Tudung kanak-kanak

PESTA MAKAN DURIAN, HADAPAN MASJID HADHARI, JERTEH

Pesta Makan Durian.. semalam sempatlah menyibukkan diri joined aktiviti santai-santai ni. hihihi. kebetulan berdua dengan cik abe selepas ambil Rania balik sekolah. dekat sangat. alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. hahaha. 

Bermula jam 1 petang sampai 3 petang sahaja.. syaratnya kena bawa pisau atau parang sendiri.. air dan durian disediakan.. makanlah banyak mana pon tapi tak boleh bawa balik.. kalau bawa balik kena charge.. dah di kabor dalam wassap yang diviralkan.. 

Pesta Makan Durian ni buat dekat Gerai Fama, Hadapan Masjid Hadhari, Jerteh.. kalau korang dari Terengganu, masjid hadhari sebelah kiri korang.. kalau lalu dari Grik nak ke Kuantan atau Terengganu singgahlah Masjid Hadhari.. cantik dan bestlah solat dekat sini.. 


Jom layan gambar-gambar yang ada.. mamarazi ada di mana-mana. hahahaha 😂




Mamarazi sambil dukung anak pon boleh bha bergambar.. kahkahkah


Pilihan kami.. jadilah 3 beranak nak jamah.. rania makan dua ulas je.. cukup.. 

iols makan sambil mata melilau tangan kelik kamera.. kahkahkah.. 


Makan tak tera mana pon.. cik abe pilih buah yang kecik-kecik comey je. jadilah buat merasa, kan!! suka-suka.. bukannya nak makan sangat pon.. 


Separuh sudah..
satu je tak berkenan dengan sikap orang kita.. 
pakcik tu dah pesan.. makan di sini.. kalau bawa balik tak boleh.. kira lain pulak.. tapi ada sesetengah yang datang siap bawa balik.. ada yang angkut terus.. ada yang kupas kulit isi dalam tupperware.. huhuhu

ini kira macam mana ni.. tuan rumah panggil makan di rumah.. tapi kita bawa balik.. apa hukumnya?? 
lainlah kalau pakcik tu kata, tak habis boleh bawa balik.. 






Clean and clear.. 
3 trip juga deme top up durian tu.. 


Semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan buat pakcik aamiin 😉


alhamdulillah.. 


#pestamakandurian

#masjidhadharijerteh

2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)