Tudung kanak-kanak

RESEPI AYAM MASAK MERAH MEMBARA PEBERET RANIA

menu simple dua beranak di hari minggu.. lunch lewat.. konon-konon tak payah dinner lah malam nanti.. hahaha. konon-kononnya lah, kan!! 

rania suka makan menu sambai ayam masak merah ni. ummi dah pandai sebab ummi guna cabai kering yang jenis besaq-besaq tu. memang tak pedas walaupon warnanya merah membara..

RESEPI AYAM MASAK MERAH MEMBARA 

goreng ayam yang digaul dengan garam kunyit.. 

tumis bawang besar + bawang putih + halia [ yang dicincang halus (cincang ke].. ala ciksu guna alat beli dekat diy tu. masuk bawang dalam tu, tarik-tarik sampai hancur.. + serai ketuk + bunga cengkih + kulit kayu manis 

masukkan cili kisar.. tumis sampai pecah minyak.. 

masukkan sos cili + air secukupnya + santan sawit sikit.. just untuk bagi rasa lemak lemak gitu je.. 

perasakan dengan garam dan gula melaka secukupnya.. agak dah cukup rasa campakkan kacang peas.. 

renehkan sekejap.. tabur bawang besar.. siap 👍



Menu hari ni:

🌹ayam masak merah
🌹sayur kubis goreng
🌹ulam timun
🌹nasi putih





Raniaku sayang yang berselera menjamah makanan. love u sayang 😘
makan banyak-banyak supaya cepat besar nak jadi doktor, nak main hanset.. hahaha.. makan tomato, makan sayur sebab nak bagi kulit cantik 😅 hari-hari kena pscyho ini anak tau.. 



#daridapurciksu
#raniakusayang
#3tahun11bulan

1 Comments

  1. sedapnya rania makan... mesti bertambah ni.... mama masak masakan kegemaran rania...

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin