" membawa diri beraya ke pulau 😂 udoh asal asyik beraya soalan sama jurr dok ditanya, kan!! banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang hot..

Nasihat ciksu satu jurr.. hampa kena sentiasa berkawan dengan orang berfikiran positif, baca artikel-artikel berunsur positif.. jangan banyak mikir.. just fokus dan dekatkan diri dengan Allah.. selain tu banyakkan sedekah dan cari ilmu dan jumpa pakar untuk dapatkan nasihat 👍

Jangan stress-stress okay.. nak share pengalaman atau minta tips atau nak tanya usaha ciksu buat, hampa boleh email ciksu di lobaksusue@gmail.com atau nak mudah boleh wasap ciksu #0193080215.. kita sembang² santai jurrr 👌

Ciksu pon still berusaha untuk anak no dua.. jom, sesama positifkan diri dan perbaiki diri.. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita aamiin 💪


Permata hati ummi ayah dunia dan akhirat..semoga membesar sebagai anak yang taat perintah Allah, rajin solat dan berjaya menjadi muslimah yang disegani di dunia dan akhirat..aamiin 





Nah ciksu belanja laksa, pasembor, nasi air, bihun sup dari kejauhan..


doakan semoga ciksu sekeluarga sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan untuk hamil anak kedua dan seterusnya aamiin 😘


#ciksuqasehnyarania
#tryingtoconceive
#ikhtiarhamil



5 Comments

  1. moga dikurniakan rezeki untuk mendapt anak...

    ReplyDelete
  2. semoga usaha dan sabar merialisasikan impian ciksu, amin

    ReplyDelete
  3. Setuju...abaikan apa cacian org..dekati dan cari aura-aura positif sahaja...bersangka baik dengan Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah jika ada rezeki, Rania akan dapat adik, aamiin. .

    Janji Allah itu pasti..

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah.
    kita sebagai hambaNya perlu usaha dan doa. then tawakal.
    aida ni alhamdulillah few months aje kosong lepas nikah.
    hadir anak kedua dlm rahim, tak dijangka. surprise dari Allah.
    utk yg bongsu, dijarakkan sebab masa tu aida bekerja jauh.
    tapi bila nak, lebih setahun jugak la nak berjaya pregnant.
    amat faham bila kita nak, tapi tanda positif kat pregnant test tak juga muncul, stress!!!
    Allah tu Maha Kaya, ciksue. sabar ye.
    jgn putus asa. in shaa Allah...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)